Entah mengapa semalam Abang Nara terasa lesu badan dan tiada mood untuk update keputusan FFM25 secara langsung. Tambah teruk apabila Abang Nara naik tidur ketika majlis anugerah masih berlangsung. Mungkin gandingan Fahrin Ahmad dan Erra Fazira selaku pengacara majlis gagal menghangatkan FFM25.

Apa pun, jutaan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam pembikinan filem Bunohan. Bunohan bukan sahaja telah dinobat sebagai filem terbaik tetapi turut memenangi 4 kategori lain iaitu Pengarah Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik. Kemenangan ini memang wajar dan tidak harus disangkal lagi.

Paling Abang Nara terharu ialah keterharuan yang ditunjukkan oleh Normah Damanhuri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Abang Nara dapat rasakan betapa gembiranya diri Normah Damanhuri selepas memenangi anugerah buat pertama kali di dalam hidupnya. Tak sia-sia Normah Damanhuri pakai baju bling-bling warna merah.

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat buat anda untuk terus memajukan industri perfileman Malaysia. Semoga satu hari nanti filem kita akan berjaya di peringkat antarabangsa sekaligus dikenali oleh lebih banyak pihak.

eh, dia bukan pernah menang pelakon pembantu/pelakon wanita terbaik utk filem JOGHO ker?? aku ingat2 lupe..sila betulkan..
orang lama masih lagi berbisa. bukan mcm orang baru yg berlakon mcm kayu tp berlagak hebat sangat. popular dek kontroversi murahan.
Terharu tengok Syafie Naswip masa menang Pelakon Pembantu lelaki terbaik.
Syafie..tahniah diatas kemenangan di FFM 25 malam ini..
… Teruskan perjuangan Syafie dlm senilakon kerana Syafie
sememangnya telah dianugerahkan bakat dlm bidang lakonan..
I am so happy for you Syafie..
Saya baru terbaca artikel ini mengenai Syafie Naswip..
I am touched..
KISAH ANAK PEMOTONG RUMPUT DI FFM 20
Contributed by Shima @ Hulu Langat
Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem
Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak
Terbaik pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20). Sejurus itu, seorang kanak-kanak
berusia 15 tahun melangkah yakin ke pentas penerima trofinya. Dewan bergema dengan tepukan
gemuruh penonton. Turut menyaksikannya, jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.
Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana kejayaan itu tidak dapat dikongsi
bersama ibu yang dikasihi.
“Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi tak dapat,” adunya tatkala Kak Tim
bertanyakan, apa kata ibunya tentang kemenangannya.
Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian Kak Tim. Walaupun Finas menyediakan bas
untuk membawa delegasi festival itu ke Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama
anggota keluarga masing-masing. Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
“Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar,” jelas Syafie selamba.
“Bapa kerja apa?” Tanya Kak Tim.
“Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga,” tulus dan bersahaja dia menjawab.
“Tak sekolah?” Tanya Kak Tim lagi.
“Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya tidak dapat ikut festival ni. Cikgu
tak beri. Dia kata asyik shooting saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
“Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal. Shooting pun dapat duit. Hari tu,
saya berlakon empat drama, dapat duit. Boleh juga bantu keluarga,” kata Syafie.
“Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak RM500 dan ayah RM500.
Selebihnya saya simpan. Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival.”
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung pipit di pipi kiri dan kanannya.
Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau Pinang, Syafie merupakan orang
pertama sampai di Finas. “Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak.”
Rupanya ada yang cerita pada Kak Tim, semasa rombongan berhenti makan tengahari di Tapah, Perak,
Syafie tidak turut serta.
“Dia tertinggal duit,” bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan sewaktu orang sibuk menjamu selera di
kawasan Rawat dan Rehat Tapah itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.
“Tak apa. Saya dah biasa macam tu,” kata Syafie selamba disaat Kak Tim tanyakan kenapa tak beritahu
masalahnya.
“Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa sampai di lobby hotel, tiba-tiba
Nek Mah bagi saya RM50.” Sekali lagi kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.
Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di Hentian Sungai Perak, Kak Tim
tengok Syafie membeli sebiji limau bali.
“Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak. Buah tangan,” katanya tersenyum.
Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa pulang trofi dan buah limau untuk
ibunya. Tapi wang hadiah kemenangannya sebanyak RM10,000.
Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang cuba mencari pengalaman
sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem bagi merubah kehidupan keluarganya.
Syafie Naswip ni aku bet akan menjadi pelakon yg besar kat Malaysia.. bakat dia besar! x mcm retis2 baru asyik dgn kontroversi je memanjang! bakat x seberapa! tayang ketet je tau!
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
eh ingat kn pesssssssss tk pes rupa nyeeeeeeee emmmmmmmm 2nd pon jadi lah pada tkde langsong hehe…tahniah pada bunohan n faizal husain….dari dulu lakonan faizal memang bagos dn normah damanhuri dia pon pelakon bagos tahniah lov u faizalllllllll semoga faizal sakses dn di kunia kn rezeki yg murah dn keberkatan dn kesehatan yg baik dari Allah amin…..
minah jambu rindu dengan lakonan faizal husain …kenape dia dh lama tk berlakon drama kt TV? bang nara tolong siasat kenape dia lama tk berlakon di TV ok lov u bang naraaaaaa !
Sedih tengok #FFM25. Dewan tu tak sesuai buat ‘award show’. Itu untuk seminar dan kuliah. Penonton2 kat dewan plak macam mayat hidup. Anugerah paling tak hangat.
org msia ni kalau majlis award xreti tepuk tangan,sbb tu rase xmeriah. kalau ade lawak hambar tu tlg la buat2 gelak jugak. kesian tgk artis2 ni mcm termalu sendiri bila buat lawak.
anugerah berprestij dan tak bersandarkan populariti memang camni. maklumlah pelakon kegemaran korang yg popular tapi berlakon macam kayu tu tak tercalon. kesian…..
Sekali lagi Nara tak buat research….. bukan Normah Damanhuri tak pernah menang anugerah sepanjang hidup dia… tetapi utk FFM ni baru 1st time kak Normah menang… dulu menang ASK je… apa la si nara ni.
p/s: Seronok tgk Syafie Naswip menang… aku nampak kejujuran dia, dia takde pon nak gosip2 murahan ni… he is so humble. Haritu jumpa dia naik LRT je… hope teruskan dgn diri dia yg ni… . jgn jadi mcm artis yg populariti je lebih tapi bakat kelaut… keep it up Syafie
sedih tgk trofi FFM kebelakagan nie especially yg ke25 nih…trofi dh mcm anugerah hrancangan kanak2 je…
kenapa ehh x buat mcm oscar…trofi dari 1st penganjuran sampai skrg still sama patern…
i lebih prefer ffm punya trofi yg mula2 dulu…nampaklah profesional n international jugak nk dibandingan dgn patern2 kebelakngan nih..
knp perlu setiap tahun trofi punya design berubah2?…very low kelas! mcm xde identiti je FFM nih…
anyway, tahniahlah bunohan menang…harap2 dpt masuk oscar tahun dpn utk film luar negara…hurmmm (berangan je lah)
bunohan patut menang lagi 2 anugerah. anugerah adegan ‘peluk lepas menang’ terbanyak dengan ucapan terpanjang.
Makcik yg pakai kacamata warna baju ungu tu bini Daim Said ke? stiap kali dpt awards mesti dia naik skali pentas… pastu masa pasca FFM pon… yg hefny dgn elfira tu dia naik gak.. huhu
Makcik tu Nandita Solomon, penerbit filem Bunohan r
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
itu membuktikan awak tidak faham apa itu seni..maaf, bukan nk kutuk.. tp org yg betol2 faham akan seni, mmg akan anggap bunohan tu cerita terbaik..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
betul tu seniriadah!
Seniriadah…ko jgn tgk filem Bunohan tu..ko ssuai utk citer2 yg dikeluarkn olh David Teong je…mmg ssuai utk ko…Filem2 yg memerlukan daya fikir mmg xssuai utk kau…k. bai…
Seni hanya untuk orang yang berjiwa seni.Filem ini bertaraf tinggi.itu sahaja~
Seni hanya untuk orang yang berjiwa seni.Filem ini bertaraf tinggi.itu sahaja~
kalau filem itu tak connect, bukan salah filem tetapi citarasa anda mungkin bukan utk filem sebegini. memang filem ni slow. orang kata filem High Fidelity dgn Godfather pun slow, tapi saya boleh tengok banyak kali untuk benar2 connect. bukan jenis tengok sekali lalu saja.
jahil seni mmg cmani..just tgk movie untk berhibur bkan nk berfkir
pompuan yg bju ungu tu penerbit lau xslap..dy indian..bgus kan buat malay film dialek klate plak too..tpi yg pluk sakan 2 xble la bhai
norma dahmasuri pernah menang pelakon pembantu terbaik la abg nara.., ayoo men tembak je!! tahniah faizal hussin menang hehe
Dai pernah menang di skrin, seri angkasa tapi FFM yg first kan….
yup.., dia menang drama and filem pun ada di anugerah skrin.., cuma cam tergerak nak komen abang nara tulis ‘ betapa gembiranya normah damanhuri selepas memenangi anugerah buat PERTAMA KALI di dalam hidupnya ‘ mcm agak lucu di situ .., ke abang nara sesaja tulis cam tu.., tak tau la pulakkan.. :)
Assalammualaikum.
Tahniah utk Bunohan. Teringat komen seorg rakan yg mengatakan tidak memahami filem Bunohan almaklumlah ada kecek kelate. Tetapi pada mereka yg mengetahui nilai seni dan faham maksud tersirat Bunohan inilah ceritanya. Perlu kpd pemahaman yg tinggi dan tidak hairan termasuk dlm Academy Awards. Filem yg perlu dikorek isinya utk lebih memahami. Bkn filem yg rendah kualiti. Diharapkan slps ini lebih byk filem spt ini yg diarahkan.
Bunohan memang patut menang. Jalan ceritanya memang original. Sha tengok 2 kali baru tangkap jalan cerita, maybe sebab dialek Kelantan. Shot2 dalam filem menarik dan aksi action pun bagus. Tahniah buat Faisal Hussein, memang orang lama berpengalaman.
lain x buka mata luas2…semalam gandingan pengacara sangat hebat..tak bising n bersahaja..setiap sebutan atau perkataan sangat jelas…banyak yang terhibur..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
olohh koya kakass ni
Bunohan ni cerita yang kena berfikir. kalau malas fikir memang xfaham lah. saya bukan org kelantan tp faham je cerita tu. boleh tgk byk kali lagi kt astro first tu.
Bunohan mmg terbaik… aku minat sgt2 ngan cerita Bunohan.. mula2 tgk mmg pening skit.. susah nak paham tapi bukan disebabkan loghat Kelantan kerana aku sndr org Kelantan.. Bila dh berkali-kali tgk baru betol2 paham.. Tahniah Faizal Hussein kerana berjaya membawa watak dengan berkesan.cuma loghat kelantan dia tu bunyi mcm Siam je.. :)
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
okla org klate ckp mcm orang xde gigi drpd ngko bercakap kuar najis dr mulut….mulut puaka
Walau aku bukan org klate, tpxperlulah kutuk bhse org len…dh dialek dorang gitu, phg, selangor, sbh, srwk, kedah n mane2 lah seme ade dialek seniri..abh tu gigi kau byk sgtla?
aku klu tgk citer yg berdialek kelantan..macam tgk citer indonlahh..kena ade subtitle..klu takde mmg tak paham…bile tak paham malas nk tgk..
Hidden due to low comment rating. Click here to see.
yg ambik order kalu ckap kelantan tu bukan org kelantan.. tu org thai.. kedai makan kt kl ramai pengusahanya org kelantan..tp ramai pekerja org thai.. blh thu dr slanga dia.. hanya org kelantan tahu ckap pure kelantan..
ko klu pegi klantan, perak, kdh, swrk, atau negeri lain selain dr slngor n kl ko 2…ade ke ko ckp ikut negeri diorg..x kn..
msti ko ckp kl gak kan..so cam 2 la diorg..
x semestinya diorg dtng kl diorg kena ckp kl
sbb ko klu pegi negeri lain pon ko still ckp kl kn…
plz la ni m’sia bnyk loghat, bngsa n agama…
dok kt laut la senang
kalau mcm tu tak payahlah makan kat kedai kelantan, pi lah makan kat kedai makan orang Kay el…
ewahhh kl konon, kalau kl cakaplah melayu, yang hangpa pi cakap omputeh tu apa hal? blah laa lu….
Kl ko nyampah sgt org kelantan, pesal lah ko pg mkn ka kedai org kelantan..pegilah kat kedai k.l kau tu…hahaha…apada…
die ni bkan rkyat malaysia…sesat mane tah
best per gandingan erra fazira ngan fahrin ahmad..klu asyik nk gunakan pengacara yg sedia ada n popular,mcm mn artis yg berkebolehan mengacara tp tak diketengahkan bakatnya..#just my opinion#
ye lah…mmg best lh gandingan erra dan fahrin… ape lh nara nie…msti penat jaga anak tu yg tertido….isk..isk…
tak best tol mlm td.. banyak tol tersasul2 cakap. “life of pi”.. “pi” sepatutnya disebut “pai”. waktu rehearsal, xda org tlg betulkan ker? ker tak alert?
yg lelaki lak. yg bergandingan ngan elfira tuh “rock uuuu”???
then time pasca lak, elfira lak , “can i call you uncle?” hahaha.. tercengang david teo..
Asal poyo sgt statement nara nie ??
Betul lah apa yg Nara cakap. Memang tak best pun Erra n Fahrin…
pda aku..bukn sush pun nk faham loght diaorg..rsanya slama ni aku still bolh faham lg loght diaorg tu.. teman orang perak
Gandingan erra n Fahrin best ler…cuma penonton yang tak mau support.duk diam aje mcm malas nak respon..c nara ni kalau pengacara pakai seksi memang le tak ngantuk dia…cam neelopak
penonton yg datang semua nye tk sporting macm siallll !!! penonton yg buat semua tu macm hambar aje padahal pengacara bagos penonton yg membuat kn pengacara jadi tk bagos..
eleh besar sgt ker kopek neelofa tu, kopek awek melayu kecik jer
Xde mood nk bergosip skrg krn risaukn penduduk sabah dan pejuang negara di sabah…ya Allah…yg naha mendengar lindungi lah mereka dr sebarang pekara yg tidak diingini….:(
gitewwww..risau penduduk sabah tapi tetap bukak blog hiburan..motip?
nak habaq kata concern la kot..
nak tanya zuragone sendiri tak da mood katanya..
takde mood nak bergosip sila berambus skrg ye…
best apa gandingan erra dan fahrin….x de le tergedik-2 sangat…nampak sopan je.
abang nara tengok FFM sambil beromen kot. sebab tu penat semacam. teros tido.
suka tgk fahrin n erra mcm sesuai sgt kalo kapel sama tinggi sama lawa kan best kalo erra single pastu kawen dgn fahrin
to ‘just me’..
-’excuse me..kl here rite?’….ko dr london ke new york, kalu dh bahasa jiwa bangsa sgt sila guna ‘maafkan saya, sini kl, sy tak faham awak ckap kelantan’..
-org utara rilek jer ber hang hang ckp utara xder lak ko bising..ke kt mamak jual cendol pon ko sound gak suh ckp kl
-x minat bunohan x kisahlah org kelantan atau bukan, korg mmg buta seni, sila layan hantu bonceng, wawa semput, cerita2 MIG dan metrowealth yg seni sgt pd korg itu..
-seni itu indah, seni itu unik, dan seni itu juga misteri…kalu x dpt tangkap, mmg ada masalah dgn otak korg…grow up pls…sbb tuh malaysia asik kuarkan citer sampah, sbb ramai sgt langau yg nak hurung sampah2 nih!!
kt wayang sume cite MIG!..mmg la cite dia pecah panggung,cite utk segarkan mata blh la…tp utk nilai festival filem,mmg xla kan…cbe tgk senarai akhir calon utk setiap anugerah,ada ke filem2 yg pecah panggung?…klu ada pn 1 2 je…
bagus kometar yang bagus.. to ‘just me’ – BOLEH BLAHHHH!!
SOKONG ABG NARA..FMM KALI NI BOSAN GILER
RASE MCM MENONTON TV PENDIDIKAN PON ADER SKIT2..
MASE TGK TU,WA MCM XPECAYE YG SKRG NI WA BERADE DI DLM THN 2013!
yg paling bes calon2 aktor terbaik…semua pelakon ‘bunohan’ (keciali si sam tu la)…dr situ dah tau sape yg menang anugerah utama…
* dorg ni xde rehersal ke?..ckp pjg2…nape xckp skali tukang buat air n yg bgi dorg mkn mse shooting tu?…
* sbb tu mse ask hr tu tv3 xde acara ckp2 kt stage…nk ckp kt kt segmen lain…