Nama Nur Risteena Munim semakin popular selepas membintangi drama Playboy Itu Suami Aku. Orangnya cantik, sedap mata memandang dan mengikut tuan punya badan, merupakan lepasan ijazah jurusan Komunikasi Massa dari UiTM. Menariknya, ada pihak yang menyatakan Risteena tidak pernah menghabiskan pengajian di UiTM dan pengakuan dirinya memiliki segulung ijazah adalah palsu dan dusta semata-mata.
Dan ternyata memang benar Risteena tidak memiliki ijazah seperti yang pernah disebut olehnya satu ketika dahulu. Namun jangan salah anggap, bukan Risteena berhenti atau diberhentikan. Risteena sekadar menangguhkan pengajiannya sementara tengah mendapat banyak tawaran berlakon. Kata Risteena menerusi Harian Metro:-
Sebenarnya dulu masa beritahu saya belum habis belajar, ada yang suruh saya habiskan terlebih dulu. Ada yang kata saya kejar glamor dan mengutamakan lakonan dari belajar. Saya memang pelajar jurusan penyiaran dan sepatutnya tamat pelajaran mengikut jadual ditetapkan, tetapi saya dalam proses penangguhan. Tawaran berlakon semakin banyak dan jadual saya semakin penuh. Hendak melakukan pendidikan jarak jauh pun tak lepas.
Memang saya utamakan kerjaya buat masa ini, sementara orang mahukan saya. Nanti apabila tidak ada lagi yang mahukan saya, susah pula. Saya perlu cari duit untuk membantu dan menyara keluarga. Apa sekalipun, saya tetap akan habiskan juga pelajaran yang tertunda dan berbaki setahun lebih saja lagi.
Bagi Abang Nara, keputusan yang diambil oleh Risteena adalah tepat. Sementara tengah popular, hot stuff dan banyak dapat tawaran nie, lenjan lah berlakon sebanyak boleh. Kumpul duit banyak-banyak. Nanti dah suam-suam kuku, bolehlah sambung belajar balik. Jangan hanyut sampai tak nak dapatkan ijazah sudahlah. Tak gitu?
P.S: Wanita kelahiran Ipoh juara Masterchef UK