Written by Bella | November 2nd, 2016

Dua tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Shamsul Baharin, pelakon Siti Elizad akui beliau teringin untuk menimang cahaya mata.

Namun, hasratnya itu terpaksa ditangguhkan kerana beliau masih terikat dengan beberapa kontrak lakonan yang menghalang beliau untuk hamil.

Pada masa yang sama, Elizad meluahkan rasa syukur kerana suaminya cukup memahami kerjayanya dan tidak mendesak beliau mengenai perkara berkenaan.

Sejujurnya, saya memang sukakan kanak-kanak kerana gelagat dan keletah mereka boleh hilangkan stres. Anak buah saya pun ramai, sebab itulah teringin untuk bermain dengan zuriat sendiri.

Namun buat masa ini saya pendamkan dulu hasrat tersebut kerana terikat dengan kontrak lakonan yang menghalang saya untuk hamil. Alhamdulillah, suami pun tidak mendesak sebab dia dah ada dua anak hasil perkahwinan sebelum ini.

Bagi mengelakkan saya terhamil tanpa sengaja, maka termeterai perjanjian hitam putih antara saya dan pihak produksi yang wajib dipatuhi sehinggalah tamat penggambaran kelak.

Kalau perjanjian sudah dibuat maka ia tidak boleh dilanggar. Walaubagaimanapun, jika ada rezeki dan ketentuan daripada Allah SWT tidak boleh kita jangka ataupun menghalangnya bukan?

Sumber Berita : Utusan Online

17 responses to Bukan Tidak Mahu Zuriat, Tetapi Terpaksa Pendamkan Hasrat Kerana Terikat Dengan Kontrak – Siti Elizad

  1. Anonymous says:

    Pelakon berbakat x kayu dan makin cantik..

    45

    0
    • Polis bukit aman says:

      Dulu ramona zamzam pun penah bagi statement camni. Dah la elizad ni muka nak sama ngn ramona, kdg2 confius aku. Nseb baik dua2 cantik n pndai blakon..!
      Melayu kita pantang bagi statement camni tau nak maki je. Diorg ni bukannye tolak rezeki taknak anak, cuma tangguh saja, nak make sure betul2 ready.
      Yg nak berjaga mlm, beli pampers & botol susu segala deme jugak. Aku sokong elizad & ramona.
      Melayu jgn nak sikit2 melenting. Masa dpn deme, tau la deme nak menjaganya..

      6

      0
  2. Ryna says:

    Contract menghalang untuk hamil???!!! Nampaknya kertas dan wang ringgit lebih berkuasa di muka bumi ini. Sedih. Bila contract tamat, wang terkumpul setinggi gunung, susah pulak mendapatkan zuriat and pl pl jangan tanya kenapa, jangan kesal, jangan minta simpati ramai.

    4

    14
    • Anonymous says:

      dah itu pilihan dia, biarlah dia..dia ada anak nanti kite ke yg bagi makan, yg bangun tghmlm buat susu anak dia, anta g skolah smua..so kite ni xpyh la risau lebih k…kita tgk lakonan dia sudah…

      46

      1
    • abc says:

      biar la dia nak family planning ke ape..
      kalau dia mengandung sekarang, anak terbiar, maid je jaga tak guna jugak..
      ingat sekarang ni senang ke nak bela anak..
      xkan nak bagi minum susu f&n je..

      33

      1
    • aku says:

      macam bodoh
      ko ingat nak beranak simple mcm tu ke? simple mcm sbb ko boleh buat ko buat?ingat ni kek?
      kalau dia busy, kalau dia xde duit macam mana? bagusla dia betanggungjawab, tahu xmampu dia hold dulu. educate otak tu sikit

      berjuta je org merancang, xde masalah
      aku rather org merancang dr x langsung. dahla miskin tegar, anak 19org, xsekolah bagai. buat malu aje

      31

      2
  3. Kemboja Putih says:

    Tak kisah lah kamu nak anak atau tak..yg penting, anak makcik boleh menguasai 3 bahasa dengan baik diusia 5 tahun.. Syukur…Alhamdulilah… :D :D

    5

    2
  4. Euw says:

    Geli aku tgk die ni nampak busuk

    0

    29
  5. damai says:

    dah kontrak mcm tu nak buat mcm mana, tapi jk teraccident mengandung, produksi pasti dpt tolak ansur punya, so far she trying to fullfil the kontrak, mmg ada keje mcm tu within this period you cant married or be pregnant, like stewardess, dah brp tahun dipersilakan tapi dgn syarat bdn mesti maintain, that is steward job.

    7

    0
  6. kak mah kebabom says:

    Bincang dgn somi dulu..dh dpt green light bru sign cntract…jgn dh sign bru nk bgtau somi dan somi plk terpaksa turut kehendak isteri..pastu ckp somi memahami ..nanti somi cari lain kang…

    2

    6
    • damai says:

      kak mah kebabom kau dah kenapa? suka doakan yg x baik2? kau tahu ker dia x bincang dgn somi, kau pula terlebih emosi dah knp

      7

      0
  7. next plz says:

    mudah2an ovari tu tak mereput

    0

    11
  8. Anonymous says:

    I like this lady! She’s pretty and awesomely talented!! Suka tngk dia berlakon. Best!!

    6

    2
  9. anon says:

    Gambar first tu mcm bukan dia, lain benar.. Terikat dgn kontrak?, wey, yr biological clock is ticking. Ko bknnya makin muda tau. Kesuburan makin berkurang bila umur makin meningkat.

    0

    4
  10. One Loop says:

    Puas ke cik abang nak buang kat luar benih tu? Ko puas ke Elizad?

    0

    3