Abang Nara suka dengan Andi A. Merican ini. Orangnya baik. Walaupun tak pernah jumpa, hanya berborak di alam maya, Abang Nara dapat rasakan kemesraan yang jujur. Kalau dulu Andi nie dikenali sebagai seorang penyanyi, kini Andi lebih menumpukan perhatian terhadap kerjayanya sebagai seorang produser.

Baru-baru ini Abang Nara sempat membuat satu temuramah ringkas dengan Andi A. Merican tentang dunia barunya sebagai seorang produser. Ikuti temuramahnya di bawah:-
1) Apa beza menjadi seorang produser dan seorang penyanyi?
Banyak bezanya bro. Seorang penyanyi bertanggungjawab untuk memberi hiburan yang positif. Dalam erti kata lain, seorang penyanyi harus menjadi seorang penghibur. Tetapi kerja seorang produser pula adalah bertanggungjawab untuk membantu artis menghasilkan dan menyiapkan karya mereka. Saya masih lagi menyanyi dan menjayakan undangan persembahan, tetapi dengan menjadi seorang penerbit, saya rasa saya lebih banyak membantu artis di dalam industri
2. Apakah cabaran paling hebat semasa menerbitkan sesebuah album?
Cabaran pertama adalah mencari komposer dan penulis lirik album tersebut. Lagu haruslah sesuai dengan imej, relevan dengan artis tersebut dan menepati trend muzik sekarang. Dalam kes saya, selalunya saya juga yang mencipta lagu jadi agak mudah. Dan kemudian setelah ‘finalized’ lagu semua, kerja produser yang paling penting sekali ialah ‘to make sure the track is good, and the singer sounds good’. Bunyi macam simple, tapi sebenarnya ia adalah proses yang panjang :)

3. Bagaimana anda memilih artis dan lagu yang sesuai dinyanyikan oleh artis tersebut.
Artis selalunya datang pada saya untuk mintak lagu. Tapi saya tengok pada artis juga, taknaklah amek semua job kemudian end up quality tak baguskan hehe :) Mula-mula saya akan tanya lebih terperinci lagu bagaimana yang mereka nak. Kalau ada sebarang rujukan lebih bagus. Ada juga diantara mereka berkongsi kisah peribadi agar senang untuk saya tulis nanti. Pendek kata, bila saya mencipta lagu, saya kena pastikan yang lagu itu dekat dengan hati mereka agar mereka sendiri boleh ‘feel’ bila menyanyi nanti.
4. Mengapa memilih untuk menjadi seorang produser sedangkan jualan album sekarang tidak berapa laku?
Jualan album tiada kena mengena kenapa saya memilih profession ini. Iya betul album mungkin tak jual berbanding dulu, tetapi mekanisme penjualan sekarang ini sudah berbeza. Orang tidak ke kedai muzik membeli CD lagi. Peminat lebih gemar untuk muat turun caller ringtone. Lagipun isu penjualan saya serahkan kepada pihak promosi. Tugas saya sebagai penerbit ialah untuk menjaga kualiti lagu itu sendiri. Biar saya selesaikan tugas saya. Dan saya yakin, pendengar di luar sana akan membeli sekiranya lagu yang dihasilkan oleh seorang artis itu berkualiti

5. Nasihat kepada mereka yang ingin berkecimpung di dalam dunia pembikinan album.
Learn, keep on improving, get inspired and never stop :D
Menarik juga rupanya menjadi seorang produser ini. Abang Nara doakan agar kejayaan akan terus datang kepada Andi A. Merican. Semoga Andi akan terus berkarya untuk menceriakan dunia hiburan Malaysia. Kalau anda berminat untuk mengenali Andi dengan lebih lanjut, anda boleh follow Twitter Andi A. Merican atau Facebook Andi A. Merican.




Jadi selain daripada kontroversi Andy dengan Amelia suatu masa dulu, apa lagi pencapaian Andy yang boleh dibanggakan ye?
siapa jejaka ini?
ye la.. bkn senang juga nk masuk syurga..
producer memang orang tak kenal. kena pandai ejas sikittttttt je macam dalam filem ‘Jejaka Perasan’.
betul, siapa dia ni?
Dia dulu pernah masuk dengan group Infinatez.
Kalau korang ingat group Infinatez ada seorang budak gemok nama Danial tu. Suara Andi ni biasa je, tersangat biasa kut?
Sebab kalau sedap lah suara dia mesti aku dah TERKASIMA.
Maybe boleh di improvekan lagi supaya setaraf dengan Tompi, Anuar Zain, Mike Mohede dan artis artis naungan KRU.
Kalau korang rajin cuba la search nama dia kat youtube kut kut ada lagy yang dia cover (tapi rasanya macam tak ada je sebab kalau ada aku dah jumpa dulu).
Oh sekarang, dia active tulis lagu?
Tapi rasanya dia ni macam salah strategy ler. Anak orang kaya kut dia ni sebab tu effort tak beberapa menggunung. Means, buat lagu and menyanyi macam tiup tiup angin je. Tak macam One Nation Emcees yang betul betul perform.
Ye la Andy Merican takkan ambil show show menyanyi dekat tapak expo, nyanyi dekat pintu masuk ke atau pun cheap RTM shows.
Andi, lagu apa yang awak dah tulis boleh tak senarai kan at least?
Artis tak glamour pun tak apa at least kami boleh google and dengar serta bagi feedback.
Terima kaseh.
alahai mamat ni.. dh jdk cam si zarina anjolie plak.. angkat bakul sndiri.. artis dtg kt ko konon.. mcm bagus!
x kenal pun, aq rase mcm lagu ko buat membosankan, kbai
Dia ada duit….
ingatkan produser filem tadi. aku pilih Ross Robinson la camtu jadi produser.
dia ni bukan ke ahli kumpulan yg join gangstars dulu? tapi kalah jugak kan????
Ye, saya dulu bersama Infinatez. Finallist saja. Tiada rezeki mungkin
Salaam terima kasih pada yang sudi membaca. Saya bergiat di bidang teater, P Ramlee the musical for all season, and vocal director for Cuci The Musical. Saya juga produce lagu utk beberapa siri tempatan seperti Tari Tirana, Spa Q dan Sindarella. Tetapi tidak seperti artis lain, saya lebih gemar bekerja di belakang tabir.
Antara penulisan saya yang saya produced ialah Infinatez, Luscious, DYNDA feat Nawkhi (No1 at HotFM for 6 weeks), Ila Damiaa’s latest singles, Adi Mentor, Eva, dan yang terbaru keseluruhan album Nurul adalah lagu saya di bawah penerbitan saya. Secara jujur , memang artis datang pada saya, dan akan datang tunggu production saya bersama Sarimah Ibrahim. Dan antara artis yang pernah saya bekerjasama ialah Mimi, Atilia, Joe Flizzow, Afdlin, Roslan Aziz, and the list goes on
Saya bergiat di bidang teater, P Ramlee the musical for all season, and vocal director for Cuci The Musical. Saya juga produce lagu utk beberapa siri tempatan seperti Tari Tirana, Spa Q dan Sindarella. Tetapi tidak seperti artis lain, saya lebih gemar bekerja di belakang tabir.
Antara penulisan saya yang saya produced ialah Infinatez, Luscious, DYNDA feat Nawkhi (No1 at HotFM for 6 weeks), Ila Damiaa’s latest singles, Adi Mentor, Eva, dan yang terbaru keseluruhan album Nurul adalah lagu saya di bawah penerbitan saya. Secara jujur , memang artis datang pada saya, dan akan datang tunggu production saya bersama Sarimah Ibrahim. Dan antara artis yang pernah saya bekerjasama ialah Mimi, Atilia, Joe Flizzow, Afdlin, Roslan Aziz, and the list goes on
Itu antaranya. Tapi saya masih lagi baru dan akan terus bekerja. Terima kasih ye
satu2 nya artis yg rajin balas komen pembaca BN. dah habis tulis lirik ye bang? mintak sign boleh?
So what?… Popularkah?
at least dye ada jugak contribution..
its not the kejayaan that counts
its the usaha
at least thats what my religion taught me
Haa.. Keluar pon pasal produser/penulis lirik/composer ni. Cik Jah dah lama tunggu pasal ni sebab bernanah telinga Cik Jah dengar lagu orang2 skang. Macam lagu Jaclyn Victor tu, ape nye tajuk, sebelah jiwaku tu. Haaa.. Hadoii.. Stiap kali Suria Fm played lagu tu, Cik Jah otomatik tutup streaming radio. Ahhh.. Byk giler laa lagu2 skang yg lirik nye ke laut. Lagu contoh, lagu penyanyi Sleeq tu. Adoyai makkkk.Tak sanggup nadah telinga mendengor nye. Jadi please., to all producer, penulis lirik, composer dan orang kuat belakang lagu, tolong laa tolong, buat lirik yang ada makna sket, yang berkualiti, jangan pakai redah gitu je, patu pakai alasan nak sama dengan ciri2 penyanyi tu. Music tu okay la walaupun kekadang tu hancus jugak, tapi yang paling hancus to the top is lirik la. Kalau tak caya,cuba la compare lirik lagu sekarang dengan laagu zaman dolu2, jauh gila weeyyy beza nye.
Cuba guna minda anda wahai penulis lirik/composer/producer lagu dan sebagainye, berpikir secara kritis dan kreatif. Dulu kat sekolah kan kita belajar secara apa? Secara KBKK. Jadi guna laa teknik tu dalam menghasilkan lagu yang mantop.
Selamat berpuasa. Jangan monteng2 ye.
rasa macam kenal la dia ni.. bukan ke dulu dia pernah berlakon??
Berlakon teater saja. Saya tak hensem, tak boleh berlakon :p
Kau ingat kalau berlakon kena handsome je ke? Mind set kau ni dah tak betul dah. Nuffsaid.
mmg bukan semua BOLEH berlakon.. betullah tu
tk mudah
“Artis selalunya datang pada saya minta lagu”. Habaq mai skit artis mana yang mai tu? Yang mintak lagu tu pun tak fofular lah gamaknye ye?
Hahahahahah kaaann.. artis suam suam tk ckup bajet jerla kot yg mnta lagu…
ye kot!!!!
Wallahualam bissawab. Saya memang tak popular, tapi awak nilai sendiri samada mereka popular. Antaranya Infinatez, Luscious , DYNDA feat Nawkhi (No1 at HotFM for 6 weeks), Ila Damiaa’s latest singles, Adi Mentor, Eva, dan yang terbaru keseluruhan album Nurul adalah lagu saya di bawah penerbitan saya. Taktaulah kalau mereka artis suam atau tak cukup bajet. Apapun terima kasih sebab membaca :)
lawak dowh mamat nih… kesian die nak jawab komen2 merepek korg kan.. ape2 pon GIGIH uolsee
Wallahualam bissawab. Mereka datang pada saya mintak lagu. Saya memang tak popular, tapi awak nilai sendiri samada mereka popular. Antaranya Infinatez, Luscious , DYNDA feat Nawkhi (No1 at HotFM for 6 weeks), Ila Damiaa’s latest singles, Adi Mentor, Eva, dan yang terbaru keseluruhan album Nurul adalah lagu saya di bawah penerbitan saya.
Ala abang ni kecoh la. Sikit2 “DYNDA feat Nawkhi (No1 at HOTfm for 6 weeks”. Tu je la yang abang ulang. Abang tau tak kat HOTFM tu ada berapa carta? So carta mana yang dok nombor 1 tu bang? Kat stesen lain lagu tu dapat no 1 tak? Mesti la takde, sebab yang nyanyi lagu tu Dj HOTfm sendiri. Kan abang kan?
:)
Kenapa ade 2 statement nih.. yg mana satu yg betul… mohon retis2 x melayan komen di beautifulnara coz.. anda hanya diperbodoh kan termasuk lah aku nih yg sedang rasa sgt bodoh skrg..
yg kte…eh eku.. tk dek pon lagu ciptaan aku kt maner2
stesen mana pun tk knal aku…
apa lg nk brsaing2 dgn stesen rival…
sape ni!!! sape nie!!!!! puiiiiiiiii
la..dia ni..x minat la..abg nara ni dh x ada cite lain ke..boring la..
sape dia ni? penyanyi nashid ke? dia ni popular tk ni?
mmmm…tah ler
[...] Abang Nara suka dengan Andi A. Merican ini. Orangnya baik. Walaupun tak pernah jumpa, hanya berborak di alam maya, Abang Nara dapat rasakan kemesraan yang jujur. Kalau dulu Andi nie dikenali sebagai seorang penyanyi, kini Andi lebih menumpukan perhatian terhadap … Continue reading → [...]
ada gua kisah??? gua mau cerita pasal najwa latip dan ainan tasneemmmm… mana? mana????
Terima kasih kepada yang mengkritik. Saya bukan anak orang kaya. Saya hanya berkarya sahaja. Memang btol artis datang pada saya. Pencapaian saya so far, saya bergiat dalam bidang teater, P Ramlee The Musical for all season, Cuci The Musical sebagai vocal director, saya tulis lagu utk beberapa drama tempatan seperti Tari Tirana, Spa Q, Sindarella
Antara artis yang saya produce dan tulis adalah, Infinatez, Luscious, DYNDA feat Nawhki (No 1 at HotFM for 6 weeks), lagu baru kumpulan Eva, Adi Mentor, Ila Damiaa latest single, and whole of Nurul’s album. All of them came to me.
Terima kasih kepada yang menyokong dan kritikan anda adalah penting utk pembangunan saya. Korang boleh youtube my cover. TQ :)
Assalamualaikum
berapa kali ko nak ulang statement nih ha?…da x FOFULAR tu mengaku jer lah.. SEDIH!
lagi??
To Andy :
i familiar muka u.. but sorry to say, i tak ingat langsung macamana suara u.. I tau u dulu join Infinatez masa Gangstarz. tapi masa tu i rasa kawan u yg berbadan besar tu lagi menonjol suaranya berbanding suara u. mungkin, u lebih bagus dlm bidang belakang tabir ni (tak kisah la siapa artis yang datang minta lagu kat u tu) tapi kalau betul u seorang yg berbakat, u tak perlu kot nak berhempas-pulas membalas komen2 kat sini. semua yg u copy paste tu akan jadi bahan pembaca nak hentam u je. better u teruskan je apa yg u buat, then kalau lagu2 u menang masa AJL ke, AIM ke, secara automatik lagu u akan ‘menjulang’ nama u… anyway, thanks atas penjelasan u semua tu kepada kami..
Salaam terima kasih pada yang sudi membaca. Harapan saya agar masyarakat kita lebih mengutamakan fakta dan kritikan yang membangun. Saya bergiat di bidang teater, P Ramlee the musical for all season, and vocal director for Cuci The Musical. Saya juga produce lagu utk beberapa siri tempatan seperti Tari Tirana, Spa Q dan Sindarella. Tetapi tidak seperti artis lain, saya lebih gemar bekerja di belakang tabir.
Antara penulisan saya yang saya produced ialah Infinatez, Luscious, DYNDA feat Nawkhi (No1 at HotFM for 6 weeks), Ila Damiaa’s latest singles, Adi Mentor, Eva, dan yang terbaru keseluruhan album Nurul adalah lagu saya di bawah penerbitan saya. Secara jujur , memang artis datang pada saya, dan akan datang tunggu production saya bersama Sarimah Ibrahim. Dan antara artis yang pernah saya bekerjasama ialah Mimi, Atilia, Joe Flizzow, Afdlin, Roslan Aziz, and the list goes on
Saya masih baru menapak dalam bidang music tetapi saya harapkan anda menyokong kami yang berkarya secara ikhlas. Abg Nara bertanggungjawab memberi info tentang apa yang berlaku di dalam industry. Terima kasih kerana memberi platform, dan terima kasih kepada yang menkritik. Kritikan anda will make me a better person
u mmg better cume ramai xkenal jer….chearrrssss
better than who?… boleh muntah hjau jab
abang nara ni gay ke sebenarnya?selalu puji lelaki mcm puji perempuan..yikes!
andi american?
Sangat asing bagi artis untuk memberitahu kejayaan atau karya-karya di ruang ruang blog terutama gosip. Ini kali pertama saya lihat artis sendiri turun padang untuk membalas komen, memberi pendapat dalam blog ini. Apa pun, saya yakin masyarakat mula membuka mata pada artis bernama Andi A.Merican.
Kelakar! Ade pulak yg tukang ulang ayat mencapap dia! Hehehe. Poyo jugak mamat nih!
muka ang cam TMJ la andy..xensem cm ak..
yang main harmonica tu husband saya :)
Personally, Andi very nice person.jumpa kenal br tau.Andi good luck :)
andi ni saiko ok…
Eh ini abg Andy sekarang jadi producer kew? Dah tak nyanyi lagi kew??? Haritue dia ada perform dekat dinner maktab kitoorang, suara dier bagus gilleww okayh !!!
salaam,
aku ni ex-klasmet andy masa muda trang tang2 dulu. mamat ni taiko gak dulu. masa tu, kalu mau patah hidung, sila la kasi kutukan2 tak membina depan muka dia. tabik jugak ah kat andy skang sabar & polite melayan kerenah2 trollers; ini satu positive attitude yg jarang aku nampak kat dunia seni skang ni yg suka sgt balas membalas baling taik. tapi yes, your copy-pasting of same old response do start to get annoying :p. dah jelas dah your creds, now jwb kpd komen2 yg berakal je lah or move to other less vitriolic environment ;)
kpd sebahagian dari hangpa yg dok baling taik kat andi ni, aku cdgkan baik hangpa fokus tenaga kalian kat aktiviti yg lebih berpekdah, apatah lg di bulan pose yg bebas setan ini. dah cukup dah ke bekal hangpa ke sana? aku sdiri mmg x cukup… jom sama2 byk2kan ibadah… :)
btl3x tu medcatt.die ni perangai pelik sket. konon je anak org kaya tp takde la kaya mane pon. mesti mak bapak die pon perangai camtu jgk.blajar kt uni10 dulu ntah abis ke tak.tub2 nak jd penyanyi plak.
Weh korang main kutuk je dia ni kan? Ini ex colleagues aku la time kat DHL dulu, dia one of the engineer kat situ. Aku takdaklah tau sangat pasal aktiviti seni dia, sebab dia ni pun bukan jenis bercerita, bila orang tanya dia akan tukar topic,tapi mamat ni memang tersangatlah frenly habis dan baik sangat orangnya. One time dia bagi aku and hubby aku tiket teater yang dia terlibat. Cuma Andy ni memang terkenal ngan playboy siket huhuhu
Tapi yang hangpa dok kutuk dia pasal dia nyanyi awat? Dia ni nyanyi baguih suara bukan main jantan. Tapi kan abg nara dok cita pasal dia sebagai penerbit bukan artis. Awatlah hang semua ni bengap sangat macam lembu cucok hidung
Ramai yang dok kutuk kutuk dia tu sebenarnya sekutu-sekutu Amelia atau group lama dia tu…Infinets. Sebab tu takde point je kutukan. Diorang bergaduh sakan dulu. Tapi dok kutuk kutuk pun Amelia kemana? Infinets kemana? si mamat andi juga yang dapat duit makan royalti, korang semua makan pasir.. hahaha..
Andi, aku suka lagu kau, production wise ada kualiti cuma melody wise tu biasa biasa je.