Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong

Hiburan

Bukan Saman, Hanya Surat Tamat Kontrak – Marina Ulas Kontroversi Dengan Emma Maembong

Ya bukan senang menjadi seorang selebriti di bawah jagaan sesebuah syarikat. Baru-baru ini ada pasti akan sedar mengenai kontroversi antara Emma Maembong dengan syarikat naungannya, WireFrame Entertaiment (WFE). Dikatakan WFE telah menyaman Emma kerana menerima tawaran berlakon secara terus tanpa melalui pengurusan syarikat tersebut sedangkan kontraknya bersama WFE akan tamat pada Jun ini. Pelik juga Abang Nara. Takkanlah kejam sangat pengurusan WFE kan? Lagipun rasanya kekasih Emma, Zizan Razak merupakan salah seorang pemilik saham terbesar dalam WFE.

emma maembong

Advertisement

Berkata menerusi Berita Harian hari ini, Marina Juki yang merupakan pengarah urusan WFE memaklumkan surat yang dihantar oleh syarikat tersebut kepada Emma hanyalah surat tamat kontrak dan bukannya surat saman seperti yang digembar-gemburkan. Kata Marina:-

Buat masa ini, tiada notis saman yang dikeluarkan kerana melanggar kontrak. Anda kata timbul masalah lain, selepas ini yang boleh menjejaskan nama baik syarikat, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

Saya tiada masalah untuk bertemu dengannya (Emma). Emma sendiri memiliki nombor telefon saya. Beliau boleh menghubungi saya bila-bila masa saja.

Jika Emma masih kurang faham, kami boleh membawanya berjumpa dengan peguam syarikat untuk menerangkan dengan lebih mendalam berhubung isi kandungan kontrak itu.

Dalam kes ini, sudah jelas Emma memang melanggar kontrak apabila menguruskan kerjaya lakonannya sendiri dan menerima bayaran tanpa melalui WFE.

Apa pun saya amat berbangga kerana dapat melahirkan Emma sebagai seorang bintang yang mendapat tempat di Malaysia. Bagi saya, beliau boleh pergi jauh berbekalkan bakat semula jadi yang dimilikinya.

emma

Bagus sungguh sikap bertolak ansur yang ditunjukkan oleh Marina Juki ini. Walaupun sebenarnya boleh mengambil tindakan undang-undang, Marina enggan berbuat demikian kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Thumbs up. Kepada Emma Maembong, lepas ini kalau nak tandatangan mana-mana kontrak, pastikan baca betul-betul sebelum membuat sebarang keputusan. Nanti takut timbul masalah yang serupa pula di masa hadapan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...