Kalau selama ini kebanyakan daripada kita menganggap Hanez Suraya digugurkan daripada tugasannya sebagai duta Aura White kerana kontroversi percintaan dengan suami orang, rupa-rupanya perkara tersebut adalah tidak benar. Hanez Suraya dengan kerelaan hatinya telah pun menarik diri daripada meneruskan tugasnya sebagai duta produk kecantikan tersebut. Respek Abang Nara dengan tindakan Hanez. Bukan mudah untuk membuat keputusan yang sebesar itu.
Berkata kepada Mstar Online, pegawai pemasaran Aura White iaitu Nurul Lina memaklumkan Hanez sendiri memohon untuk menghabiskan baki kontrak enam bulan yang diikat sejak Disember lalu tanpa mahu memperbaharuinya. Kata Lina:-
Dia tidak digugurkan. Hanez sendiri memberitahu kami adalah lebih elok sekiranya dia mengundur diri. Kami faham dengan situasinya. Lagipun sehingga kini perhubungan antara pihak kami dengan Hanez sangat baik. Dia pun tidak pernah memberi masalah kerana dia seorang yang sangat berdisiplin
Menariknya selepas kontroversi ini, jualan produk Aura White semakin meningkat walaupun ada sesetengah pihak yang mahu memboikotnya. Pengganti Hanez Suraya masih belum diumumkan, namun daripada khabar angin yang sedang tiup, pelakon baru Amyra Rosli dikatakan akan menjadi muka baru produk tersebut. Sama-samalah kita nantikan.