Written by Bella | June 17th, 2015

Satu ketika dahulu anak kepada aktor Wan Hanafi Su iaitu Budi Citawan sering digosipkan bercinta bersama Remy Ishak. Enggan lagi menimbulkan salah faham, Budi menerusi akaun Instagramnya meminta agar peminat Remy tidak lagi memberikan reaksi negatif dan berharap untuk  mereka berdua bercinta  kerana hubungan Budi dan Remy tidak lebih daripada seorang kawan.

Saya pelik dengan peminat Remy yang mahu melihat kami bersama sebagai pasangan kekasih sedangkan kami hanyalah kawan baik. Malah ada yang bergaduh dan mengkritik orang lain hanya kerana isu kecil ini. Sebelum ini pun ada gosip mengatakan yang kami bercinta, tetapi jujurnya tiada hubungan mesra diantara kami.

Ingatkan dah tak ada gosip-gosip tentang kami, rupa-rupanya mereka masih lagi mengharapkan ada sesuatu yang terjalin di antara saya dan Remy. Kelakar rasanya.

Segelintir peminat juga terbawa-bawa dengan emosi mereka sehingga ada yang mengutuk kekasih Remy sekarang iaitu Pengarah Urusan Roistz Labels, Roszaliza Yusof.

Budi yang mengakui Remy adalah seorang lelaki yang baik merasa kasihan dengan aktor itu kerana perlu berhadapan dengan kerenah peminat fanatik yang kadang kala tidak masuk akal dan melampaui batas.

Sebagai seorang rakan, saya kasihan melihatnya berhadapan dengan peminat-peminat beremosi seperti ini dan saya harap mereka berhenti mengutuk orang lain.

Janganlah tabur fitnah, tak cool lah. Biarlah masing-masing dengan hidup masing-masing. Only God can judge us (hanya tuhan boleh mengadili kami). Mujurlah saya akan berkahwin tidak lama lagi dan pasangan saya sangat memahami situasi ini.

Kami tahu ramai yang ingin melihat mereka bercinta tetapi keputusan itu bukan terletak di tangan peminat. Kalau hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan baik tidak perlulah lagi kita memaksa mereka.

Sumber Berita: mStar Online

 

5 responses to Budi Citawan Tidak Mahu Peminat Kaitkan Beliau Bersama Remy Ishak

  1. jiran sebelah says:

    peminat?? hurmmmm

    0

    0
    • aku says:

      kalau x nk kait kan, jgn laa letak gmbr berdua kt media sosial…

      btw, dik…bodoh jgn dipelihara ya…

      0

      0
  2. abang yang tak bangang says:

    bunyi macam kecewa je budi ni. sabar budi. mamat bangla tu tak kemane pon. chill je. si remy tu da la poyo, ingat lagi kes die dengan umi nazeera dulu. bagus la umi dah tinggal mamat hitam bangla perasan macho ni.

    0

    0
  3. MsKikilala says:

    ape yg baiknye psl remy ni???kaki pkl,kaki tonggang jgk….budi nk ambk ati lg tu…roszaliza plak,ske clubbing,seksi plak tu..elokla 2 dgn remy yg bajet suci spnjg ms…

    0

    0
  4. mawar says:

    sesuai dan sepadan sebab dua2 muka melayu sejati

    0

    0