Written by AbangNara | September 5th, 2013

Kan bagus macam nie. Dah kahwin mengaku sajalah sudah berkahwin. Tak ada orang nak marah pun. Semua orang pun faham lumrah manusia perlu hidup berpasangan. Abang Nara percaya status seorang selebriti itu tidak akan menjadi penentu jatuh bangun populariti. Peminat-peminat di Malaysia semuanya sudah bijak-bijak belaka.
bront palaraeSebelum ini Bront Palarae menafikan yang dirinya sudah bernikah pada 31 Ogos yang lalu. Namun berkata kepada Yahoo Malaysia, akhirnya Bront membuat pengakuan yang statusnya kini ialah seorang suami kepada kenalan laman. Kata Bront:-

Ya saya sudah bernikah pada 31 Ogos lalu dan majlis tersebut hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan sanak-saudara saya dan isteri sahaja. Saya mohon maaf kerana merahsiakan pernikahan ini. Ia cukup peribadi buat saya dan isteri. Jika boleh, kami tidak mahu mana-mana pihak mensensasikan perkahwinan kami

Menariknya Bront dan isteri pernah menjalinkan hubungan cinta selamat empat tahun selepas berkenalan pada tahun 1999. Namun begitu hubungan mereka terputus di tengah jalan. Namun kata orang, kalau dah jodoh tak ke mana. Bront dan kenalan lamanya itu sah menjadi pasangan suami isteri dengan sekali lafaz di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail.

Nampaknya, jodoh kami kuat dan kami akhirnya disatukan sebagai pasangan suami isteri pada minggu lalu. Banyak pengalaman pahit manis yang telah kami lalui bersama sehinggakan pada satu fasa dalam perhubungan iaitu kira-kira lapan tahun kemudian, kami terpaksa mengambil keputusan untuk berpisah dan meneruskan kehidupan masing-masing. Saya amat gembira yang perkahwinan ini adalah titik permulaan untuk sebuah pengakhiran

bront

Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Bront atas perkahwinan ini. Semoga masjid yang dibina kekal sehingga ke hujung hayat. Marilah sama-sama kita doakan agar Bront berbahagia dan cepat-cepat dapat menimang cahaya mata. Tahniah Bront dan isteri!!!

29 responses to Bront Palarae Akui Sudah Bernikah 31 Ogos Lalu

  1. kidott says:

    tahniah… slamat pengantin baru !!

    0

    0
    • Kak Cham Kuat Gosip & Tido says:

      Alhamdulillah..
      Lega akhirnya abang Bront mengaku juga perkahwinan kita kepada umum.
      harap lps ni abg Bront boleh la kongsikan gambar Cham sbg isteri pada wartawan..

      0

      0
    • Olga says:

      JAP NGAKU JAP XNGAKU,INI SEMUA POYOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO

      0

      0
    • Poyo says:

      Poyo la ko, bront.
      Macam la orang kisah ko kawin ke tidak.
      Kejap ngaku, kejap tidak, pastu ngaku pulak.
      Takde la sensasi mana pun kalau ko kawin ke..tak kawin ke..
      Orang skrg dah tak heran dah sume tu.
      Poyo.

      0

      0
    • apaponxbleh says:

      Pgkuan Bront Palarae @ nama sbnr Nasrul Suhaimin Saifuddin baru2 ni: “Bagi saya 31 Ogos merupakan Hari Kemerdekaan dan saya sekarang ini sedang mempromosikan filem terbaru saya iaitu ‘Psiko Pencuri Hati’. Saya tidak mahu sebarang isu yang boleh menganggu promosi filem terbaru saya ini. Pada tarikh tersebut saya turut berada di sebuah konti radio, tapi jari saya tidak berinai pun. Saya rasa lebih baik jika bertanya sendiri pada sumber yang mengeluarkan berita tersebut”

      Kemudian skrg mgaku dah kahwin.

      sepatutnya kita gembira atas perkahwinan & menghebahkan supaya masyarakat sekeliling tahu.. jadi x la timbul fitnah.. pada saya.. sedihnya isteri bila si suami x mgaku dah kahwin & sedihnya ibubapa bila menantu masih mgaku bujang..

      0

      0
  2. mamabosan says:

    tahniah…. slamat pengantin baru!

    0

    0
  3. Mayo says:

    Heh da nikah tapi xnak ngaku..xpaham la org cmni..ntah ape nak disorok kan xtau la..

    0

    0
  4. Kim says:

    Hmmm..klau aku jd wife dia, kecik ati aku dia x ngaku dh kawin..

    0

    0
  5. berlari says:

    Knp ehh artis takut sgt nk mngaku da kawen hanya sbb takut peminat lari? Diorang ingat peminat diorang tu nak kawen dgn diorang ke? Ke canne?

    0

    0
    • iniorgtidaktakutmatipunya! says:

      mgkn ka isteri bront ni ala konsep mcm c izzue? kee yg dia takut sgt org nk cerca? memalukan tol la ko nih bront dh jd somi xnk ngaku lak yg istri ko bkn tahap artis, heii cantik kalu dh tua kedut gak. nk jg hati teman2 artis konon..puiii hati isteri sendiri tak kira kerr? kerrr ngah nk jg ati c Suzanne tue??manusia..manusiaaa..so pathetic!

      0

      0
  6. sayakecewa says:

    noooooooooooooooooooooooooo…tidddddddaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkk…. okbye

    0

    0
  7. BUNDA says:

    TAHNIAH Bront…

    0

    0
  8. Pavlova says:

    erkk. kejap xngaku, kejap ngaku. motif? lantak ko lah, NEXT!

    0

    0
  9. Bront says:

    i segan nk mngaku awalnya coz takut2 hilang peninat lepas ni.. Anyway i myst think positive benda baik buat pe nk rahsiakn ya..peace yoo

    0

    0
  10. Alhamdulillah.
    Tahniah Bront!

    0

    0
  11. mm says:

    betul ke x ni?? jangan sok x ngaku lagi.

    0

    0
  12. Minnie Mouse Cute says:

    Tahniah Nasrul Suhaimin Saifuddin…

    0

    0
  13. rainbow says:

    bkn masalah mensensasikan perkahwinan @ x..tp tujuan perkahwinan perlu dihebahkan supaya tak timbul fitnah, mcm mana nk amar makruf nahi mungkar kalau sume pakat sorok perkahwinan..karang tak pasal kena ‘tangkap basah’ dgn isteri sendiri..

    0

    0
  14. den la ni says:

    npe perlu sorok kn??setw ak,brita ptunangan yg perlu dirahsiakan,perkahwinan perlu dhebah2 kan utk mengelakkan salah sangka org rmai & masyarakat..tq..=)

    0

    0
  15. FARAEL COBAIN says:

    Poyo giler.. kjap ngaku.. kjap x..

    0

    0
  16. Mat K says:

    Syukur. Dah halal.

    Poyo tak poyo, janji dah halal. Korang peduli apa. Aha!

    0

    0
  17. gigi emas says:

    Setahun kemudian di gossip nara bagang….”Bront Palare akui cerai isteri sejak 31st August 2014…….” hahahahahahahahaha

    0

    0
    • FARAEL COBAIN says:

      gigi emas.. ko nie mental ker? asal ader artis bina masjid.. ko bg komen dia bercerai plak lepas nie.. real life ko mmg cmnie ker or ko mmg x laku x kawin2 lg?

      0

      0
  18. LOSYEN TANGAN GEBU says:

    memula saya xmo ngaku sebb takut peminat lari pehtu baru saya sedar rupenye saya xramai peminat so saya ngaku balik yg saya da kawen… gitu…tanpa peminat sapela saya…

    0

    0
  19. Mak Jemah 2.0 says:

    Ni mak jemah tak suka ni. Tak kisah lah tak nak beritahu siapa yang dah dikahwini tu. Kalau dah berumah tangga, katakan ya. Jangan selindung. Jangan risau, Mak Jemah tetap minat kau Bront. Tak hilang peminat nye der. Yang cuma hilang adalah impian dan angan-angan peminat @ gadis-gadis yang nak kahwin ngan kau. Positifnya, x dela orang dok fitnah2 buat cerita skandel2 gosip pasal kau. Nampak tak perlunya pengakuan tu. Hah, ni nasihat semua gak, dah kahwin, ngaku jer dah kahwin. Tak payah sorok-sorok sangat status tu.

    0

    0