Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza masih lagi “berbisa†dalam bidang nyanyian apabila berjaya membolot lima buah trofi didalam acara Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22) yang berlangsung malam tadi di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur.
Siti Nurhaliza menerima anugerah Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu, Susunan Muzik Terbaik menerusi lagu Menetap Dalam Mimpi, Album Terbaik , Lagu Nasyid Terbaik dan kategori baharu Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia.
Sementara itu, Yuna dan Datuk Shiela Majid juga masing-masing menerima anugerah khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Sri Wirama.
Berikut senarai penuh pemenang AIM 22 :-
Album Terbaik:
Dato’ Siti Nurhaliza Unplugged
Lagu Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir
Anugerah Penyanyi Pilihan Malaysia:
Datuk Siti Nurhaliza
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu  (Wanita)
Datuk Siti Nurhaliza – Menatap Dalam Mimpi
Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
Akim Ahmad – Potret
Lagu Pop Terbaik:
Sejati – Faizal Tahir
Lagu Rock Terbaik:
Mata Hati – Azlan & The Type Writer
Anugerah Kembara:
Yuna
Anugerah Sri Wirama:
Datuk Sheila Majid
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu:
Menatap Dalam Mimpi – Datuk Siti Nurhaliza
Rakaman Album Terbaik:
Panic Bird – Froya
Kulit Album Terbaik:
Bahtera – Sekumpulan Orang Gila
Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu:
De Fam – #Supergirls
Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu:
Misha Omar & Hafiz Suip – Terimaku Seadanya
Video Muzik Terbaik:
Not For Sale – Stacy
Artis Baru Terbaik:
Syamel
Lagu Hip Hop Terbaik:
Janji – Altimet & Takahara Suiko
Lagu Inggeris Tempatan Terbaik:
Firefly – Sonaone
Lagu Nasyid Terbaik:
Mikraj Cinta – Datuk Siti Nurhaliza
Lagu Pop Terbaik:
Joget Sulam Sakti – Reena Nicky