Written by AbangNara | August 30th, 2014

Suka Abang Nara mendengar penjelasan Ummi Nazeera mengapa dirinya menyepikan diri daripada media massa selepas penghijrahannya. Diakui memang jarang Ummi tampil menceritakan kisah hijrahnya untuk tatapan orang ramai. Selepas tamat pengajiannya pun Ummi dilihat lebih banyak melibatkan diri dalam aktiviti agama dan tidak tampil di suratkhabar atau televisyen untuk bercerita perkembangan hidupnya. Hanya baru-baru ini sahaja Ummi Nazeera mula membuka mulut dan berkongsi detik-detik perubahan dalam hidupnya yang bermula di Melbourne, Australia.

ummi nazeera

Menerusi portal Murai baru-baru ini, Ummi Nazeera memaklumkan punca utama dirinya enggan ditemuramah oleh mana-mana media mengenai penghijrahannya adalah kerana bimbang timbul perasaan riak di dalam diri. Kata Ummi:-

Selama ini bukan saya sengaja untuk tidak mahu berjumpa dengan rakan media. Saya ada alasan saya sendiri. Saya tahu bila orang tengok perubahan pada penampilan saya, mereka suka dan saya sudah tentunya sangat gembira.

Tetapi kenapa saya jarang keluar adalah saya masih belum selesa serta yakin perubahan ini adalah disebabkan kemahuan sendiri atau sebab lain. Pada saya jika saya terus menerus keluar dan bercerita mengenai penampilan saya ia seperti menyimpang daripada niat saya dan bimbang akan menjadi riak.

Kerana itu saya mencari dulu waktu yang sesuai dan setelah saya rasa yakin ini yang saya mahukan, barulah saya boleh bercerita dengan anda semua tentang penghijrahan saya ini.

ummi nazeera

Memang ada logiknya kebimbangan Ummi Nazeera tersebut. Biasalah awal-awal berhijrah pasti akan ada bisikan dan godaan daripada syaitan untuk memesongkan niat penghijrahan tersebut. Mana tahu kalau tak tahan godaan niat yang kerana Allah boleh terpesong kerana dambakan pujiaan daripada manusia. Satu langkah yang bijak buat Ummi untuk menyepikan diri buat seketika. Semoga selepas ini Ummi akan semakin aktif berkongsi kisahnya untuk dijadikan teladan buat orang ramai.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

40 responses to Bimbang Akan Jadi Riak Punca Ummi Nazeera Tidak Bertemu Media

  1. One Direction says:

    cantik lah Ummi Nazeera

    0

    0
  2. ssss says:

    Cantik..

    0

    0
  3. ihsan says:

    wow. i love girl with hijab
    religius

    0

    0
  4. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    jangan cakap banyak la ummi tknk jmpa wartawan takot riak konon berenti teroskn bagos ! maseh nk jadi clberiti ke ? asek nk bercakappppppppp aje diam tk boleh ? 1malaysia dh tau yg u dh berhijab n nk jadi pompan yg paling baik n bagos di dunia yg fana ni tapi kenape u asek asek nk kasitau ape yg u nk buat atau tknk buat ? tu bermakna u ni maseh lagi nk jadi clebriti yg beza Nye u dh bertudong itu saje ..yg lain tkde makna ….ape2 pon diam2 sudaaaaaa jangan nk cakap tknk jumpa wartawan la ape la itu la ini la takot jadi riak la huh ! kalau iman tu kuat dlm diri dia tkan terjadi ape yg u sangka kan…Allah yg maha mengetahui Nye…

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      sape yg tutop muka pakai cemin mate tu wahida wasini ke ? lov u wahidaaaaaaaa muah !

      0

      0
    • Anonymous says:

      tak salah rasanya dia nak explainkan kenapa dia buat macam tu. sebabnya dia artist and memang sebelum ni memang dah terkenal pun. kalau tak explain langsung, kena branded as sombong, susah jugak.

      0

      0
  5. alhamdulillah. ramai artis dah berhijrah sekarang ni. suka tengok. =)

    0

    0
  6. Anonymous says:

    Cara umi Nazaara tu betul. Kebanyakan artis baru pakai beberapa hari dah heboh satu kampung. Sampaikan ada yang terus jadi ustazah segera. Jangan jadi macam Felixia yeap. Baru dipuji lawa pakai tudung, asyik nak berposing je. Kalau boleh tiap hari dia nak dipuji. Tapi bab mendalami agama Islam entah ke mana. Asyik dalami cara memakai tudung je.

    0

    0
  7. imah says:

    alhamdulillah..

    0

    0
  8. imah says:

    alhamdulillah…doakan yg terbaik utknya

    0

    0
  9. Alhamdulillah. Seronok betul tengok makin ramai artis dah bertudung ^^

    0

    0
  10. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Hei…aku pon pkai tudung gak…tapi songkok atas kepala la…

    0

    0
  11. Biskut Meri Enak Ditelan says:

    Umie penah bercinta dgn engineer tmpt keja aku. Sekian.

    0

    0
  12. hmmm says:

    ONE DIRECTION.

    dah mana kau tahu dia berkabung ke tak? sukahati dia lah nak pakai hitam ke apa. tak ada masalah pon aku nampak kat situ

    0

    0
  13. Cik Oren says:

    Aah.. nnt jd riak cam Abby Abadi lak. Abis semua orang salah. Dia je yang betul.

    0

    0