Bila Zizie Ezette Bergurau Dengan Suaminya, Bung Mokhtar

Hiburan

Bila Zizie Ezette Bergurau Dengan Suaminya, Bung Mokhtar

Sudah lama tidak mendengar perkembangan terbaru Zizie Ezette dan Bung Mokhtar. Dan semalam, Zizie Ezette menunjukkan sisi kelakar dalam dirinya. Sesekali bergurau manja dengan si suami apa salahnya kan? Kira-kira jam 8.50 malam semalam,  satu status update seperti di bawah telah pun dilakukan menerusi akaun Twitter Bung Mokhtar.
zizie ezette
Sekali baca memang agak pelik status yang diupdate oleh MP Kinabatangan ini. Takkanlah Bung Mokhtar suka bermain dengan patung Barbie. Agak tidak masuk akal di situ. Tidak lama selepas itu, satu lagi status update daripada akaun yang sama telah dilakukan.
zizie ezette
Kelakar kan? Tak sangka Zizie Ezette dengan begitu comel sekali telah meng”tweetjack” akaun Twitter suaminya. Tersenyum kambing Abang Nara melihat teletah pasangan suami isteri ini. Semoga kemesraan ini akan terus berkekalan sehingga bila-bila.

P.S: Video parodi lagu Muara Hati oleh Chegu Man.

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...