Written by Bella | November 1st, 2016

Semalam, sebuah akhbar tempatan ada melaporkan berita dimana pelakon Saharul Ridzwan bakal bergelar bapa tidak lama lagi selepas isterinya Deena Emir kini sedang hamil satu bulan.

Ramai peminat Saharul merasa teruja dan mengucapkan tahniah buat beliau dan isteri kerana dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata awal.

Bagi mendapatkan kepastian, pihak media telah menghubungi Saharul berkenaan kehamilan isterinya. Walaubagaimanapun, Saharul buat masa ini enggan ulas dan belum bersedia untuk memberikan sebarang komen mengenai berita tersebut.

Saharul meminta peminat serta rakan media mendoakan yang terbaik buat mereka.

Apabila masanya sudah tiba dan bersesuaian, saya akan kongsikan berita baik dengan semua peminat serta rakan media. Buat masa sekarang, doakan perjalanan rumah tangga kami berjalan dengan lancar.

Meskipun tidak mahu mengulas lebih lanjut, Saharul juga tidak menafikannya.

Kalau saya menafikan, ia umpama saya menolak sekiranya ada rezeki daripada Allah. Jadi, seperti yang saya katakan, saya memilih untuk tidak mengulas mengenai hal ini.

Tidak mengapa, apabila kandungan sudah benar-benar kuat nanti, InshaAllah Saharul akan mengumumkan berita gembira.

Sumber Berita : Harian Metro

7 responses to Bila Tiba Masa Yang Sesuai Saya Akan Kongsi Berita Gembira – Saharul Ridzwan

  1. Oh Malaysia says:

    Berat badan naik x kisah sgt, harga minyak masak naik dari rm13 ke rm21.. apa cerita???

    20

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Malaysia gomen dah xde duit. Tu la pasal sis. Pak Jib gagal sbg Menteri Kewangan. Dah terbukti pun…temberang je lebih.

      13

      0
  2. Lorat says:

    taknak up ker citer hajat che ta nak celebrate birthday anak ke london tak kesampaian?

    1

    0
  3. oiiii says:

    perut bni dia mmg buncit ke?gmbr wedding tu nmpk perut berisi..bunting ke

    0

    4
  4. melati says:

    Aikkkk …ader org kew nk kongsi berita gembira????

    0

    0
  5. anon says:

    Power abang … baru kawin dh melekat …
    Abang minum apa yer ????

    1

    0