Kumpulan Kpop terkenal, Big Bang bakal singgah di Malaysia untuk bertemu para peminatnya di dalam sebuah konsert. Kehadiran Big Bang ini adalah bersempena konsert jelajah ‘Big Bang 2015 World Tour [Made]. Konsert di Malaysia bakal berlangsung pada 25 Julai 2015 di Stadium Bukit Jalil. Pastinya ini adalah satu berita yang menggembirakan serta mengujakan buat para peminat Big Bang.
Pada tahun 2012, Big Bang telah pun membuatkan kira-kira 15,000 peminat Malaysia histeria dengan persembahan penuh bertenaga bersempena konsert jelajah BigBang Alive Galaxy Tour 2012. Kali ini pastinya Big Bang akan muncul dengan persembahan yang lebih unik dan menarik. Sama-samalah kita nantikan info lanjut tentang konsert Big Bang 2015. Abang Nara akan kongsikan apabila ada maklumat terkini. Diharap bersabar ye!!!