Susulan dakwaan dirinya memarahi dan memaki Nisdawati, Sharnaaz Ahmad tampil menerusi Harian Metro hari ini untuk membela dirinya. Menurut Sharnaaz, semua orang yang terlibat di dalam penggambaran drama Bukan Aku Tak Cinta mengetahui sikap pasangan suami isteri berkenaan.
Agaknya sikap apakah yang dimaksudkan oleh Sharnaaz ini? Hmmmm. Makin banyak teka-teki daripada jawapan yang timbul di dalam kontroversi ini. Apa yang pasti, Sharnaaz enggan memohon maaf dan yakin dirinya tidak bersalah. Kata Sharnaaz:-
Saya tidak perlu menjelaskan punca kejadian ini. Benda ini kecil sahaja tetapi dibesarkan mereka (Nisdawati dan Fauzi). Saya rasa tidak perlu dibawa kepada media.
Biarlah mereka memburukkan saya tetapi saya akan mengambil pendekatan tidak mahu menjelaskan lebih lanjut. Pengalaman lalu mengajar saya. Setahu saya, saya tidak bersalah dan tidak akan melutut (mohon maaf).
Bagi Abang Nara, kalau dah sampai ke tahap buat laporan polis, kejadian ini pastinya serius. Tak apalah. Kita tunggu sama-sama siasatan yang akan dijalankan. Abang Nara yakin pasti ada sebab Sharnaaz dan Nisdawati mengambil tindakan mereka yang tersendiri. Sama-samalah kita nantikan.