Kemenangan Siti Nordiana semalam di Gegar Vaganza 2 tidak dipertikaikan oleh orang ramai. Memang Siti Nordiana konsisten sejak daripada minggu awal dan layak untuk bergelar juara. Namun ada sesetengah pihak yang kurang berpuas hati apabila Faradhiya dinobatkan sebagai naib juara. Ada yang berpendapat persembahan Faradhiya tidak begitu menonjol pada malam semalam. Malah ramai yang terkejut apabila Haiza mendapat tempat tercorot sedangkan persembahannya boleh dianggap mantap.
Namun Abang Nara percaya kepakaran dan kehebatan Datuk Ramli MS serta Datuk Khatijah Ibrahim selaku juri dalam membuat keputusan adalah atas dasar profesional. Kita yang tak tahu bab-bab muzik ini manalah tahu perkara teknikal. Biarlah yang pakar menentukan. Apa yang menarik ialah perbezaan markah antara Nana dan Faradhiya cuma 0.3%. Kata Ramli MS:-
Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.
Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.
Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.
Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap.
Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.
Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.
Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa
Apa pun, memang jarang keputusan untuk mana-mana pertandingan tidak dihimpit kontroversi. Ada pertandingan memang ada peserta feveret masing-masing. Bila peserta feveret tak menang, macam-macamlah suara akan keluar. Tak gitu? Apa pendapat anda? Sumber Murai.