Written by AbangNara | May 6th, 2017

Pejam celik pejam celik, bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Pasti ramai yang dah tak sabar nak menjalankan ibadah puasa kan? Sempena Ramadhan dan juga Aidilfitri kelak, Huawei telah mengumumkan 2 kejutan yang sangat-sangat best untuk kita semua. Kejutan pertama ialah potongan harga kaw-kaw untuk Huawei P9 yang merupakan telefon pertama dibina dengan lensa kamera Leica. Ambil gambar confirm cun melecun macam profesional.
huawei p9

Untuk memudahkan anda melihat diskaun yang ditawarkan, Abang Nara sertakan jadual di bawah untuk tatapan:-

Device Harga
Huawei P9 RM1,799 (Jimat RM300)
Huawei Mate 9 RM2,499 (Jimat RM200)
Huawei Mate 9 Pro RM3,299 (Jimat RM100)

Kejutan kedua yang tidak kurang hebatnya ialah kehadiran warna “Greenery” dan “Dazzling Blue” untuk Huawei P10 Plus. Warna unik ini terhasil hasil kerjasama dengan Pantone Colour Institute, yang merupakan pakar dalam bidang warna di seluruh dunia. Untuk makluman, warna “Greenery” telah pun dinobatkan sebagai official Pantone Colour of the Year 2017. Terbaik kan?
p10 huawei plus

Abang Nara pasti akan ada lebih banyak kejutan dari Huawei pada masa akan datang. Buat masa ini, 2 kejutan ini sudah cukup menggembirakan hati Abang Nara. Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Huawei Malaysia dan juga http://consumer.huawei.com.

7 responses to Bersempena Kehadiran Ramadhan, Ini 2 Kejutan Best Dari Huawei

  1. Selitone says:

    Salam nara..
    per khabor.. lama tak singgah sini… Thehehe… Harap sihat semuanya yer… semoga terus suksess… ???

    Chaiyok..!!!

    2

    0
  2. Yaya says:

    Aku cuma nk ckp 1 je nara.
    Iklan2 kt page ko teramatlah annoying hokay!!
    Tiap kali tukor page atau nk komen, iklan pop up. Sgt tdk mesra tetamu blog engko mcm aku ni.
    Cer ko pikir cara lain nk iklan spy tdklah ia nmpk sgt annoying dan buat aku rasa mcm nk mencarut. Sekain terima kasut!!

    1

    0
  3. datuk TT says:

    Melayu nak bergaya di pagi raya,
    Melayu nak phone baru, pikir duit haru biru
    Melayu buat hutang, habis duit melayang
    Melayu pakai kredit kad, kena kejar bank sampai masuk wad
    Melayu nak sambut syawal, nafsu tak terkawal
    Melayu nak terlebih bergaya, Cin juagak yang kaya
    Melayu pangkah umno dand pas, miskin habis semua duit melepas

    1

    0
  4. Fyda Noh says:

    Kalau ada kemampuan, apa salahnya nak bergaya..

    0

    0
  5. minah jambu suka sahara yaakop says:

    minah jambu pakai hp Samsung je..

    0

    0
  6. anon says:

    Harga mahal jugak, baiklah aku beli iphone je..

    0

    0

Leave a Comment

Optional