Written by Bella | August 20th, 2015

Shamsul Ghau Ghau antara nama yang cukup popular pada masa dahulu dan pernah muncul dengan pelbagai jenis rancangan di kaca televisyen. Namun, sejak beberapa tahun ini agak jarang kita lihat lakonan Shamsul bukan? Yang kami ingat beliau pernah berlakon dalam satu drama bersama Diana Amir dan Johan As’ari  membawa watak sebagai imam.

Untuk pengetahuan anda, Shamsul kini sudah berhijrah dan sedang mendalami agama Islam. Oleh itu, beliau kini sudah memperlahankan aktivit seninya.

Terbaru, ada seorang ustaz telah bercerita mengenai penghijrahan beliau menerusi akaun Facebooknya.  Melalui satu status di Facebook, ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani beliau merasa cukup senang dengan akhlak serta keperibadian Shamsul yang duduk di saf hadapan menyapa beliau dengan lemah lembut dan beradab.

Mula berborak, ustaz tersebut bertanya kepada Shamsul apakah sebab beliau mula berubah. Jawapan Shamsul cukup ringkas, “Doa ibu Ustaz”.

Berikut adalah perkongsian penuh ustaz  Ahmad Dusuki:-

Dalam pada itu, beberapa kenalan dan individu yang mengenali Shamsul Ghau Ghau turut berkongsi tentang peribadinya di ruangan komen. Ramai yang memuji sikapnya yang cukup menghormati ibunya dan mengamalkan ajaran Islam dengan baik.

Berkat doa ibu kepada anaknya, kini Shamsul Ghau Ghau di bukakan pintu hati untuk berubah.  Kata orang, kalau hendak berubah tu sekelip mata sahaja boleh tetapi ia bergantung kepada iman seseorang itu. Pilihan di tangan anda sendiri.

Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani

5 responses to Berkat Doa Ibu Shamsul Ghau Ghau Berhijrah Ke Arah Lebih Baik

  1. Eddy says:

    Alhamdulillah…bukan saja dari kalangan artis.. semoga umat islam keseluruhannya akan kembali kepada ajaran islam yg sebenar

    0

    0
  2. Anonymous says:

    Alhamdullillah..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    Alhamdullillah..

    0

    0
  4. baby says:

    Aku memang respek lelaki yang jaga mak dia….banyak ustaz2 yang jaga mak juga aku respek….bukan ustaz yang sibuk tambah bini…..sebab dalam budaya melayu kini, anak perempuan yang banyak bela mak bapak….walau kita semua tahu syurga lelaki ke mak dia. Memang rare lelaki mcmni…semoga jannah untuk shamsul ghau ghau..jangan sibuk till jannah dengan isteri, tapi lupa cara nak ke jannah ada pada ibu sendiri.sekian..bini2 ku kaki kontrol..dah tak yah meroyan….nak jannah taat cakap suami.

    0

    0