Written by AbangNara | July 21st, 2014

Hari Nuzul Quran yang lalu adalah hari yang paling bermakna buat Ziana Zain apabila penyanyi hebat ini mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya. Berita gembira ini pastinya disambut riang oleh suami dan anak-anak Ziana. Namun di kalangan peminat, masih ada yang skeptikal dan menganggap Ziana sekadar mengikuti ‘trend’ selebriti-selebriti wanita yang berhijrah sejak kebelakangan ini. Bagi mereka, Ziana hanya ingin mencari populariti dengan membuat keputusan untuk bertudung.

ziana zain bertudung

Kalau Abang Nara jadi Ziana Zain, pastinya sedikit sebanyak kecewa dengan dakwaan tersebut. Namun membaca temuramah antara Ziana dan Pancaindera semalam, memang jelas terserlah betapa ikhlasnya penyanyi ini mengikuti suruhan Allah. Abang Nara suka dengan jawapan yang diberikan olehnya apabila ditanya mengenai pemakaian tudung oleh selebriti kerana mengikut trend dan halangan bertudung dalam kerjayanya. Kata Ziana:-

Kesedaran setiap orang berbeza-beza. Kebetulan ramai yang sudah berhijab dan ini satu perkara yang positif. Saya berhijab bukan kerana trend tetapi kerana sudah tiba waktunya untuk saya lakukan. Bila pintu hati terbuka dan sekarang saya berhijab, saya tak rasa beban malah rasa seronok dan selamat selain orang lebih menghormati diri saya. Tuhan tahu apa yang diaturkan untuk kita maka kita sebagai manusia kena terima segala ketentuan itu dengan reda.

Kerja adalah kerja. Penampilan adalah penampilan. Lagipun saya percaya selagi ada rezeki Tuhan nak beri, saya akan terima. Paling saya terharu, rupanya ramai peminat saya yang menunggu saya untuk tampil bertudung. Apabila mereka dapat tahu saya bertudung, tak putus- putus saya terima ucapan tahniah atas perubahan saya. Mereka selama ini mendoakan saya. Ada yang menangis. Menangis gembira untuk saya. Alhamdulillah dan saya bersyukur sekali.

ziana zain bertudung

Ya memang betul ramai peminat yang mahukan Ziana Zain bertudung sepenuhnya. Tak boleh dinafikan perkara tersebut. Daripada jawapan yang diberikan olehnya, jelas terserlah kematangan dan keikhlasannya dalam mengikuti syariat Islam. Semoga terus istiqamah. Semoga ia tidak menjadi penghalang buat Ziana untuk terus mencipta nama dalam industri hiburan tanah air. Tahniah sekali lagi buat Ziana Zain atas keputusan untuk berhijrah ini.

P.S: Penjelasan MH17 lalui ruang udara Ukraine

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

21 responses to Berhijab Bukan Kerana Trend – Ziana Zain

  1. nana says:

    Tinggi hidung nampak…

    0

    0
  2. Anonymous says:

    ingat kan patung kat butik2 pakai tudung. rupanya ziana zain. syukur alhamdullilah dah bertudung liput dan menutup aurat

    0

    0
  3. my_instinct says:

    seriously mcm patung!

    0

    0
  4. jedi says:

    Bolenlab buat part time jadi patung cendana kat ariani…syarat jangan kedip2 mata okey…

    0

    0
  5. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    ziana zain ni dia bertudong kerana desakan peminat2 Nye yg paksa dia bertudongggg paham n bukan dari hati dia yg tulus iklas….ape2 pon tahniah kerana dh bertudong …tapi boleh kah berhijrah macm wahida wasini ? sape boleh ? macmana ponnnnnnn bertudong mesti ada sikit seksi kan betol tak huhu…cian…

    0

    0
  6. Ape-ape Jer says:

    Yang pasti Irma Hasmie masih mengekalkan kedudukanartis paling cantik, manis & jelita bila bertudung… Irma so sweet dan nampak sangat ikhlas bilamenutup aurat… Ziana Zain???? Biase jer…

    0

    0
  7. Ape-ape Jer says:

    Yang pasti Irma Hasmie masih mengekalkan kedudukan artis paling cantik, manis & jelita bila bertudung… Irma so sweet dan nampak sangat ikhlas bila menutup aurat… Ziana Zain???? Biase jerrrr…

    0

    0
  8. apa pun tak bley says:

    Kalu dah berhijab bukan kerana trend, jgn ler berselfie pastu muat naik kt internet.. Berhijab jer senyap2 then dok diam2.. tak yah nk expose sangat.. huh.. hipokrit..

    0

    0
  9. anon says:

    Bila bertudung/menutup aurat tu baguslah, tapi takyah lah berpanjangan pulak….mcm si Lopa tu sama lah. Tak payah nak explain kat org panjang lebar & takyah lah bermekap 3 inci, contact lens & bulu mata palsu & ber “pouting” amik selfie tunjuk kat semua org, tu tabbaruj namanya…. Tujuannya mestilah nak suroh org puji kan. Hey….menyampah betol.. Kata bukan trend, haa…kalau gitu wat lah amal ibadat dlm diam. Takyah cari publisiti murahan mcm neelopa tu. Lama2 org naik muak tengok…

    0

    0
  10. observer says:

    Bermekap tebal, bercontact lens, muncungkan mulut, pahtu amik selfie. Pilih gambar diri sendiri yg paling lawa & upload utk tatapan semua org…..untuk ape??????? Mengada2 makcik ni…

    0

    0
  11. dakawaLALUmerlimau says:

    biarlah ZZ dengan niat dia bertudung… Alhamdulillah lagi manis orangnya. Mulot-mulot LASERlah sepatotnya ditutup litop takot merosak niat baik orang…

    0

    0
  12. hamba Allah says:

    Diana amir n yatt hamzah pn nmpak ikhlas bertudung. Labuh n menutup dagu. Miss nina pun…

    0

    0
    • minah jambu idop umno ! merah biru says:

      Diana amir ngan si yatt boleh tk hijrah macm wahida wasini ? kalau tk boleh jangan cakap banyak ! ziana dh bertudong tu dh cukop bagos ! lagi nk suroh dia tutop sampai dagu ikot macm si Diana n yatt…ape bagos sangat ke Diana n yatt tu ????????? minah jambu tengok muka si dua ekor ni pon macm hipokrit aje huh !

      0

      0
      • Sabri Ali @ Nick says:

        Tak baik awak mengata orang.. Dosa tau..

        0

        0
        • minah jambu idop umno ! merah biru says:

          eh helo sayang ! minah jambu bukan mengate tau tapi minah jambu cuma cakap aje yg dorang dua tu hipokritttttt pahammmmm…cakap biar betol cikit eh ! idop umno ! idop pak najib ! lov u pak najibbbbb !

          0

          0
      • dakawaLALUmerlimau says:

        ilerrrr kpalerrr!! puase dop auu blake semer eyy

        0

        0
  13. Sabri Ali @ Nick says:

    Baguslah kalau ikhlas buat benda afdal macam ini.. Lagipun umur dah nak masuk separuh abad dah..

    0

    0
  14. Agasi says:

    Adat manusia kan tidak pernah merasa puas…org tu dah bertudung disuruh bertudung litup…hangpa semua tu dah sempurna ker…siap buat perbandingan antara satu sama lain…hangpa ni sape yang menilai tahap keikhlasan orang lain dalam melakukan perubahan…entah2 diri sendiri pun tak move on lagi…manusia…manusia…

    0

    0
  15. amin says:

    gambar bawah sekali macam JLO pakai tudung :) tahniah ZZ

    0

    0