Selepas Zizan Razak tampil menafikan “percumbuan” antara dirinya dan Emma Maembong, kini si gadis turut memberikan kenyataan yang lebih kurang sama. Berkata kepada Kosmo hari ini, Emma mengakui dirinya ada bergurau dengan Zizan namun tidaklah sampai ke tahap bercumbu. Dakwaan bercumbu bagi Emma adalah satu dakwaan yang melampau dan memburukkan nama Zizan dan keluarganya.
Namun Emma Maembong akui sepanjang perjalanan ke Los Angeles kadangkala dia tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan. Itu perkara biasa terjadi kalau dah terbang lebih berpuluh jam. Terang Emma:-
Bercumbu? Melampau dakwaan itu! Saya menafikan sama sekali tuduhan tidak berasas itu dan cubalah berfikir secara logik mana mungkin kami akan melakukan perkara itu, tambahan pula di hadapan orang ramai dalam pesawat.
Selagi tiada sebarang ikatan Emma tidak akan sesekali melakukan perkara itu (bercumbu) walaupun ramai yang membuat spekulasi Emma dan Zizan bercinta, janganlah sampai membuat fitnah sebegini.
Cerita ini secara tidak langsung memburukkan nama Zizan dan mengaibkan keluarga kami. Pasti ramai yang menganggap kami selalu buat perkara bukan-bukan seperti ini.
Emma sangat terkejut apabila dimaklumkan mengenai cerita ini, memang benar orang selalu cari salah kita
Seperti Zizan, Emma Maembong jugak tidak naik marah atau menyalahkan pihak yang menimbulkan gosip ini. Terang Emma lagi:-
Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka (yang mengikuti trip bersama) tapi tidak pula keluar cerita.
Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman.
Emma tidak marahkan penyampai cerita itu sebab semua tahu perkara yang sebenar, malah sampai sekarang Emma tidak pasti siapakah individu yang bertindak menyebarkan cerita itu. Mungkin juga ada peminat yang tersalah anggap.
Agak sedih sebenarnya apabila cerita itu keluar tanpa bertanyakan dahulu kepada Emma atau Zizan. Kalau betul Emma salah, Emma minta maaf.
Pada pandangan Abang Nara, kemungkinan besar peminat yang menyampaikan cerita ini mahu Zizan Razak dan Emma Maembong cepat-cepat berkahwin sekiranya memang benar mereka berdua bercinta. Mungkin ada peminat yang sudah tidak sabar hendak melihat Zizan mengucup dahi Emma sebagai isteri yang sah. Tak boleh salahkan peminat. Kadangkala memang ada yang fanatik tahap begini. Apa pun dengan penjelasan ini, diharap segala kontroversi “cumbuan” ini telah terjawab.
P.S: Toyota Corolla Altis 2014 dilancarkan pada harga RM114,000