Written by serenity | November 28th, 2014

Bapa pelakon kanak-kanak Mia Sara, iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengakui dirinya terkejut dengan laporan gosip di sebuah ruangan pojok tulisan Cik Pang di Harian Metro mengenai sikap anak itu yang hipokrit. Dia berkata yang dia tidak menyangka Mia akan digosipkan sama seperti selebriti dewasa walaupun hanya berusia sembilan tahun.

Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti.

 photo MiaSara.jpg
Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.

Ridhuan memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap di lokasi penggambaran:

Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya.

Sukar sebenarnya mahu bercakap mengenai perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kanak-kanak. Hal budak-budak, kata orang. Bagaimanapun, Mia Sara sedang membesar dan persekitaran akan mempengaruhi sahsiahnya. Mungkin sikap Mia Sara yang kurang bercakap itu disalah erti oleh sesetengah pihak. Mungkin jua Mia Sara boleh menunjukkan raut wajah mesra dan senyuman untuk tidak menyinggung mana-mana pihak selepas ini. Orang kata ambil yang positif, ya tak?

P.s: Kisah Arthur yang meruntun jiwa puluhan ribu netizen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

55 responses to Bengang Mia Sara Dituduh Hipokrit, Bapa Bakal Tuntut Di Akhirat

  1. kui3 says:

    1st!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0
    0
    • Anonymous says:

      mia ni x sekolah ke? aku rasa dia xreti bergaul sbb xde kawan..

      0
      0
      • Baby AA says:

        budak kecik zaman sekarang pun dah pandai tunjuk diva…sbb kawan2 ada yg camtu.

        0
        0
        • ambil yg jernih says:

          sokong dgn cik pang. mak bapak kena pro-active sikit. didik anak supaya jangan jadi ego cenggitu. nanti besar keras kepala, ego dan hancur perangai. kena lentur mereka.

          0
          0
        • melati says:

          aku memang x suka jenis bapak/mak explotasi anak. seakan loser gitu. tu la, kecik2 suruh berlakon. nak bergaul sampai x reti.

          0
          0
        • Anonymous says:

          sbg lelaki dan bapak, berhenti la jual anak, pegi la bekerja tanggung anak bukan anak tanggung bapak, jgn jd biawak hidup! anak ko tu kecik lagi, dia perlu berkawan utk tahu erti hormat dan adab. sampai bila ko nak gunakan dia utk jana kewangan keluarga. takpun bg la dia pada mak dia blk… biarla dia berlakon sekadar utk hobi bukan utk jana pendapatan! she’s too young for that!

          0
          0
        • Bahana mengadu domba .. says:

          Wartwan tdk bijak dn bkn dia yg kata adk mia hipokrt tp mnyampaikn crite org lain yg kata mia ini hipokrit. Abg nara sila betulkn. Pd mulanya sy ingt wrtwn yg kata rupanya kwn dia. Sy baca tulisan asal cik pang td. Klu nak tegur Parents mia spttnya cik pang tegur scra Jelas dn Terus Terang. Bkn jdkn ia bhn gossip dn apakh tujuan sbnrnya?. Ini akn mmbw tekanan dn org akn pandng serong kpd adk mia. Hipokrit 1 dosa dan 1 tuduhan yg mlampau kpd kanak2 yg tdk brdosa. Wartwn bijak tdk akn mnulis gossip begini. Brdosa Kawan wrtwn tu menuduh ank yg tdk berdosa ini hipokrit.

          0
          0
        • amoi says:

          masalahnya kat sini, setgh org ckp wartawan sengaja laga2kan budak2 ni..tp bg aku, budak2 skrg ni dah mcm2 sifat ade dlm diri dorg..mksd aku sifat org tua…dengki, hipokrit, selfish n sbgnya…sbb ade anak sedara aku ni asik kene kutuk dek classmate dia…yerla, budak tu anak orgkaya…siap perli lg, anak sedara aku ni anak org miskin..jgn kwn dgn dia…bygkan la..itu budak biasa..bukan retis…dgn cara si mia ni, pephm sndr..yer laa..retis kannnn…

          utk makbapak mia, sudah2 la tu..kesian aku tgk anak korg ni..kecik2 dah diajar utk cari duit..life budak2 tu xde…yg senang lenangnya makbapak..hahahaha..

          0
          0
      • baby Larat says:

        tunggu kejap lagi saya tampar muka mia tu. dia ingat dia taraf datin umi aida ke. hebat sangat ke?

        0
        0
      • Nana says:

        Dia sekolah lah malah budak yang pandai Dalam pelajaran lagi

        0
        0
      • Anonymous says:

        sekolah. dia sekolah kat sk seksyen 6 kota damansara..

        0
        0
    • mutiara says:

      orang dewasa tak puas hati dengan budak kecik, orang tu memang bermasalah!

      0
      0
      • Sengol Senggolan says:

        itu teguran supaya parents kena ajar anak2 mereka bergaul sihat dan jangan sombong. ko paham x mukadimah/rumusan ke?

        0
        0
        • Alahai kesiannya wartawan yg tulis bende ni. Pikir logikla. Kan budak tu kecik lagi. Takkanlah die nak huha huha mcm org besar. Budak tu kecik lagi kut. Upsr pun tak lepas lagi. Bukan semua budak kecik mesra dgn orang. Nama pun budak kecik. Artis yang dah besar panjang berbulu pun ade yang kekwat tak nak tegur orang. Nak samakan macam orang dah besar. Buang masa je layan gosip sampah macam ni

          0
          0
    • BAPAK MIA YG PEMALAS says:

      KLO NAK DIBANDINGKAN , ANTARA BALQIS N MIA , MANA SATU LG BAGUS , CONFIRM BALQIS 100% LG BAGUS DR SEGI KUALITI N PENGHAYATAN LAKONAN , THAN MIA !!!
      SORRY , DR TIME MIA KECIK LG AKU MEMANG TAK MINAT LAKONAN DIA !!!
      MIA SETAKAT COMEL JE , TU PON TIME KECIK JE , BUT NOW DH MAKIN BESAR , MAKIN MEMANG TAK COMEL LANGSUNG !!!
      PREFER BALQIS , MUKA DIA SELALU BUAT ORANG RINDU !!!
      N, PALING TAK SUKA , SI BAPAK MIA TU MEMANG GILA HARTA !!! DH LA PEMALAS , KESIAN MIA ,,, DIA JG YG JD MANGSA !!!

      0
      0
    • lewz says:

      orang kata kalau kecik2 cantik,dh besar dia xcantik. ermm betullah kot. dulu comel giler skrg annoying tgk dia. prefer puteri balqis

      0
      0
  2. kui2 says:

    1st!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    0
    0
  3. ayam terbang guna kepak says:

    yeayy, first!!

    0
    0
  4. Anonymous says:

    mungkin kau sbg bapak kena ajar mia hormat org lain termasuk kawan2, dan jgn sombong walaupun sudah berada di atas..

    0
    0
  5. luna says:

    Budak je pon!! kecoh je cik pang ni. PANGGG baru ade akaii

    0
    0
  6. mama says:

    sy suke tengok keletah mia ni..comel sgt..anugerah tuhan bagi untuk parents die…anak sekecil ni dah mampu cari rezeki untuk mase depan die…cume kdg2 terfikir jgk la..sian budak ni…mcm xmembesar seiring budak2 ln..mean die mcm membesar kat set pengambaran jer..budak sekecik die mne la tau ape2 walaupun kt npk die mcm cerdik..tp naluri die tetap budak2 jgk kan..tah la sy rse parents2 skrg lebih kpd eksploitasi anak2 plak.. tp tah la depends korang la…anak korang…anak sy…x kot untuk expose2 ni…
    nota kaki:…kagum dgn retis yg x expose anak2 walaupun anak2 ade bakat berlakon n etc…

    0
    0
    • Anonymous says:

      Betul…contohnya datuk Rosyam Nor..anak2 die semua xberlakon, wlu die pelakon hebat..klu xsebab anak pompuan die kawen dulu, haram sampai skang, aku xkenal wife n anak2 die..

      0
      0
  7. luna says:

    “walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain”. So funny statement ni. Jangan nak samakan setiap orang dalam dunia ni sama je sikapnya. Masing2 ada personaliti masing2. Mungkin adik mia jenis yg introvert. Bukan sombong tapi malu, jenis pendiam. Yang bercakap ni guna akal ke guna kepala lutut?

    0
    0
    • luna kepala lutut says:

      dia kata ‘lazim’. mmg biasanya kanak2 cpt mesra antara satu sama lain. dia tak kata semua mesti mesra. maybe ko yg komen pakai kepala lutut?

      0
      0
      • AKU says:

        ko lgi bodoh nk amik kisah sal budak2..dah nama pun budak ko sebagai org dewasa la yg patuk bg tunjuk ajar…wartawan yg buat cerita ni aku rasa bodoh tahap dewa…cuba sensasikan cerita tanpa memikirkan akibat terhadap isu ini…

        0
        0
        • emy says:

          sokong sokong sokong, cerita budak2 pun nak disensasikan. kesian budak tu kecil2 lagi dah kena jadi bahan gossip

          0
          0
        • hidungplastik says:

          Aku tak nampak dimana cerdik nya kau ni….lagi trok dr yg bodo tu kotttt…hahahahahah #HattersssLOVEme

          0
          0
      • deyyyy bacalah betul2 ... says:

        @luna kpala lutut. Fahamkan komen luna betul2. Betullah dia kata dah wartwn tu sndiri yg kata ‘lazim’. Bodoh sngt ke wartwn tu. Dah dia sndri tulis pun LAZIM bkn smua lah perangai sama. Habis tu masih lg dia kata Mia ni hipokrit knpa?. Apa yg hang tak faham. Luna kata bila dah kata ‘Lazim’ tu maknanya bkn smua personality sama. Mmg ada Introvert dan Extrovert. Adoiii apa yg susah nak faham bro …. Mia tu tak ada dosa lg … wartwn tahap mental TIGA SUKU 3/4. Dah tak ada gossip lain dia nk tulis ke? .. Budak2 yg belum baligh ni wlu nakal skali pun klu Allah ambil mrk akn masuk syurga .

        0
        0
      • luna says:

        dah tu kau sendiri mengaku org tu kate tak semua kena mesra. so dah mmg adik mia ni jenis pendiam ke pemalu ke kau tau ape? Kau cerita ape ni dey macha?

        0
        0
        • hamba sahaya says:

          Dolu aku pernah jupe adik Mia ni kt zoo negara shooting Zoo ape ntah. Pastu b4 slot dia tu, dia tunggu dekat2 kura2 besar tu untuk tunggu scene dia start. Then sebab dia comel kan well know, suma org nak tegur. Orang paggil dia, Mia Mia dia paling x senyum then tgok tempat lain. Then agaknya ada yang malu those adult cakap kuat2 sombongnya Mia ni. Then Mia paling balas tapi suara mcm berbisik2 sket cakap x boleh, x boleh cakap org. Nanti kena marah.. then the adult diam dan senyum. Masing2 ada hak nak didik anak masing2 kan. Eventhough public figure cukuplah dia pandai berlakon; dan yang lain ibu bapa dia akan bentukkan..

          0
          0
  8. Pangggsatlagibarutau says:

    Gosip ni aku rasa paling kelakar. Pasal budak kecik pun nak jadikan gosip ke? Tak cukup dgn statement amelina buat solat istikharah utk comeback for gosip? Banyak je aku rasa pasal retis ni kau nak gosipkan. Takkan dah habis modal kot kahkah

    0
    0
  9. melati says:

    Sumpah saya tk kenal…saper dia ni???

    0
    0
  10. Anon says:

    takpa lah Pak Mia oii, untung ada org masih mahu menegur anak kita..klu salah abaikan aje tegurannya tp klu betol mgkin boleh perbetolkan lg apa yg kurang..Mia msih kecik msih blh dilentur spya mnjadi insan yg bermoral tinggi.

    0
    0
  11. sabar sajalah…
    sakit urat jugak baca gosip setiap hari.
    kena cari tukang urut ni…

    0
    0
  12. makjemah says:

    APA2 PN MIA NI MASA KECIK DULU JE COMEL GILA BABIH. MAKIN BESOR MAKIN TAK COMEL. AKU TGK DLM MELETOP BARU NI PN MMG MCM MENGADA2 JE. AKU TAK SUKA SGT BDK MENGADA2 NIH. SO MMG AKU LG SUKA ADIK BALQIS! GO AQISH GO!

    0
    0
    • wawa says:

      ntah hape2 la korang ni..budak kecik je lagi pun..yang ko masa kecik comel sgt ke??ni dah beso berbulu nih cun melecun sgt ke?? biarkan je la hal bebudak..korang yg dah jd mak bapak budak ni lak lebih2 dari budak..oh satu lagi, budak kecik mmg sinonim dgn mengada2..tp kalau mak budak ke mengada tu meroyan namanya

      0
      0
  13. nok gebuzzz says:

    wartawan hiburan ni mcm dah x d benda nak buat cite…pasal budak kecik nak diamik kesah,buat ape.. budak tu tak tau ape2 pun….pang…pung…..pang..pung…

    0
    0
  14. hidungplastik says:

    kalau benda betul manusia mana nak percaya kannn….kalau benda tipu senang2 je manusia skrg nak percaya…aku percaya ape cik pang tulis tu…pada bapak mia ajarlah anak kecik awak tu low profile..kecik2 dah berlagak diva….

    0
    0
  15. hidungplastik says:

    Bodoh nya bapa mia ni suh anak kerja..kau malas kerja ke???…haral duit anak.berlakon..ishhh.dunia akhir zaman…hahahhahahhah..puihhhh #hatersLOVEme

    0
    0
  16. azreen says:

    Wartawan hiburan kat malaysia ni semua bajet bagus. Selalu kata artis tak leh hidup tanpa wartawan..well it’s actually work both ways. Wartawan pun perlukan artis untuk bahan berita. Kalau takde artis ko nak tulis aper. Cuba la tulis yang elok2 sikit.

    0
    0
  17. nnn says:

    banyak lagi artis dewasa yang dh baligh,boleh pikir baik buruk yang jauh lebih bermasalah dari mia sara ni. kalah holloywood reporter malaysia ni. Luar negara pun jarang nak tulis gosip pasal budak2.Bagilah ruang sikit.budak tu baru nak membesar.Memang ada je pun budak2 yang kurang bercakap,apa yang pelik sangat nye pun.Aku tengok selesa je artis lain kerja dengan Mia ni,takde complain apa.serabut.

    0
    0
  18. lolsss says:

    i loveeeeeeeeeeeee AQISHHHH

    0
    0
  19. Miralaisa says:

    Bapak dia mmg lebih… Sbb masa shooting dia yg POYO. Mia ninpun dah belahak dgn artis yg lebih tua dri dia. Itu benar……

    0
    0
  20. Gagak Hitam says:

    aku rasa yg pasal Mia Sara kekwat dgn si Aqish tu bukan babak dalam drama Balqis ke? pehal bersambung dekat realiti pulak ni.

    0
    0
    • Sophea Loren says:

      pun nak cakap benda yg sama. Dalam drama Balqis, scene Mia ngan budak laki tu apa ntah nama, bajet2 pelakon kelas A, so diorg avoid bersembang dengan Balqis.
      Tak reti beza ke depa ni antara babak dalam lakonan dgn real life?
      Mungkin mentaliti orang kita kot, semua lakonan tu realiti.
      Halooo…selagi belum dinamakan reality show, maka anggaplah ianya sekadar hasil kreativiti penulis skrip.

      Yang tak pernah tengok drama Balqis, boleh tengok lagi kat tonton.com.
      Cik Pang ni memang nak kena pelemPang.

      0
      0
  21. anon says:

    Ni kes parents yg over ambitious….. Sekolahkan dulu anak tu drp duk sebok kejar glamer. Pelajaran lagi penting utk menjamin masa depannya. Parents dia yg duk terhegeh2 sngt nak “push” anak ke dunia seni pd hal aku dengar berlakon tak pandai pun…..asek guna nama dia je, mia. Berkali2 berlakon pun, pakai nama tu jgk, terer ape gitu.
    Pernah dengar bila ade ape2 event yg nmelibatkan anak dia, ayah dia yg “over” sngt, mcm lah popular sngt anak dia tu…

    0
    0
  22. Zah says:

    Try tgk mia blakon jd bdk2 lorong atau bdk berpeleseran. Menjadi ke x. Bhaha. I Love adik Aqish ;)

    0
    0
  23. Lara says:

    Secara jujurnya…saya lagi suka tengok drama budak2 berlakon dari orang dewasa yang bercintan cintun menggelikan eeiiii. And takder istilah exploitasi bagi saya kalau budak tu memang berbakat. Alaaa pasal hipokrit or not, who are u to judge this kid simply by one incident like that. Pung pang lebih la.

    0
    0
  24. mummy afeef says:

    apasal jalan citer yg cikpang citer tu sama mcm drama mia ngan balqis berlakon dulu tu ehh.. alaa pasal balqis tu anak gelandangan pastu tetiba jadi pelakon pembantu.. kan masa dia jumpa tu konon mia berlagak diva kata dia pelakon popular takkan nak bercakap dengan pelakon pembantu.

    0
    0
    • minah jambu boo layannnnnn merah says:

      jadi mak bapak jangan terlampau kongkong anak sangatttttttttt nanti anak jadi pembohongggggg tknk cakap teros terang..pasal kalau anak2 cakap teros terang nanti kena marah n kena maki salah silap kena pukol ngan mak bapak ! ajar anak2 tu agak2 la jangan melampau sangat ! anak nk gi sini tk boleh ! anak nk gi sana tk boleh pasal tk pecaya ngan cakap anak padahal anak2 cakap perkara yg betol punye …babtu anak2 akan bercakap bohong ngan mak bapak dorang…bila anak2 cakap bohong ngan mak bapak si mak bapak ni pecaya pulak ..bila cakap betol2 mak bapak tk pecaya….skarang sape rosak kan anak2 ? mak bapak dorang sendiri yg merosak kan anak2 dorang huh ! jangan salah kan anak2 kalau anak2 jadi tk betol huh !!

      0
      0
  25. Slave says:

    bebudak pun nak dilaga-lagakannya. dah kenapa?

    0
    0
  26. Kiah says:

    Apa pun. Mia comel sgt cuteeeeeeeee. Sesuai dgn watak kanak kanak yg nakal. So comellllllll.

    0
    0
  27. Toto narita says:

    Napala masa balqish tu menang award br nak timbul gosip murahan camni. Apa point sbenarnya? Xkan nak laga2kan budak kecik kot! Rasanya kalo si balqish tu x menang award x timbul isu ni! Haaa ataupon ni angkara pelakon2 dewasa yg cemburu dgn kemenangan balsqish so isu ini ditimbulkan!!!!!!!!

    0
    0
  28. mojo says:

    Nak tuntut kat akhirat?Dah macam kau ada tempat yang paling depan nak reedem kau punya pahala.dok sembahyang tak tinggal sehari pun kat masjid saf paling depan pun tak berani cakap cam kau.bukan kau yang menentukan apa kau dapat.

    0
    0