Beli Smartphone Baru Tanpa Sebarang Bayaran Pendahuluan Dengan Celcom

Hiburan

Beli Smartphone Baru Tanpa Sebarang Bayaran Pendahuluan Dengan Celcom

Ok ini sangat hebat. Inilah promosi yang ditunggu-tunggu oleh semua orang terutamanya di bulan Syawal ini. Kalau sebelum ini duit raya yang terkumpul habis terus sebab nak beli smartphone baru, kali ini anda tak perlu risau. Celcom kini menawarkan Easy Payment Plan (EPP) yang membolehkan kita mendapat smartphone baru tanpa sebarang bayaran wang pendahuluan. Ya betul, ‘no upfront cash payment’. Tak adalah terketar-ketar tangan nak hulur duit raya yang dikumpul selama sebulan tue.

raya baru

Advertisement

Model-model smartphone yang ditawarkan juga bukan calang-calang. Ada Samsung Galaxy S5, ada Huawei, ada Note 3 dan macam-macam lagilah. Paling murah boleh dapatkan Samsung Tab3 Lite dengan bayaran bulanan sebanyak RM26.58 sahaja. Untuk EPP ini kita boleh pilih nak bayar selama 12 bulan atau 24 bulan mengikut kesesuaian dan keadaan kewangan kita.

raya baru

Apa yang penting ialah promosi Celcom EPP ini bukan sahaja ‘no cash upront payment’, malah ia tidak mengenakan sebarang faedah dan tiada bayaran pemprosesan. Senang cerita tak ada bayaran tersembunyi. Abang Nara dah kira siap-siap dah. Harga bayar bulan-bulan sama dengan harga bayar penuh.
raya baru

Camne nak dapatkan? Senang je. Korang cuma perlu pergi ke Blue Cube atau mana-mana cawangan Celcom yang berhampiran. Jumpa staff di sana dan tanya mengenai Celcom EPP ini. Selaku pengguna setia Celcom sejak bertahun-tahun, Abang Nara memang ‘thumbs up’ dengan kualiti, kelajuan dan layanan yang diberikan oleh Celcom. Iyerlah, dah menang banyak kali kot anugerah sebagai ‘Malaysia Best Network’. Memang power kot.

raya baru

Buat peminat iPhone, anda juga boleh mendapatkan iPhone 5s dengan Celcom EPP ini. Hanya daripada RM48 sebulan. Tak adalah terasa sangat nak keluarkan sekali gedebuk duit ribu-ribu kan? Lagi best dengan plan Celcom First, anda akan dapat data sehingga 5GB. Puaslah nak main Facebook, Instagram dan Twitter tue. Jadi korang tunggu apa lagi? Jangn lepaskan promosi hebat daripada Celcom ini. Dapatkan info lanjut di sini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...