Beli Produk Idaman Anda Pada Separuh Harga Atau PERCUMA Dengan ShopBack

Hiburan

Beli Produk Idaman Anda Pada Separuh Harga Atau PERCUMA Dengan ShopBack

Hari ini adalah hari Isnin, 22 Februari 2016. Hari ini bukan hari jadi Abang Nara ataupun hari ulangtahun perkahwinan Abang Nara. Namun hari ini tetap adalah satu hari yang teramat special. Hari ini adalah hari ulangtahun pertama www.shopback.my yang pernah Abang Nara kongsikan dengan anda satu ketika dahulu.

shopback

Advertisement

Selalu kalau hari jadi member, awek, suami atau isteri tercinta, kita yang kena keluarkan sedikit modal untuk membeli hadiah sebagai tanda kita menghargai insan tersebut. Akan tetapi bersempena ulangtahun pertama ShopBack ini, kita yang akan akan mendapat kelebihan, keistimewaan dan juga keuntungan. Untuk yang tak tahu, setiap kali kita melakukan pembelian di laman-laman web seperti Zalora, Lazada, Expedia dan Groupon menerusi www.shopback.my, kita akan mendapat kembali wang tunai yang telah dibelanjakan berdasarkan tawaran yang ada.

shopback

Paling tinggi pulangan wang tunai (cashback) di www.shopback.my yang pernah Abang Nara nampak ialah sebanyak 30%. Dah cukup tinggi dah kan? Namun hari ini, untuk tempoh 24 sahaja, bersempena dengan ulangtahun pertama ShopBack, cashback yang ditawarkan ialah sehingga 100%. Yes betul. 100%. Dalam erti kata lain, boleh dapatkan apa yang kita mahu secara PERCUMA.

shopback

Mungkin ada yang tak berapa faham tentang konsep pulangan wang tunai (cashback) ini. Mungkin ada yang faham tapi tak nampak kelebihan yang dioffer oleh www.shopback.my ini. Tak apa. Meh sini Abang Nara bagi contoh. Katakanlah korang nak beli smartphone Xiaomi Mi4. Harga biasa yang dijual di kedai atau online ialah RM1833.. Namun untuk hari ini sahaja, di salah satu rakan niaga ShopBack iaitu Qoo10, anda boleh dapatkan Xiaomi Mi4 dengan pulangan wang tunai sebanyak 15%. Caranya buka laman web www.shopback.my, klik pada ikon Qoo10, dan carilah smartphone Xiaomi MI4 tersebut. Buat pembayaran RM1833 dan akan akan dapati di akaun ShopBack anda wang tunai sebanyak RM275 telah dikreditkan.

Jadi jumlah wang yang anda keluarkan sebenarnya cuma RM1588 sahaja. Murah 15%. Terbaik kan? Paling penting ialah kena klik link mana-mana kedai yang anda ingin lakukan pembelian menerusi www.shopback.my untuk mendapatkan ganjaran wang tunai yang super duper awesome ini.

shopback

Perlu diingatkan bahawa tawaran ganjaran wang tunai sehingga 100% ini hanya berlangsung pada hari ini sahaja iaitu 22 Februari 2016. Lepas ini dah tak ada dah. Jadi silalah rebut peluang ini secepat mungkin. Abang Nara sepanjang hari ini akan sibuk mengushar apa benda yang nak dibeli menerusi www.shopback.my. Abang Nara harap korang pun jadilah pembeli yang bijak dan turut sama menggunakan perkhidmatan yang super duper awesome ini. Selamat membeli-belah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...