Written by Bella | February 23rd, 2016

Bertahun mendirikan rumah tangga kemudiannya berpisah dan mengetahui pula bahawa bekas isteri bakal berkahwin tidak lama lagi, pasti ia sedikit akan membuatkan perasaan seseorang lelaki itu sedih.

Namun,buat bekas suami Yatt Hamzah iaitu Abdul Mutalib Shukor beliau sama sekali tidak merasa sedih dan mendoakan agar bekas isterinya itu bahagia dengn bakal suaminya nanti. Malah, beliau juga merasa gembira kerana bakal mendapat hak penjagaan penuh terhadap anak mereka Suci Hanania Malika selepas Yatt berkahwin nanti.

Ya Allah, benar. Sedikit pun saya tidak rasa sedih dengan berita ini. Kalau Yatt temui pengganti, saya pula akan mendapat hak penjagaan penuh terhadap Nia. Itu janji kami dulu sewaktu bercerai. Sebelum ini, selagi Yatt tidak bernikah lain, Nia akan bersama saya setiap minggu pertama dan ketiga sahaja. Sebaik sahaja Yatt sah ada suami lain, saya akan menjadi penjaga sepenuhnya terhadap Nia.

Sebenarnya sewaktu bercerai dulu, kami ada buat perjanjian kerana ketika itu saya tidak tuntut apa-apa, biarpun perniagaan Suci By Yatt Hamzah adalah perniagaan bersama. Antara syaratnya ialah hak penjagaan anak akan menjadi milik saya sebaik sahaja Yatt berkahwin lain. Saya harap syarat itu akan dipatuhi.

Ditanya jika Talib sudah bertemu dengan pengganti, beliau bagaimanapun buat masa ini ingin memberikan fokus sepenuhnya kepada anak perempuan beliau dan hanya akan memikirkan soal kahwin jika wanita itu dapat menerima anaknya denganbaik.

Buat masa sekarang, saya belum terfikir untuk cari orang baharu kerana nak cari pengganti dalam keadaan saya ini bukan mudah. Saya kena fikir masak-masak sebab wanita yang bakal menjadi isteri saya perlu terima anak saya juga. Kalau ada wanita yang sanggup terima saya dan anak, mungkin saya akan fikirkan.

Kalau sudah mempunyai perjanjian sebegitu, harapnya Yatt Hamzah selepas ini dapat menunaikannya. Semoga berbahagia dengan perkahwinan baharu  dan berkekalan sehingga ke akhirnya.

Sumber Berita: Utusan Online

23 responses to Bekas Suami Bakal Dapat Hak Penjagaan Anak Secara Penuh Selepas Yatt Berkahwin

  1. MISSWHATERVERLAHH says:

    sukati kau oranglahhhh sape nak kawen lagi, sape nak dapat hak penjagaan anak kau orang !! ada kami kesah keee?? Benda macam ni pun nak bagitau media. Sudah-sudahla !! Jaga je anak & laki memasing k!! da bercerai tak payah nak meroyan citer sume benda !!

    0

    0
    • Jemah says:

      misswhateverlahh: klu kome tak suka jgn ler baca blog gossip.

      0

      0
      • MISSWHATERVERLAHH says:

        aku bukan tak suka ! tapi budaya post-divorce ni yang buka mulut, citer and jaja pasal pasangan tu patut di hentikan.

        0

        0
    • josh says:

      Laa….kalau tak suka nak amik tau psl org, kenapa gih baca blog gosip ni. Gihlah baca Quran ke, buku cerita ke….apa punya orang lah…

      0

      0
    • Jemah 2 says:

      misswhateverlahh pun kena jaga kuarga elok2…ada kami kesah keee?kalo rasa meluat sangat nk bc citer nie…jangan buka page BN langsung..hati pun lebih aman tenterammm

      0

      0
  2. anon says:

    Tipulah kalau tak rase sedih….
    Kalau berkawen lain, anak akan diserahkan pd bekas suami?? Perjanjian ape mcm ni. Sebagai ibu sejati, aku mmg tak percaya langsung org lain jaga anak aku, walau sape2 pun. Aku takkan sekali2 serahkan anak yg jadi nyawa aku pd org lain…. Hmm….tapi tak tau lah tahap kaseh syg seorg ibu pd anak tu berlainan pd setiap org kot.

    0

    0
    • sitipah says:

      kannnn….sanggup plak si mak pisah ngan anak..tak paham sungguh…

      0

      0
    • jid says:

      tipu je tu, dia takkan bagi punya, dia cuma ckp mcm tu sbb nk bercerai je. percayalah, bekas suami dia ni mmg teraniaya. by the way, rupa bekas laki yatt ni mcm tak cukup zat (atau mungkin hidup tertekan kot)

      0

      0
      • minah jambu says:

        mungkin yatt tk jaga makan minum bekas laki pasal asek sebok kan jantan simpanan dia aje mana tk keding laki dia huh ! eh helo yatt pompan sundal pon hati lebih mulia dari kau yg bertudung tu lah huh !

        0

        0
  3. tokioo says:

    Tak perlu buat perjanjian pun kerana mahkamah syariah akan memberikan hak penjagaan anak kepada suami (sekiranya suami tuntut anak) apabila si isteri telah berumahtangga dengan lelaki lain. Jika suami tak tuntut tak mengapa but if dia tuntut, mmg si isteri takan hilang hak jagaan anak tersebut.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    1. kuar statement yatt nak kawin
    2. ex husband bagi statement future husband orang ketiga
    3. yatt menafikan future husband orang ketiga
    4. ex husband pecah rasia pasal perjanjian sebelum cerai

    harap2 xde lagi statement dari yatt..cukup2la..walaupun xbergaduh tapi statement yang suci murni ni menunjukkan yang kamu sebenarnya sedang bertelagah

    0

    0
  5. Saerah says:

    Anon February 23, 2016 at 10:18 am, perjanjian apa? Tu perjanjian derang lah namanya. Apa2 janji pun bole dibuat asalkan dua2 setuju. Mungkin hati & naluri Yat sgt tabah & kuat untuk bagi full custody pada exhusband. Lebih tabah dari hati ibu2 yg lain. Mungkin juga dia fikir lebih baik anak dijaga oleh exhusband. Nak2 lagi anak perempuan. Kita xtau bila masa syaitan akan mengusik dan menghasut hati bapa tiri terhadap anak tiri perempuan. Nak2 lagi time anak2 membesar. banyak ragam yang boleh buat hilang sabar. Lagipun Yat lebih kenal exhusband dia. Dia mesti percaya exhusband dapat berikan yg terbaik untuk anak dia. Lagipun Yat bukan xbole visit/amik anak bila2 pun kan…

    0

    0
  6. melati says:

    ingat kan pakai tudung baik…..ni jenis pakai tudung sebab rambut nipis lew ni…bukan pasal Agama..

    0

    0
    • nn says:

      tudung, tudung la. attitude, attitude la. bosan jugak asyik baca comment pasal tudung ni. takde kena mengena langsung.

      0

      0
      • Anon jugak says:

        Haha. Yang dislike komen kau ni mesti Melati tu. Hahaha

        0

        0
        • melati says:

          nn & Anon ni mesti rambut nipis……pastu yg like mangkok nn & Anon ni mesti rambut2 mereka juga nipis tak caya pi tgk Rambut anda lepas mandi mesti byk yg gugur…hahahahahaa

          0

          0
  7. nadia says:

    Dalam bab hak penjagaan anak memang disebut hak penjagaan jatuh kpd si bapa kalau ibu berkahwin lain. Bukan ikut perjanjian je. Jgn dipertikaikan.

    0

    0
  8. aku says:

    nampak sgt yatt ni pmpuan mcm mana
    even after tahu anak akan jatuh full custody kat si bapak, still xmenyempat nak kawin. pmpuan lain takut nak kawin lain sbb bimbang pasal ni, si yatt ni blm abis edah dh jumpa calon.
    yatt, yatt… selabuh2 tudung mu still jelas kegersangan di situ. hampehh

    0

    0
  9. dekna says:

    takpelah mmg patut pun…tjwb bapa itu jauh lebih besar drpd tjwb ibu. kejutkan ank bgn pg, siapkan keperluan , bsuh baju ank, semak buku sekolah, didik ilmu akhirat, mengaji quran itu jg tjwb bapa selain drpd nafkah. yg akan jd wali jg bapa. Ibu bglah melawat bawa jln2 hujung minggu.

    0

    0
  10. Lorat says:

    Tak tau nak komen apa lagi dah pasal dorang ni, tapi I rasa ada baiknya kalau berhenti bercerita tentang permasalahan mereka kepada umum, benda dah jadi… just focus on the future jer la. Ni sorang kata gini, sorang kata gitu, last2 jadi cam kes Rita tak berkesudahan.

    0

    0
  11. kamal hasan says:

    seronok nya kata mengata….esok lusa akan uji kita….barulah tau …

    0

    0