Written by AbangNara | March 13th, 2015

Setelah didakwa melakukan penderaan secara seksual kepada penyanyi dari Indonesia, Tegar yang bernama Muhammad Arif Dollah tampil menafikan dakwaan tersebut. Tuduhan meliwat, mandi bersama, curi barangan berharga dan tidur tanpa pakai seluar dalam kesemuanya dinafikan oleh bekas pengurus penyanyi cilik tersebut. Kejadian-kejadian tersebut dikatakan berlaku mulai awal November tahun lalu hingga Januari lalu ketika Tegar berada di Malaysia  untuk memenuhi undangan persembahan.

dollah

Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan memang amat berat sekali sehingga memaksa Arif Dollah mengambil keputusan untuk melantik peguam demi membersihkan namanya. Tuduhan pertama datangnya dari ibu Tegar pada 23 Februari lalu yang mendakwa Arif Dollah meliwat anaknya menerusi SMS. Kata Arif Dollah:-

Saya amat terkejut dengan tuduhan itu. Saya kemudian meminta ibunya membuat laporan polis dan menjalani pemeriksaan doktor jika benar dia diliwat.

Bagaimanapun, tiada sebarang jawapan daripada ibunya dan saya sendiri tidak tahu sama ada dia ada melakukan pemeriksaan doktor atau melaporkannya kepada polis.

Saya pelik kenapa mereka ubah cerita. Jika betul saya meliwat Tegar, kenapa laporan yang dibuat lain? Bagaimana boleh timbul pula cerita saya menyuruh dia tidur memakai seluar dan menemaninya ketika mandi?

Di rumah itu hanya kami bertiga dan kami tidur sebilik. Jika benar saya dan Tegar tidur memakai seluar dalam, tentu rakan saya itu pelik.

Saya nafikan perkara itu berlaku. Tegar tidak memakai seluar dalam, dia tidur memakai seluar pendek saja. Bagaimanapun, saya akui ada menemani Tegar mandi tetapi saya hanya tunggu di luar pintu bilik air kerana Tegar seorang yang penakut.

Gitar itu berharga hampir RM10,000 dan kami berkongsi membelinya. Barangan itu tidak hilang sebenarnya, cuma ‘disorok’ di rumah itu. Saya menyimpannya atas permintaan Tegar sendiri.

Dia takut barangan itu dijumpai ibunya yang diketahui memang suka menjual barangan berharga untuk mendapatkan wang. Saya akan melantik peguam berhubung perkara ini

tegar

Betul juga kata-kata Arif Dollah ini. Liwat boleh dibuktikan menerusi pemeriksaan doktor. Kalau Arif Dollah bersalah, dia takkan menyuruh ibu Tegar melakukan pemeriksaan yang akan memerangkap dirinya sendiri. Fuh!!! Nampaknya perkara ini akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Sama-samalah kita tunggu pihak mana yang bercakap benar dan pihak mana yang menipu.

P.S: Anjing ini membalas dendam selepas disepak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

17 responses to Bekas Pengurus Nafi Liwat Tegar, Akui Temani Di Luar Bilik Mandi

  1. aliska says:

    kisah anwar n saiful junior..kikiki

    0

    0
  2. Anonymous says:

    geli betol dgn pengurus bodoh ni..

    0

    0
  3. Anonymous says:

    rase tegar xde pun kta dia diliwat.. dollah ni salah baca kot.. n kalu btol gitar rm 10k tu ko sorok xkn la tegar ni tibe bole kta gitar dia di curi!! hurmm pengurus dia pndai nk putar belit cite..

    0

    0
    • Bukan Artis says:

      nko yg slh baca kot.
      yg psl liwat tu mak Tegar yg sms kat si manager tuh.

      Tp klu betul2 liwat sng nk bukti.
      cara dia ni mcm berani sbb takde penetration aku rasa. molest je mmg susah la nak buktikan.

      cian Tegar klu betul. ampeh Tegar klu tipu

      0

      0
  4. aku la aku says:

    takkan budak nak wat cerita tak betul pulak kan..yang pandai putar belit ni mesti yang lebih panjang akalnya..

    0

    0
  5. Anonymous says:

    mmg bkn tegar yg kuar statement kena liwat tapi arif kata mak tegar yg sms kat arif ni tuduh arif meliwat tegar. tegar ni dah terdesak buat tuduhan mcm tu sbb nak duit (dipengaruhi oleh org sane).. dia dah tak ada job bila balik sana.. sian dia..

    0

    0
  6. miss sue says:

    Bkn nk kata apa…kdg2 org d sana mmg suka mereka cerita…sbb duit…huhu..xla mnuduh..cuma…kdg2 mcm x brasas jer…

    0

    0
  7. tegar_tegar says:

    kerana duit mcm2 blh berlaku..

    0

    0
  8. Tnggu says:

    Agk2 kn cmni agknya rsa oleh Anwar kn bla d tuduh d liwat/cabul?sbb kne tpu,snggup reka2 cite..Ya Allah..tkut nya..

    0

    0
  9. Corse 848 says:

    Kalau tengok dari raut wajah..siapa yang betul..siapa yang menipu..? Nur tu langsung tak ada di muka..

    0

    0
  10. Anonymous says:

    kalau lelaki ni tak salah, takkan banyak yang dah buat pengakuan die ni kaki penipu, mangsa die bukan tegar ni sorang je, sesama singaporean pulak tu

    0

    0
  11. Anonymous says:

    Dua2 tak boleh percaya. Masing2 ada muslihat. Mungkin Arif selalu tipu orang kini dia pula kena tipu dengan Tegar. Keluarga Tegar pula mungkin buat semua cerita untuk dapat simpati orang Malaysia. Maklumla kat Indon dah tak de job sampai mak dia terpaksa mengemis meminjam sana sini. Orang Malasia ni kat ramai yang pemurah. Buat cerita sikit cepat dapat perhatian . Yang penting Tegar dah dapat jemputan di malaysia buat show.

    0

    0
  12. burn says:

    y tak paham cuma.. temani pergi bilik mandi klu master bedroom hotel tuh bilik mandi dlm satu bilik tak jauh cuma bbrapa lengkah…

    0

    0
    • Anonymous says:

      Nnt lpas ni mamat ni kuar lak statement, si tegar takut sgt jd dia bukak pintu bilik air n dia temankan dr luar sambil berbual2 gitewww!! Tegar ni survivor jalanan, xkan la merayap sorang mlm2 x takut tp mandi pulak boleh takut?! Something ‘kunyit’ disitu!!

      0

      0
  13. Anonymous says:

    Hai tegar. Jadi artis camni lah. Baik ko duk diam2 je dulu kt indonesia. Mesti semua akan okeyyy

    0

    0
  14. rasanya says:

    eh kalo pengurus tegar ni betul..nape ade tuduhan baru dr penyanyi singapore yg dia pon pernah di dera secara sexsual masa berumur 13 tahun…. yela.. ko ingat ko pengurus semua ‘benda’ ko nk urus la kan…. mentang2 la ko lebih akal skit je dr tegar ko putar alam la statement dia… kalo dh byk sgt komplen pasal masalah seksual ko ngan bdk kecik.maknenya ko ni mmng pedo la kan.. nk mintak ngan gay… memang mintak kene sepak la kan…

    0

    0