BeautifulNara Adalah Finalist Untuk Nuffnang Blog Awards 2011 #NAPBAS

Hiburan

BeautifulNara Adalah Finalist Untuk Nuffnang Blog Awards 2011 #NAPBAS

Terkejut sebentar diri ini apabila dihubungi oleh pihak Nuffnang untuk memaklumkan satu perkara. BeautifulNara.com (blog yang anda sedang baca ini) telah pun dipilih sebagai finalist dalam Nuffnang Blog Awards 2011 (#NAPBAS).

nuffnang blog awards

Advertisement

Tambah mengharukan, BeautifulNara.com tidak hanya tercalon sebagai finalist untuk 1 kategori, tetapi 2 kategori. Kategori tersebut ialah Best Entertainment Blog dan Most Influential Blog. Terkesima sekejap dibuatnya.

Untuk makluman, pada tahun 2009, BeautifulNara turut menjadi finalist untuk kategori yang sama tetapi telah tewas. Adakah untuk tahun 2011 BeautifulNara akan dikecewakan sekali lagi?Adakah pisang akan berbuah 2 kali?

Jawapannya adalah tidak sekiranya anda sudi mengundi BeautifulNara di laman web NAPBAS. Undian akan bermula pada 15 November 2011 (esok) dan akan berakhir pada 27 November 2011. Tempoh undian memang amat singkat jadi setiap undi anda adalah amat bermakna.

Dengan rasa rendah hati, Abang Nara ingin memohon jasa baik anda, mak ayah anda, adik beradik anda, kawan-kawan anda, awek-awek anda dan sesiapa sahajalah, untuk mengundi dan memastikan kejayaan adalah milik BeautifulNara.com. Jasa baik anda amat Abang Nara hargai.

Pastikan undian anda adalah untuk Beautifulnara.com.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...