Written by AbangNara | July 18th, 2014

Harith Iskander bagi Abang Nara adalah salah seorang ‘stand up comedian’ terbaik Malaysia. Lawaknya memang kena dengan jiwa Abang Nara. Abang Nara pernah tengok Harith Iskander di Istana Budaya. Memang kelakar tahap tertinggi punya. Gelak tak berhenti. Walaupun ada sesetengah orang tak suka/tak faham dengan lawak Harith, bagi Abang Nara lawak Harith antara yang membuatkan kita berfikir.
harith iskanderJadi apabila apabila ada desas-desus bayaran untuk mendapatkan khidmat seorang pelawak mencecah RM100,000 untuk satu program raya dan nama Harith Iskander dikaitkan dengan desas-desas itu,  Abang Nara tak hairan. Kalau memang betul power, berbakat, lawak menjadi dan confirm ‘rating’ boleh meletop, apalah sangat RM100,000 tue kan? Namun jangan risau, harga untuk Harith Iskander sebenarnya hanya 10% sahaja daripada RM100,000. Kata Harith:-

Hahahaha! Setakat ini tiada siapa yang mampu meletakkan harga sebegitu tinggi. Rasanya harga itu dah melampau. Pelawak yang dimaksudkan bukan saya dan rasanya ia juga bukan daripada pelawak-pelawak yang saya kenal. Nilai harga yang dikatakan itu tidak masuk akal.

Kalau nak tahu, kadar bayaran saya hanyalah 10 peratus daripada RM100,000 yang digosipkan itu. Dan kadarnya juga ditetapkan mengikut kesesuaian majlis dan klien itu sendiri. Sekiranya klien itu berpuas hati dengan persembahan yang diberikan, mereka akan memanggil kita semula dan secara tidak langsung mereka akan meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding undangan persembahan sebelumnya

harithAla kalau RM100,000 pun apa salahnya kan? Kalau memang betul berbaloi, tak salah bayar tinggi-tinggi. Lagipun rasanya pelakon/penyanyi/pelawak di Malaysia ini dah lama sangat dibayar rendah. Mungkin sekali sekala kena demand dan naikkan harga. Tak gitu? Apa pun, kalau Abang Nara ada RM10,000 nanti, confirm nak panggil Harith untuk buat lawak di majlis hari jadi diri ini. Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to Bayaran Saya Hanyalah 10% Daripada RM100,000 – Harith Iskander

  1. nok gebuzzz says:

    tak payah demand tinggi2…at least ada drpd langsung tak ada job…
    lawak pun kadang2 merapu jerk!!

    0

    0
  2. Husin Lempoyang says:

    Bukan Harith Iskandar.
    Pelawak lain. Rasanya ramai yg kenal pelawak ni.

    0

    0
  3. gm says:

    Diamlah, nara. Tampor kang, berpusing.

    0

    0
  4. melati says:

    Sepatut nya Assteruk (Astro) ambil dia ni jadi pelawak Astro bukan Zizan kangkang yg sengal tu.

    0

    0
  5. gatal tengkok mu says:

    Kompeni aku ada nak ambik dia
    jadi hos/pelawak.
    Memang dia letak range 10k macam tu

    0

    0
  6. WANA says:

    RM10k bukanlah nilai yang banyak bagi harith.. sebab 10 tahun lepas pun syarikat say apernah hire pelawak yang dah veteran jadi pengacara dan seortang penyanyi 70 an menyanyi di hari keluarga pun RM10k sorang.. selepas 10 tahun masih ada penghibur dengan harga RM10k.. itu sudah bagus….. maybe yang bising tu tak tahu atau tak pernah bekerjasama dgn mana mana artist untuk jemputan… so dia rasa mahal RM10k…

    0

    0