Sekeping gambar Dato’ Seri Vida di dalam bathtub bersama timbunan duit kini sedang menjadi perbualan hangat di media sosial. Gambar tersebut telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Reen Emran. Berdasarkan informasi yang diberikan, aksi tersebut dirakamkan untuk video klip lagu “I Am Me”. Terbeliak biji mata Abang Nara tengok duit warna ungu bertaburan begitu sahaja. Memang kaya sungguh Dato’ Vida ini.
Seperti biasa, apa sahaja yang dilakukan oleh Dato Vida pasti akan menimbulkan perbalahan di kalangan pengamal media sosial di Malaysia. Rata-rata komen yang diberikan meminta Dato’ Seri Vida agar tidak berlagak dengan kekayaan yang dimilikinya. Malah ada yang meminta beliau berhati-hati selepas mempamerkan kekayaannya ini. Iyerlah, Malaysia kan kurang selamat sikit semenjak dua menjak ini.
Apa pun nasihat untuk berhati-hati itulah adalah benar dan tepat sekali. Rasanya Dato’ Vida pasti ada bodyguard yang menjaga keselamatannya. Namun pada pendapat Abang Nara, biasalah cara buat video klip sebegini. Orang putih pun selalu ada video klip tabur-tabur duit camnie, bergaya dengan kereta mewah, rumah besar dan sebagainya. Ia hanyalah pertunjukan semata-mata. Dah nama pun video klip. Tak gitu?
Tak sabar rasanya nak melihat hasil akhir video klip “I Am Me” Dato’ Vida ini. Confirm akan tular dan meletup sekali lagi. Sama-sama kita nantikan kelak.