Written by AbangNara | December 29th, 2014

Banjir yang melanda pantai timur Malaysia telah menyaksikan jutaan rakyat Malaysia bangkit bangun dan bekerjasama untuk memberikan bantuan kepada mereka yang terlibat di dalam bencana ini. Pelbagai NGO turut bekerja keras mengerah tenaga membantu dan memberikan kepakaran mereka. Salah satu daripada NGO tersebut ialah IMARET – Imam Response & Relief Team yang terdiri daripada doktor-doktor seluruh Malaysia.
imaretDengan kerjasama daripada AirAsia, Malindo dan Firefly, IMARET telah berjaya menerbangkan ratusan doktor ke pantai timur terutamanya di Kelantan untuk memberikan bantuan daripada segi perubatan kepada para mangsa banjir. Selain itu IMARET juga telah mengumpulkan bantuan daripada segi barang keperluan asas dengan jayanya di beberapa tempat pengumpulan. Respon yang diterima amat menggalakkan.

imaret

Berikut ialah kenyataan rasmi IMARET mengenai bencana banjir yang melanda kali ini:-
imaret

Buat anda yang ingin menderma, boleh salurkan bantuan kewangan menerusi akaun Maybank Persatuan Perubatan Islam Malaysia 562834623415. Kalau anda merupakan seorang doktor dan mahu terlibat sama dalam misi ini, boleh email ke imamrelief@gmail.com. Maklumat lanjut dan perkembangan terkini boleh layari Facebook IMARET. Teruskan usahamu Malaysia.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

12 responses to Bantuan Kemanusiaan Ke Pantai Timur Oleh IMARET

  1. Ada Otak says:

    sudah tiba masanya kerajaan pusat buat tapak/menara pendaratan helikopter di setiap daerah2 di pantai timur. ini bukan kali pertama. setiap kali musim tengkujuh mesti banjir. please la guna otak. cepat sikit bekalan2 dpt dihantar. malaysia negara maju? ye ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bhsa ada otak pakai iman sikit … sy tak minat politik. Tp yg tarah bukit bukau di Kltan tu siapa?. Skrng ni ada masalah nak mndaratkn heli tau sbb bnyk bukit di teroka pmbalakan. Klu tak tahu apa2 dlm kerja2 mnyelamat dn misi bantuan tak payah komen. Sampaikan Sultan Kltan tegur si penarah bukit tu sbg Tak Mesra Alam. Nasib baiklah Sultan Kltan baik. Smoga Allah merahmati baginda. Klu nak minta bantuan msh lg marah2 maknanya Iman masih lemah. Sy pun ada sudra mara di sana. Susah hati Allah shj yg tahu. Bkn awk sorng je marah. Marah tu mmglah marah tp bnyk cara. Bahasa tu mencerminkn Iman dan Peradaban.

      0

      0
    • ni baru betul bantuan :-) – kedaionlinemy.com

      0

      0
  2. pooorah says:

    DARURAT ! DARURAT ! DARURAT ! WAKTU BANJIR..
    -merujuk konteks banjir 2014 skrang.

    Orang viral nak darurat, kau pun viral nak darurat.. orang viral jambatan nak roboh, kau pun sama.. orang viral sekolah nak roboh, kau pun sambung dosa.. kesian perasaan sedara-mara kat sini! Kau buat apa cuti ni? Organisasi kau buat apa?

    1) Fahamkah makna darurat?
    -Darurat ialah sesuatu pengisytiharan kerajaan yang lazimnya menggantungkan fungsi-fungsi biasa tertentu dalam kerajaan, mengingatkan rakyat agar mengubah tabiat biasa mereka, atau mengarahkan agensi kerajaan untuk melaksanakan rancangan persediaan darurat. Darurat juga boleh dijadikan rasional untuk menggantung kebebasan sivil atau awam.
    -Pengisytiharan sebegini biasanya keluar ketika berlakunya bencana alam, pergolakan sivil atau menyusuli pengisytiharan perang.
    -Maka, dalam negara demokrasi ramai yang memanggilnya undang-undang ketenteraaan.
    -Kuasa pengisytiharan terletak kepada kerajaan pusat dgn ‘restu’ YDP Agong, oleh PM. Kerajaan pusat dan agensi keselamatan tertentu biasanya akan dan boleh membuat (dgn kuasa yg diperuntukan oleh perlembagaan dlm tempoh darurat);
    i) menggantung mana-mana badan atau fungsi kerajaan.
    ii) menguatkuasakan apa-apa larangan dan sekatan.
    iii) menugaskan apa-apa kuasa kepada mana-mana badan kerajaan dgn kuasa tertentu.
    iv) membuat undang-undang, menggantung perlembagaan atau meminda perlembagaan jika perlu.
    Nota: sama ada darurat adalah mendatangkn kebaikan, keburukn dan salahguna bergantung kepada sikap pemerintah dan situasi semasa itu.

    2) Korang nak apa sebenarnya kalau darurat?
    -merujuk konteks banjir 2014 skrang.
    i) Perajurit tentera? Berbondong-bondong askar datang kalau tak boleh menyelamat pun buat apa..
    ii) Fungsi tugas utama tentera kebanyakan askar dilatih menjaga keselamatan negara menembak bunuh musuh.
    iii) Nak apa?
    -Ada askar unit taktikal menyelamat, sudah dihantar pun..
    -Ada helikopter tentera, dah hantar.. nak MIG atau F16 gugur makanan? Bom yg gugur pulak..!
    -Ada bot tentera, dah hantar.. nak kapal selam ke, kapal perang?
    -Ada makanan tentera, dah hantar.. tentera kat sempadan pun mengalah tak makan!
    – Ada medik tentera, dah hantar..
    iv) Tak boleh la hantar unit yg tidak berkenaan ke operasi menyelamat banjir. Rugi nyawa anggota ATM yg tak mahir menyelamat, ini banjir.. kang tak pasal-pasal ramai askar yg lemas, satu hal pulak jgn buat kelakar..
    v) Jawapanya adalah unit Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Polis Unit Marin, Tentera unit taktikal menyelamat dan unit kecil bencana alam majlis daerah dan negeri. Inilah yg dilatih dan tersedia memang tanggungjawab mereka yg lebih mahir dari kebanyakan anggota ATM dalam konteks operasi menyelamat banjir.
    vi) Nak bantuan direct dari persekutuan supaya cepat? Skrang ni semua bantuan modal duit operasi, makanan, kelengkapan mangsa banjir memang direct dihantar kepada mangsa, tak parking dulu depan rumah MB negeri masing-masing pun..
    vii) Lambat? Sabaarr.. Bencana tak boleh ramal, kita tahu tiap hujung tahun akan banjir, kerajaan negeri pun dah standby, tapi semua sepakat kata tak terduga akan jadi sangat buruk begini.

    3) Membawa situasi berbeza kalau isytihar darurat?
    -merujuk konteks banjir 2014 skrang.
    i) Dalam konteks semasa ini, tidak perlu lagi isytihar.
    ii) Beribu anggota ATM pun telah dikerah, macam-macam unit ada. Yg penting efektif.. Bukan ATM ramai banyak mana.
    iii) Kewangan? Konon kalau darurat persekutuan kena tanggung semua.. kepala otak kau dah kat mana?!!! Selama ni banjir tiap tahun kerajaan negeri tak dibantu kerajaan pusat ke? Semasa banjir ni pun asset Polis, Tentera, Bomba, J. pertahanan Awam dan lain-lain tu bukan persekutuan yg tanggung? Nanti lepas banjir, banyak lagi kewangan persekutuan hantar kepada kerajaan negeri yg terlibat.
    iv) Insuran? Kereta, semua alat elektrik dan perabot tak boleh tuntut insuran kalau bencana alam. Tapi kepada yg ada insuran bencana alam keatas rumah, bangunan hotel, kilang, pasaraya, akan tidak boleh tuntut kalau kerajaan isytihar darurat, ada faham?!!!
    v) Masih percaya perlu isytihar darurat; akan membawa keadaan banjir lebih baik?
    vi) Masih percaya perlu tentera berbondong-bondong datang?

    4) Korang buat apa skrang?
    i) Cuti, hujan.. tido.. tengok TV..
    ii) Bawak family holidays..
    iii) Ngutuk dan kritik kat kedai kopi..
    iv) Viralkan maklumat palsu jambatan Kota Baharu nak putus, sekolah kat Kelantan tumbang dek banjir, clip video lori kat India kena tolak arus banjir.. clip mangsa lemas kat Terengganu padahal itu cina mati terjun sungai kat Penang. Sikap korang membantu sungguh..!!!
    v) Atur-aturkanlah program bermanafaat, kutipan derma atau barang pakaian makanan, majlis doakan mangsa banjir.. itu pun tak mampu.. kritik.. kritik..

    5) MB Kelantan, Timbalan MB Kelantan dan anak Nik Aziz sepakat kata tak perlu isytihar darurat, katanya kerajaan negeri masih mampu mentadbir. Anwar Ibrahim dan kebanyakan pemimpin PR rakyat juga sama senada seakan faham makna akibat darurat diisytihar, nanti pentadbiran Kelantan akan dioverule oleh Putrajaya.. heh..heh.. sementara..

    0

    0
    • anon says:

      Tuhan dah turun BALA kat kelantan, tulah asek duk fitnah & memecah belahkan sesama bangsa & agama & duk bersekongkol dgn parti kominis dap & ketua penjenayah negara anwar….. tulah jadinya…. Negeri serambi mekah konon……lngatkan bila ramai ulama2 di dlm nya, parti pas ni parti yg mementingkan agama pd hal perangai ahli2 sama je samseng mcm pkr.

      0

      0
    • anon says:

      Bala dah turun tu, pemimpin kelantan masih tak sedar diri ke???? bala bala bala bala….bersekongkol lagi dgn anwar & dap tu

      0

      0
  3. minah jambu rambut kerinting says:

    banjir pon dh mula surut mangsa banjir pon dh mula pulang ke rumah masing2 syukur alhamdulillah banjir dh pon reda …boleh lah kite2 semua menyambt tahun baru dengan hepening nye kan !

    0

    0
  4. dreamer says:

    Mananya nik ajis???? selalunya ce;upar sngt kata tuhan turun bala kat m’sia. haa ni tuhan turun bala kat negeri dia. Takde statement ape2 ke dari pak cik ajis ni?? sedar2lah pas…..

    0

    0
  5. Jamaluddin Ishak says:

    Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberi sumbangan kepada rakyat Kelantan pasca banjir. Mohon supaya sumbangan ditumpukan kepada peralatan persekolahan dan program pemulihan barangan asas rumah. Bekalan makanan kering dan air mineral sudah mencukupi. Terima kasih .

    0

    0