Written by AbangNara | May 5th, 2015

Ramai yang tertanya-tanya identiti bakal isteri Fahrin Ahmad yang akan dinikahi pada Sabtu ini. Ada juga yang meneka wanita bertuah itu ialah Izreen Azminda kerana kelibat mereka dilihat bersama di dalam satu kenduri kesyukuran baru-baru ini. Namun ternyata tekaan tersebut salah 100%. Fahrin telah menjelaskan yang bakal isterinya bukan dari golongan selebriti, sebaliknya hanyalah wanita biasa.

fahrin ahmad

Nampaknya identiti si gadis bertuah itu hanya akan diketahui pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara. Kata Fahrin Ahmad:-

Saya akan bernikah pada Sabtu ini iaitu pada hari tarikh lahir saya yang jatuh pada 9 Mei. Tetapi buat masa ini saya tidak mahu mendedahkan siapa bakal isteri saya itu. Biarlah anda semua (media) tahu pada majlis pernikahan itu nanti. Tetapi wanita itu bukan di kalangan selebriti.

Kami berkenalan sejak setahun lalu dan saya tahu ramai yang terkejut kerana tidak tahu mengenai perhubungan ini. Sebab saya tidak berkongsi mengenai perkara ini terlalu awal kepada umum kerana ia atas permintaan kedua-dua belah pihak keluarga.

Bagaimanapun mereka (keluarga) menerima saya seadanya. Mungkin mereka tidak faham cara kerja saya sebagai pelakon tetapi mereka sanggup bersama-sama memberi sokongan pada saya

fahrin ahmad

Ramai gadis-gadis di luar sana yang melahirkan rasa sedih mendengar berita pernikahan Fahrin Ahmad ini. Apa pun, Abang Nara respek Fahrin kerana berjaya menyorokkan percintaannya sehingga tidak dapat dihidu oleh media. Tup-tup nak nikah dah. Memang power rangers. Tahniah Fahrin. Tak sabar nak tengok wajah bakal isteri anda Sabtu ini. Semoga segalanya berjalan lancar. Sumber Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 responses to Bakal Isteri Bukan Dari Golongan Selebriti – Fahrin Ahmad

  1. HAMBA ALLAH says:

    TAHNIAH FAHRIN DAN PASANGAN. WALAU SIAPA PUN YANG DIPILIH MENJADI PENEMAN HIDUP BIMBING LAH IA SEHINGGA MAMPU MENJADI BIDADARI DI HATI KAMU SEBAGAI SUAMI NANTI. BAHAGIA HINGGA KE JANNAH ALLAH, AAMIIN YA ROBB..

    0

    0
  2. cik mek molek says:

    yeye je.. ntah2 izreen tu jugak!!!!

    0

    0
  3. Rynnz says:

    Tahniah Fahrin & Pasangan. Semoga berkekalan hingga ke jannah.. Amin

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Tahniah. Kalau buat di pusat Convention Sime Darby tu maknanya anak orang berada la. Yang bagusnya Fahrin ni dia tak main2kan pompuan macam Zizan. Dulu dia pernah bercinta dengan Linda onn. Tapi mereka berpisah secara baik. Bila dah jumpa yang benar2 sesuai dijadikan isteri baru dia announce. Zizan pulak suka tukar2 pasangan dan berkepit ke sana ke mari dengan pompuan, tapi kawinnya tak juga. Sampai merana si Emma dan bawa diri ke UK. Ada ke dalam bercinta pun boleh masuk meminang orang lain. Semoga jodoh Fahrin berkekalan.

    0

    0
    • Bla Bla says:

      Dh x ada jodohlah tue.. ramai je yg mcm tu skrg.. kehulur kehilir dengan pkwe/mkwe, bercinta bertahun2, tup2 kawen dengan org lain. Kita doa yg baek2 sudahlah. Jodoh dtg dr Allah. Kita doakan yg terbaek tuk pasangan masing2.

      0

      0
  5. observer says:

    whatever…. next please!!!

    0

    0
  6. Anonymous says:

    klu bkn izreen sape yek??? ermm kesian izreen feeling2 abis smpai smbut besdayfahrin… huhuu

    0

    0
  7. pemuja rahsia says:

    igtkan i tulang rusuk kiri u..melepasss…sob..sob..sob (T_T)

    0

    0
  8. bobo says:

    Alaaaa.. fahrin dah nk kawen ke :( sedihnyaaaaaa… Slalu berangan kawen dgn fahrin……………. sedihhh sgt2 :(

    0

    0
  9. jeni says:

    Aku tak nampak handsome fahrin di mana.

    0

    0
    • aku says:

      Tu namanye butoooo

      0

      0
    • minah jambu sayang nenek says:

      dia tkla sehensem fatahh ..fahrin dia cuma ada badan besar itu ajee..tapi kite pon nk kena tengok bakal bini dia jugak jambu ke takk..

      0

      0
  10. puffin says:

    fahrin kawen i tak kecewa tp klo remy ishak kawen, i kecewa. tahniah fahrin!

    0

    0
  11. GST TAK BAGUS says:

    harap2 perangai seperti dalam drama…

    0

    0
  12. TakPelikPun says:

    Ingatkan dengan Izreen.

    0

    0