Written by Bella | November 18th, 2015

Pernah digelar sebagai playboy dan mempunyai pelbagai macam kontroversi tetapi kini kehidupan Aliff Aziz sudah berubah. Malah beliau lebih mengenali erti tanggungjawab dan percintaan apabila bertemu dengan kekasih hatinya Bella Astillah.

Bakal bertunang kurang sebulan lagi, Aliff  akui beliau merasa teruja tetapi ada sedikit gementar menantikan majlis pertunangan beliau yang bertempat di Plaza Jelutong, Shah Alam, Selangor tanggal 12 Disember ini.

Saya sangat gembira dan teruja, tetapi dalam masa sama saya tetap berdebar. Sebab ini majlis pertama seumpamanya dalam hidup saya (ketawa). Insya-Allah, dalam perancangan kami ingin mengikat tali pertunangan untuk tempoh setahun.

Mengenai persiapan untuk majlis tersebut, Aliff berkata segalanya hampir siap sepenuhnya termasuklah dari segi lokasi, persiapan barang, pakaian dan yang berkaitan.  Penyanyi itu tidak mahu satu majlis yang begitu besar tetapi pada masa yang sama tetap meriah.

Mengikat tali pertunangan selama setahun, pasangan ini  sudah merancang untuk mengadakan tiga buah majlis resepsi perkahwinan mereka di lokasi yang berbeza.

Pertama, majlis pernikahan dan resepsi di Kuala Lumpur sebelum majlis kedua untuk meraikan keluarga dan sanak-saudara Bella yang tidak dapat hadir di Sandakan, Sabah. Kemudian, barulah majlis untuk keluarga Aliff pula diadakan di Singapura.

Semoga segala yang dirancang oleh Aliff Aziz dan Bella Astillah bagi majlis pertunangan mereka nanti berjalan dengan lancar. Itulah kata orang, manusia ini boleh berubah kalau mereka mahu bukan? Tidak semestinya bila dilabel sebagai playboy ia akan kekal selamanya.

Sumber Berita: Kosmo!

11 responses to Bakal Bertunang Selama Setahun : Aliff Aziz Sudah Rancang Majlis Kahwin Di 3 Lokasi Berbeza

  1. duta says:

    majlis kat singapore pasti meriah!

    0

    0
  2. anie says:

    Bella sabahan rupanya…semoga dipermudahkan semua urusan..amin

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Bella orang sabah bah rupanya…
      Harap2 bukan Bella yang sama dalam blog nara ni.
      ekekekekek

      0

      0
  3. rozmah manshor says:

    motif korang utk bertunang?

    0

    0
  4. amie says:

    Alaa baru nak bertunang. Tu pun dah heboh satu Malaya. Pleaselah jauh lagi perjalanan. But hopefully lepasni semoga Alif makin bertanggungjawab.

    0

    0
  5. Anonymous says:

    perempuan tu tak cantik langsung. sekian

    0

    0
  6. minah jambu says:

    minah aliff ni dia comel ajeee kuruss..kire2 ok la dengan aliff ..minah jambu penah jumpa aliff ni kt 7-11 tinggi jugak sampai minah jambu tengok dia sampai kena dongak tinggi Nye..

    0

    0
  7. Joyah says:

    Setahun ikat tunang? Ayoyoyo.. Lama bebeno la alip! Lg satu nk buat dkt 3 tmpt tue, byk guna duit. Baik dr skang ko pulun cari duit. Jgn bhutang sana sini, esok lps kawen mati nk mbayo nya.

    0

    0