Written by serenity | February 23rd, 2015

Baru-baru ini, timbul desas-desus bahawa hubungan cinta antara pelakon Bukan Aku Tak Cinta iaitu Sharnaaz Ahmad dengan pelakon Anis Al-Idrus telah putus kerana satu gambar dan status yang dimuat naik oleh pelakon itu ke akaun Instagramnya.
 photo Sha-Anis-Al-Idrus.jpgStatus itu dimuat naik selepas Sharnaaz menghantar satu tweet ucapan tahniah buat bekas teman wanita Shila Amzah atas persembahan penyanyi itu untuk Anugerah Juara Lagu ke-29. Sehubungan itu juga Anis dikatakan telah memadam kesemua gambar Sharnaaz dari akaun Instagram miliknya.

Melalui Melodi TV3 semalam, Sharnaaz bagaimanapun berkata dia tidak boleh mengaku sudah putus cinta kerana tidak pernah mengaku bercinta dengan Anis.

Saya tak pernah pun mengaku pada semua yang saya bercinta. Jadi mengapa saya nak mengaku pula yang saya dah putus? 2015, saya nak fokus kepada kesihatan saya dan karier saya.

Saya seperti lelaki di luar sana yang ada naluri untuk ada isteri dan ada anak. Bila saya tua ada orang yang jaga saya.

Sampai masanya Insha-Allah.

Mungkin benar juga katanya itu. Mungkin dia tidak pernah bercinta dengan Anis atau mungkin kerana putus percintaan dengan Shila Amzah dan kisah itu mendapat liputan meluas pihak media, Sharnaaz mengambil pendekatan untuk tidak mengumumkan percintaan dengan Anis.

Bagaimanapun, tiada penafian telah dibuat sebelum ini biarpun kisah percintaannya dengan Anis mendapat liputan di blog-blog gosip.

Atau mungkin juga masih bercinta dengan Anis Al-Idrus jadi takkan nak ngaku sudah putus, ya tak? Apa saja saja kemungkinan sudah dan boleh berlaku.

Mungkin kerana itu Sharnaaz mengambil keputusan untuk mengurangkan kontroversi dan lebih fokus kepada perkara lain yang positif.

Tahun lepas menyaksikan peningkatan dalam kerjaya Sharnaaz setelah beliau muncul dalam beberapa filem dan drama yang menaikkan namanya. Di Instagram juga, Sharnaaz lebih banyak memuat naik gambar sedang membina badan di gimnasium miliknya.

All the best buat Sharnaaz.

18 responses to Bagaimana Nak Mengaku Putus Cinta Jika Saya Tidak Pernah Mengaku Bercinta? – Sharnaaz Ahmad

  1. ayooo says:

    cakap tak serupa bikin..

    0

    0
  2. DATIN VIDA LA VIDA LOCA says:

    Sharnazz…Sharnazzz…. ko memang klako…

    0

    0
  3. ... says:

    dia dengan statement berlagak tak boleh dipisahkan . kan3 ?

    0

    0
  4. Anonymous says:

    Sedih laki mcm ni.. Tinggal kan je…

    0

    0
  5. anon says:

    Wah si Anis ni jenis yg kuat jealous jugak ye. Apelah salahnya si sharnaaz nak ucap tahniah pd old flame dia. Mereka pernah ade sejarah. Semua org ade kisah silam. Takkan bila kita berkawan dgn seseorg kita nak paksa mereka tu melupakan org2 yg pernah hadir dlm hidop or dlm hati mereka. Brutal ni.
    Wlpn skrg aku bercinta dgn org lain tapi 4,5 org yg pernah aku syg tetap di dlm hati aku n akan ade di situ selama nya.

    0

    0
  6. lady s says:

    Aik…semalam kat anugerah meletop era ada je sharnaaz duduk sebelah anis…
    Diorg ok..org lain yg melebih² pulak…

    0

    0
  7. weng weng says:

    namanye pun pelakon…hih hih hih

    0

    0
  8. Apakah says:

    maksud Sharnaaz tu dia tak nak hebahkan lah percintaan dia, dia takda buat pengakuan terbuka dekat media pasal bercinta, so dah kenape dia nak mengaku putus cinta pulak. Senang je nak paham ayat Sharnaaz tu, tapi ramai yg pikir negatif.

    0

    0
  9. Lesbo says:

    Tapi kan. Aku tengok anis dlm AME tu gemuk semacam. Macam makcik2

    0

    0
  10. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Shahnaz dh jmpe fazura dh..mntk sponsor ubat gigi?

    0

    0
  11. OLGA says:

    rembes gak tengok si sharnaaz nie nak lah…

    0

    0
  12. PencintaSharnaaz says:

    Sharnaazz im here for u… lebayu *mata lep lep*

    0

    0
  13. Fazoora Tantek says:

    Muka makwe baru Sharnaaz ni macam Hamidah Wahab lah pulaks.
    Jangan marahhhhhhh.

    0

    0
  14. Son móviles libres: Otro de los factores a destacar de este tipo de móviles es que son libres, es decir, no estarás atado a ninguna compañía en el instante que
    te lo compres.

    0

    0
  15. artist poyo belaka says:

    perempuan bodoh & poyo mcm Shila Amzah aje kejar Sharnaaz..mat yg kantoi dgn tin arak nak buat laki ke? sah2 la Aniz tu tinggalkan Sharnaz, tu sbb dia dolak dalik pasal taknak jatuhkan air muka sendiri..mamat ni kan ego tinggi langit..adoiii…apa la susah benau nak faham..

    0

    0