Terbang ke Bali untuk menghadiri sebuah majlis perkahwinan, gambar terbaru aktres Fasha Sandha jelas menunjukkan “baby bump” di perutnya sekaligus menguatkan lagi kebenaran desas-desus kehamilan kali keduanya. Untuk makluman, Fasha telah melahirkan anak sulungnya, Putra Rayfal Ramli pada 15 April 2013.
Berdasarkan pengalaman Abang Nara, paling kurang sudah hampir 5 bulan kandungan di dalam perut Fasha Sandha. Semoga kali ini akan mendapat “baby girl” pula untuk melengkapkan keluarga mereka. Walaupun berita ini masih tidak disahkan oleh empunya badan, Abang Nara ingin mengucapkan jutaan tahniah kepada Fasha dan Jejai sekiranya ia adalah benar.
Semoga semuanya berjalan lancar buat Fasha Sandha. Tak sabar nak melihat anak kedua pasangan ini. Pasti secomel Rayfal. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar Fasha Sandha ketika di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Project2Pi dan Instagram Fasha Sandha.
P.S: Pembedahan betulkan mata juling seorang bayi