Azwan Ali Minta Maaf Dari Abdul Rani Kulup Kerana Maki Hamun Melayu

Hiburan

Azwan Ali Minta Maaf Dari Abdul Rani Kulup Kerana Maki Hamun Melayu

Kalau sebelum ini kisah Azwan Ali memaki-hamun seorang wanita di Twitter kerana mencadangkan makan stik di restoran Me’nate Steak Hub menjadi viral, melalui akaun Instagramnya selebriti yang dikenali dengan panggilan Diva AA di kalangan peminatnya itu telah membuat permohonan maaf kepada Rani Kulup kerana menghina Melayu.
 photo azwanali.png
Tindakan Azwan ini berikutan amaran Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup yang telah memberi amaran kepada Azwan Ali supaya meminta maaf atau bakal dilapor polis di atas kelantangan mulutnya hari ini.

Azwan Ali perlu sedar diri yang dia itu pun orang Melayu. Dia hina orang Melayu, dia sendiri pun keturunan Melayu juga. Dia perlu minta maaf atas apa yang dia buat.

Ayah bagi tempoh masa seminggu untuk dia berbuat demikian, sekiranya dia masih gagal untuk minta maaf, ayah akan lapor pada pihak berkuasa. ‘Sangkut’ dia nanti.

Menurut Arka, tempoh seminggu itu juga diberikannya memandangkan kini bulan Ramadan. MJMM sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa kehadapan dalam isu-isu Melayu dan Raja-raja Melayu dengan membuat laporan polis supaya tindakan mengenainya boleh diambil pihak berkuasa.

Dia tidak boleh kata Melayu itu anjing, Melayu neraka. Itu salah. Itu dikira menghina orang Melayu. Ayah bagi kelonggaran sikit sebab ini bulan puasa. Hari baik, bulan baik. Kalau tidak, sudah lama ayah lapor polis!

Kalau minta maaf pun, itu bukan satu perkara yang hina.

Bagaimanapun, Azwan tidak menyatakan permohonan maaf kepada wanita yang mencadangkan restoran Me’nate untuk menikmati stik mahupun pemilik restoran Me’nate yang turut dimaki hamun. Apa pun, permohonan maaf ini satu perkembangan yang baik, kipidap AA!

IFTAR@KL hujung minggu ini! Mari kita Solat Terawih Perdana & Rakaman Takbir Raya pada Sabtu 4 Julai ini secara langsung…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Monday, 29 June 2015

Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...