Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Hiburan

Azwan Ali Mengamuk Komen Tegur Neelofa Dipadam

Lama juga Diva AA  iaitu Azwan Ali menyepi daripada dunia hiburan bukan? Jarang juga kita dengar sebarang kontroversi sejak beliau mula sibuk dengan perniagaan redang Diva AA.

Advertisement

Terbaru Diva AA telah mencuri perhatian ramai apabila beliau meluahkan rasa tidak puas hati kepada pengacara dan pelakon popular Neelofa.

Ini kerana Azwan ada menegur gaya dan cara sikap Neelofa yang dirasakan kurang sesuai sebagai seorang wanita yang sudah bergelar Hajah apatah lagi ketika bersentuhan dengan Fattah Amin.

Malangnya komen Azwan telah dipadam berulang kali daripada Instagram Neelofa dan ia menimbulkan kemarahan Azwan.

Pendapat Azwan itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang bersetuju bahawa Neelofa kelihatan agak keterlaluan manjanya bersama Fattah.  Untuk pengetahuan semua, komen yang menyokong Azwan juga akan dipadam daripada Instagram Neelofa.

Sehingga kini tiada lagi respon yang diberikan oleh pihak Neelofa berhubung isu ini. Mungkin juga Neelofa enggan mengambil peduli akan perkara berkenaan meskipun ia agak hangat diperkatakan di Instagram Azwan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...