Azmin Dilantik Menjadi MB Selangor, Azwan Ali Enggan Komen

Hiburan

Azmin Dilantik Menjadi MB Selangor, Azwan Ali Enggan Komen

Amboi, amboi, amboi. Jutaan tahniah diucapkan kepada Azmin Ali kerana dilantik menjadi Menteri Besar Selangor hari ini. Abang kepada diva popular Azwan Ali ini sememangnya mempunyai karismanya yang tersendiri. Selaku rakyat Selangor, Abang Nara berharap agar negeri ini akan bertambah aman makmur di bawah pemerintahannya. Semoga akan ada peningkatan berbanding pemerintahan di bawah Tan Sri Khalid Ibrahim dahulu.
azwan ali

Untuk anda yang tidak tahu, hubungan adik beradik di antara Azmin dan Azwan satu ketika dahulu pernah menjadi perbualan ramai. Umum mengetahui yang hubungan mereka agak kurang baik. Diminta memberi pendapat mengenai perlantikan abangnya sebagai MB, Azwan Ali enggan memberikan sebarang komen.

Advertisement

azwan ali

Tidak diketahui sama ada mereka sudah berbaik semula atau pun belum. Namun selaku seorang adik, pastinya Azwan Ali berbangga dengan pencapaiannya abangnya yang kini merupakan seorang Menteri Besar Selangor. Mana tahu ada rezeki Azwan Ali akan dilantik menjadi pegawai khas abangnya. Agak-agak apa jawatan yang sesuai ye? Hehehe. Sumber portal Murai.

P.S: Konsep Volkswagen Tristar didedahkan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...