Azlan (The Typewriter) Sudah Selamat Bergelar Suami Kepada Normala

Hiburan

Azlan (The Typewriter) Sudah Selamat Bergelar Suami Kepada Normala

lan MUH

Azlan dari kumpulan The Typewriter(28 tahun) atau lebih dulu dikenali ketika bersama dengan kumpulan Meet Uncle Hussein telah pun selamat bernikah pada hari Sabtu lepas (01.01.01). Nama isteri Lan ialah Normala Hassan yang berumur 28 tahun. Sepatutnya perkahwinan mereka dilangsungkan pada November 2010 tetapi akibat kesibukan, majlis tersebut ditunda sehingga Sabtu lalu.

Advertisement

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan wang hantaran RM11,700, sebagai simbolik tarikh lahir Normala iaitu pada 7 November 1982. Pasangan yang mengenakan pakaian bewarna krim sedondon itu turut menerima dulang hantaran sebanyak lapan berbalas dengan lapan.

Tahniah kami ucapkan kepada Lan dan Normala. Dengar ceritanya Lan target 3 orang anak. Cita-cita dah ada dah tue, semoga berjaya hendaknya. Harap-harap lepas berkahwin ini rezeki Lan dalam bidang nyanyian akan makin masyuk. Rezeki dah ada orang rumah katanya. Tahniah sekali lagi.

P.S: Korang dah kawin nanti jangan buat tema ala Zombie pulak. Seram pulak..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...