Written by Bella | May 30th, 2017

Ketika ini, ada dua drama yang sedang ditayangkan dan bersaing antara satu sama lain iaitu drama Ku Kirim Cinta lakonan Ayda Jebat dan Redza Rosli serta drama Hero Seorang Cinderella lakonan Fattah Amin dan Fazura.  Namun, jika dilihat, drama Hero Seorang Cinderella lebih hangat diperkatakan berbanding drama Ku Kirim Cinta.

Melihat situasi berkenaan, Ayda Jebat menerusi portal mStar Online akui promosi Hero Seorang Cinderella membuatkan ia menjadi perhatian ramai berbanding drama lakonannya itu. Walaubagaimanapun, Ayda tidak merasa tertekan kerana drama Ku Kirim Cinta sebenarnya ada juga mendapat perhatian penonton dan ia trending di Twitter pada hari pertama tayangannya.

Bagi saya peminat yang menonton drama Ku Kirim Cinta dan Hero Seorang Cinderella adalah ketegori yang berbeza. Biarpun kurang promosi tapi pihak TV3 menyedari slot Akasia sudah ada peminat tersendiri. Mereka tahu tanpa promo yang berlebihan ia boleh berjaya.

Tambah Ayda lagi, drama tersebut menerima reaksi yang positif daripada penonton sepanjang minggu pertama tayangan kerana ia bukanlah drama adaptasi novel yang rata-rata penonton sudah boleh mengetahui jalan cerita dan pengakhir sesebuah drama itu serta membandingkan watak yang dilakonkan.

Alhamdulillah, saya banyak dapat respons positif daripada penonton, boleh dikatakan tiada ramai yang komen negatif semua baik-baik. Mungkin kerana drama ini bukan drama adaptasi yang mana orang boleh tahu jalan cerita menerusi novel dan membandingkan karakter dengan watak yang dibawa oleh pelakon.

Tidak dinafikan drama Hero Seorang Cinderella mendapat lebih banyak perhatian dan sambutan yang lebih hangat daripada penonton. Namun, drama Ku Kirim Cinta juga mempunyai jalan cerita yang tersendiri.  Apa pula komen anda? Minat drama yang mana satu?

Sumber Berita : mStar Online

11 responses to Ayda Jebat Tidak Tertekan Drama Hero Seorang Cinderella Hangat Diperkatakan Berbanding Drama Ku Kirim Cinta

  1. ikhlas menegur says:

    dua2 tak pernah layan…kalau jalan cerita bagus memang akan ada pengikutnya. so pengarah atau penerbit harus mencari material yang bermutu untuk mhasilkan sesuatu yang wow…bukan setakat jual muka pelakon, jalan cerita yang memualkan dan perwatakan yang tidak berkembang. lepas tu promo mgalahkan kisah cinta monyet budak sekolah. please lah matured dalam segalanya….

    20

    1
  2. tweety2805 says:

    ku kirim cinta langsung x follow sbb x minat ayda jebat!!!
    hero seorang cinderella tengok on-off sajokkk…
    bln ramadhan ni schedule penuh..huhuuuu

    12

    1
  3. Sharnaz jebat says:

    My god this aida girl bila bercakap bagi statement mmg tak penah nak kalah siot. She really thinks that she’s everything in this industry ke, pelik betul minah perasan ni.

    34

    1
    • Anonymous says:

      Kenapa dia ni famous eh? Aku tgk drama dia denga Zulipin first episode minit kedua terus tutup TV. Gedik kayu semua ada kat minah ni. Pelik macam mana dia boleh famous.

      5

      2
  4. Anonymous says:

    tengok gambar yang bawah sekali tu..terus tak jadi nak tengok drama nih

    5

    1
  5. Yat says:

    Kan masa siarannya berbeza2, tak payah bandingkan la mana lebih feymes, baik tgk Biniku Ninja (walaupun clash terawih boleh tgk masa sahur…prime time apa) haha

    2

    1
  6. CPS says:

    Dua-dua cerita ada kelebihan sendiri. HSC pelakon semua cantik-cantik and KKC jalan cerita menarik. Biniku ninja lokasi terbaekkk..

    0

    2
    • wekkkkkkk says:

      biniku ninja..alamak..terbaekk kan..cuma skejp je layan..ada movie lebih bagus kt FOX movies …mlm tadi.

      0

      0
      • Anonymous says:

        rekod sajork…nak tengok sume cite bukan kita leh set koje kita time tu…so bila ada time ada mood tgk la kendian2
        agak2 malas deleted…hehe

        0

        0
  7. Yekeni says:

    Heroin tak cantik…. malas sikit nak tengok, kecuali dah takde apa2 lagi nak tengok. Atau cerita best giler… Mcm mana deni boleh asyik jadi heroin eh…

    0

    1
  8. Anonymous says:

    baik tgk cite ayda jebat dr tgk muka uqasha dlm cite hero tu..

    1

    0

Leave a Comment

Optional