Written by Bella | November 28th, 2016

Kehadiran bintang Korea, Lee Kwang Soo bagi menjayakan program Running Man Challenge Malaysia yang  berlangsung pada 26 November lepas memang dinantikan ramai.

Tentu sahaja anda akan merasa teruja apabila bertemu dengan bintang pujaan anda dan semestinya ingin bergambar sebagai kenangan. Betul tak?

Namun, nasib Ayda kali ini agak berbeza apabila telefon bimbitnya dirampas ketika ingin selfie bersama Lee Kwang Soo.

Ayda juga ada meluahkan kekecewaannya itu menerusi akaun Twitternya.

Pada awalnya, Ayda serta rakan artis lain Saharul Ridzwan, Ajak Shiro dan Hairul Azreen sudah bersedia untuk bergambar dengan Lee Kwang Soo. Secara tiba-tiba, seorang lelaki yang dipercayai bertugas sebagai pengawal peribadi dengan pantas merampas telefon bimbit Ayda.

Buat seketika semuanya tergamam dan terkejut dengan insiden tersebut. Walaubagaimanapun, Lee Kwang Soo secara “gentleman” telah mengambil semula telefom bimbit berkenaan daripada pengawal peribadi  tersebut dan memulangkan semula kepada Ayda.

Alahai kesian pula kami dengan Ayda Jebat dimalukan ketika berada di atas pentas. Takkanlah pengawal peribadi itu tidak sedar bahawa Ayda adalah selebriti yang turut menjayakan program berkenaan. Memang tidak profesional.

54 responses to Ayda Jebat Kecewa Telefon Bimbit Dirampas Ketika Ingin Selfie Bersama Lee Kwang Soo

  1. bbycumil says:

    pasni mohon bodyguard tu rampas hp nora danish pulok..haha #jgnkecamsaya

    19

    1
    • Shanana says:

      Sudah2 la memuja selebriti dan artis. Korea je pun..level sama je dgn artis Malaysia. 2 tahun lagi sepi lah…

      5

      6
      • kentut taik susu bayi DHA says:

        sapaaaa sokonggg kitaa kentut paduu Susu bayi DHA dekattt bodyguard tu????

        1

        1
        • Pekerja Gomen says:

          Dia terkejut… Muka macam Ayda Jebat pun leh jadi selebriti kat Malaysia..
          Kalau kat korea… jadi promoter face mask je.

          28

          8
        • Aku bukan fanatik says:

          Pekerja Gomen memang mulut longkang cam ni eh? Rupa paras tu ciptaan Allah yang ko nak kecam muka dier tu apahal? Dier dapat bergambar dengan artis Korea yang dier minat bersama raka rakan artis Malaysia yang lain yang ko tu nak jadi Tuhan pulak, nak tentukan nasib orang tu jadi promoter pulak? Dorang yang happy ko yang frust menonggeng. Berhemah sikit kalo nak komen.

          10

          2
        • cilimanis says:

          @pekerja gomen…ayda jebat jauh lebih cantik dari artis-artis korea yg rata2 buat plastic surgery…kalaulah awak tgk rupa asli kebanyakan org korea…hmmm…I study kat sana 3 tahun..indah khabar ari rupa beb!!

          35

          2
        • Pekerja Gomen says:

          Iyoooo…. den tau la sana banyak plastik surgery.
          Cepat sentap tul la kipas susah mati Ayda Jebat ni.

          Aku duk sana 4 bln kursus, merata2 kedai kosmetik.
          Promoter face mask ko hengat hodoh ke.
          Kalau hodoh sape nak beli face mask…
          Muka ala2 rupa AJ je depa ni….

          Berbanding artis dowang…. dengan sekuriti ketat…
          Body guard merata…
          Dia punya aura toksah kata la….
          Dari jauh aku tgk rakyat dia dh gila kalau nampak..
          Tengok aje gelagat artis kita nampak dowang…
          Menggedik masing2…
          Sendiri mendropkan reputasi artis Malaysia..
          nak blame orang plak..
          Sila mereput.

          7

          6
      • kentut taik susu bayi DHA lagi says:

        sapaaaa sokonggg kitaa kentut paduu Susu bayi DHA dekattt bodyguard tu????

        1

        3
    • RAKYAT MALAYSIA MESTI VOTE says:

      DATUK CHONG WEI kita tak boleh tolong menangkan gold Olympic tapi FAIZ SUBRI kita VOTE BAGI MENANG!!!. Go to Fifa puskas, scroll down dan vote. 5 saat je. AMBIK JE PHONE, LAPTOP NENEK, ATOK, BANGLA 1 gadget 1 vote. Tamat 1.12.2016. SILA VIRALKAN DI LAMAN SOSIAL.!!!!! Minta satu Asia SUPPORT MALAYSIA, tulis dlm bahasa cina, arab, korea, india, jangan malas. Faiz satunya wakil Asia. InshaAllah boleh menang. VOTE

      3

      0
    • miss_q says:

      body guard, pak guard, polis bantuan… selalu feeling feeling polis betul… pelik betul aku…

      6

      0
  2. Kih kih says:

    Hahaha..sentap. Ko ingat ko femes sgt??

    34

    0
  3. Anonymous says:

    Kurang ajar juga perangai bodyguard tu! Cakap la elok2..

    27

    0
  4. Anonymous says:

    bodyguard over. mcm lanun..

    27

    1
  5. Anonymous says:

    Yeayy Nora poyo dah keluar GV. Kbai.

    22

    1
  6. Anonymous says:

    walaupun x minat sama minah ni, perangai bodyguard tu kira biadap la. gila kuasa ke apani?

    46

    0
  7. Anonymous says:

    Such a gentleman lah this Lee Kwang Soo guy. He took the phone back and check if the picture was good

    67

    0
  8. Team Bodyguard says:

    Kalau Ayda Jebat nak tahu, photography and recording is not allowed in most kpop concert or showcase. Kalau fans get caught by the bodyguard, mmg diorang akan suruh off phone atau bateri camera akan dirampas. Just my 2 cents.

    18

    4
  9. Team Bodyguard says:

    Kalau Ayda jebat tu nak tahu, photography dan recording using personal device is not allowed in any korean showcase or concert. if get caught by bodyguard, diorang akan rampas bateri or phone mmg kene off.

    2

    15
  10. Mak Becok says:

    Baiknya hati artis Korea tu! Pengawal tu mesti dipecat – layan artis2 Melayu kita mcm. SAMPAH! Bangsa apa dia ni?! Penganjur pun tak bagi artis2 Melayu kita kerusi utk. duduk. KURANG AJAQ betul! Patutnya artis2 tu tunjukkan harga diri dan keluaq aja dr. situ -bila penganjur dan pengawal baidap tak hormat artis2 Melayu kita! JANGAN jadi PENAKUT!

    20

    2
  11. Salman Khon says:

    Walau bukan peminat ayda tp kesian plak aku tgk dia terkulat2 bila bodyguard tu rampas hp dia. Bkn dia je, tp retis korean tu pun tergamam sbb dia pun da siap buat peace sign utk selfie ngan ayda. Aishh…

    30

    0
  12. ohAku! says:

    sbnrnye ak rasa bodyguard tu tk tahan tgk ayda terlalu gedik2 kot. minah tu kan gedik melenting2.. bodyguard bengang laa hahaha

    15

    3
  13. zozlzk says:

    first time iols nampak aida jebat ni cute.comel je terkulat2 hp kena rampas.

    6

    1
  14. Anonymous says:

    Body guard itu hanya menjalankan tugas dia shj. Maybe dia x tahu culture berselfie dgn artists Malaysia. Besides ayda should have asked if it was ok to take a selfie with the Korean guy. At least the Korean guy could have informed his bodyguard n that incident would not have happened. A new lesson indeed.

    2

    6
    • Mak Becok says:

      Body guard tu dr. PENGANJURlah si BANGANG! Muka dia ada nampak mcm. org. Koreakah?! Aku syak PENDATANG asing RASIS!

      8

      0
    • aku says:

      difahamkan..tu adalah crew 100plus.. wallahualam..aku xde kat tmpt tu.. tp dl aku g korea..pernah nak selfie dgn guard gyeongbokgung palace pakai selfie stick…tp, ade bodyguard yg jaga guard tu.. halang..xkasi selfie..tp, xde la sampai nak merampas…cuak gak ms tu..hahaha..

      4

      0
    • ummi says:

      sepatutnya dah kena ada briefing tak boleh selfie, tapi bila terkejut muka memasing kita boleh assume benda tu artis-artis tu semua tak diberitahu. Lagipun sebelum tu ada yg selfie. So memang salah penganjurlah maklumat penting tak sampai.
      Lain kali panggil je lah retis cha-ya-nun-alif jadi duta.

      2

      1
    • meowww says:

      hey korean guy tu sapa nk kena mintak2 izin nk bergambar. sultan ke? pegi mamp la dtg negara orang nak demand2 begitu. puihh. wpun aku bukan peminat ayda tapi adab kena jaga. mcm lanun perangai!

      2

      1
  15. Anonymous says:

    Report polis arr….

    0

    2
  16. aku says:

    agak kalau aku dok sblah kwang soo pun gitu gaknyer..haha..tinggi aku pun mcm aida jebat je..mak aihh..dasar giraffe..mmg ler tinggi..kih3

    2

    0
  17. Anonymous says:

    The thing is “Kita semua punya adab”. Kalau betul tak boleh bergambar pasti pihak penganjur dah inform terlebih dahulu kan. Dan kalau pihak penganjur dah inform terlebih awal, pastinya AJ takkan buat macam tu. Orang hanya akan hormat kita bila kita ni beradab.

    2

    0
  18. zzzzz says:

    Hello….This is Malaysia not Korea. Buat program kat Malaysia kena la follow adab dan culture Malaysia. Rampas telifon macam je memang takde adab la kan…

    3

    1
  19. bengkek says:

    aku tak minat AJ but bila tgk video tu kesian gak arr. benda tu buat kat malaysia kot so sape yg patut pengajur lebihkan.. ofcoz la artis kita kan.. ni tak boleh pulak dia malukan artis kita kat dpn artis luar.. mcm kes saharul tu.. kerusi pon xde.. lebih penting kan artis luar pahal?? kwang soo je pon ????

    3

    2
  20. zikry haikal says:

    Masa time Song Jihyo dtg haritu, organizer dah cakap awal2, no selfie on stage bila session Jihyo bergambar dgn fans. Just pakai kemera yg organizer dah set up kat bawah. So mmg fans xde bwk handphone nak berselfie. Untuk event ni aku tak tau ler procedure dia macamana. Whatever it is, the guy is rude! boleh je cakap baik2..

    4

    0
  21. Mendonan says:

    Aku rasa ini semua gimik.

    1

    0
  22. Mendonan says:

    Videoclip lagu baru.. “perampas handphoneku”

    When i call u, why toot toot toot…

    2

    0
  23. Anonymous says:

    Memang security itu x patut buat begitu. Samada organizer x brief kan dia atau dia yg ambil tindakan sendiri. Tak pasti juga security itu dr mall, organizer 100 plus sendiri, atau dr luar. Tapi Kira gentleman juga,bila camera aj dirampas, yg lain just tunggu and lelaki seorang itu yg aktif

    2

    0
  24. Baja Sawit says:

    Giler ahh selamber badak rampas handphone.

    Hmmm… nak tengok phone artis korea kena rampas sebab nak selfie ngan artis malaysia pula. ????

    2

    1
  25. Anonymous says:

    Hang kuqang ajaq sngat no mcm tu slamba ja rmpas fon org…kalau aku…aku ligan penyepak bg haaa..x hormat org sja nak sabotaj org ka…menujuk kan penganjur yg mcm taik memalukan…

    0

    0
  26. Anonymous says:

    Dunia akhir zaman la ktakan, benda yg melalaikan korang sokong, benda yg wajib ditegah korang x nk ikot. Byk yg pegi aritu pun kebnyakan org2 melayu, Jdi memang dh membuktikan mcm nie lah keadaan apabila Dajjal keluar ke bumi dan menarik golongan2 nya yg kebnyakan Wanita. Bkn nk ceramah, tpi mmg dh membuktikan apa yg Rasulullah SAW ceritakan dh terjadi, jdi kta sma2 bertawakal

    0

    0