Vokalis kumpulan Wings iaitu Awie mengaku tidak bersalah atas tuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya, Rozana Misbun, 36, pada 2 Jun lalu. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 46, minta dibicarakan. Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman menetapkan 11 Ogos depan untuk sebutan semula.
Mahkamah turut mengarahkan Awie membayar ikan jamin RM9,000 dengan dua orang penjamin. Awie hadir ke Mahkamah Majistret Ampang di sini di temani sekumpulan rakan-rakannya. Awie diwakili dua peguam iaitu Hazman Harun dan Aimizaizul Amran. Manakala pertuduhan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim.
Mengikut pertuduhan kes, Awie didakwa sengaja mendatangkan kecederaan parah terhadap Rozana pada 2 Jun lalu kira-kira pukul 1.30 petang di alamat No. 9 Jalan UB 5B, Taman Ukay Bestari, Ukay Perdana Hulu Kelang di sini. Jika sabit kesalahan penyanyi itu boleh dihukum di bawah Seksyen 325 Kanun Kesekaaan.
Awie turut ditemani oleh anggota Wings seperti Joe dan Eddy serta beberapa rakannya yang lain. Awie enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala urusan kepada peguamnya. Jelas Awie dia enggan memberikan kenyataan bercanggah yang akan menggangu kes berkenaan di mahkamah. Info asal Mstar Online.