Ingatkan Abby Abadi seorang sahaja kena sihir, rupa-rupanya ayahanda kita, Awie pun terkena buatan orang. Di dalam Harian Metro hari ini, Awie mendakwa dia terkena santau tuju-tuju. Agak teruk jugak santau yang dikenakan kerana Awie muntah bulu ayam dan jarum ketika mendapatkan rawatan dengan seorang bomoh di Perak.
Kata Awie:-
Usaha saya menjalani perubatan moden tidak memberi jawapan yang memuaskan, lalu atas saran beberapa rakan, saya mencuba beberapa kaedah perubatan tradisional. Ketika menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan tradisional di Tapah, Perak, baru-baru ini, saya tergamam apabila beberapa bulu ayam dan jarum halus keluar dari tubuh saya. Saya dimaklumkan ia angkara buatan orang yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan.
Fuh. Seram jugak cerita Awie nie. Kira tahap hebat jugaklah orang yang menghantar santau ini. Sampai termuntah bulu ayam dan jarum. Sebelum mendapatkan rawatan tradisional, Awie telah pun pergi buat check up di hospital. Namun doktor hanya memaklumkan yang Awie memiliki batuk biasa. Siap buat x-ray lagi untuk mengenal pasti punca penyakit batuk-batuk tetapi pihak hospital masih gagal mengesan. Seram kan?
Apa pun harap Awie tabah dengan dugaan ini. Teruskan berubat secara tradisional. Jaga kesihatan elok-elok sebab tanpa suara yang mantap itu, siapalah Awie. Untuk makluman, Abang Nara memang suka bebenar dengan suara Awie. Sangat lain daripada yang lain. Pendek kata memang suara legend!!!
P.S: Anda pengguna iPad, iPhone atau iPod? Selalu stress sebab bateri habis akibat terperangkap dalam kesesakan jalan raya? Jangan stress lagi kerana kini MilkADeal menawarkan car charger semurah RM29 (harga sebenar RM68)
Dengan RM29 anda akan dapat 1 dual USB car charger, 1 kabel dan free delivery di Semenanjung Malaysia. Mana nak dapat benda canggih semurah ini kan? Beli hari ini jugak di laman web MilkADeal dengan hanya RM29 sahaja.