Written by Bella | July 7th, 2015

Isteri kepada penyanyi rock Awie iaitu Rozana Misbun memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Ampang beliau telah merakamkan bukti dibelasah oleh Awie menggunakan telefon pembantu rumah selepas telefon jenis iPhone 4 miliknya rosak akibat dibaling ke dinding oleh Awie sehari sebelum kejadian beliau dipukul.

Menurut Rozana, berlaku perselisihan faham diantara mereka selepas Rozana menunjukkan foto suaminya bersama wanita lain yang terdapat dalam iPhone 4 tersebut. Walaubagaimanapun, ia membangkitkan kemarahan Awie dan kemudiannya membaling gajet itu ke dinding.

Pertengkaran berlaku selepas saya menunjukkan gambarnya bersama wanita lain yang terdapat dalam telefon berkenaan sebelum dia berang dan membalingnya ke dinding.

Saya mempunyai dua buah telefon bimbit iaitu jenama BlackBerry berwarna putih dan iPhone 4 tetapi kamera BlackBerry tidak boleh digunakan dan sebab itu saya guna telefon milik pembantu rumah.

Rozana berkata demikian sebagai menjelaskan sebab beliau menggunakan telefon bimbit milik pembantu rumahnya untuk merakamkan gambar keadaan wajahnya selepas dia dipukul lelaki berkenaan pada 2 Jun tahun lepas.

Pada masa yang sama, Rozana memberitahu beliau gagal untuk membayar semula wang milik Awie seperti yang dijanjikan kerana beliau tidak dapat menjual barangan mewah miliknya.Menurut Rozana suaminya telah mengambil kesemua barangan tersebut sebelum sempat beliau menjualnya.

Benar saya gagal bayar dalam masa dijanjikan kerana OKT telah mengambil semua barangan tersebut dan bagaimana saya hendak jual dan dapatkan hasil? Saya juga berjanji untuk bayar kerana takut dengannya biarpun ketika itu saya tiada wang sebanyak itu.

Mengenai wang berjumlah RM250,000 yang didakwa lesap sebenarnya adalah pinjaman daripada ASB dan ia hanya boleh dikeluarkan selepas tamat tempoh matang pada tahun 2016. Rozana juga menyangkal dakwaan bahawa wang dalam akaun berkenaan adalah untuk kegunaan peribadi sebaliknya ia adalah perbelanjaan keluarga selain membayar sewa untuk kelab milik Awie di Ipoh, Perak.

Jumlah RM250,000 dalam akaun itu (ASB) bukanlah dalam bentuk tunai sebaliknya pinjaman yang akan matang pada 2016. Awie tahu semua perbelanjaan yang digunakan malah ia turut digunakan untuk membayar sewa bulanan kelab miliknya di Ipoh.

Perbicaraan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman bersambung 13 Julai ini.

Sumber Berita: mStar Online

 

26 responses to Awie Baling Telefon Ke Dinding Selepas Rozana Tunjuk Foto Beliau Bersama Wanita Lain

  1. Anonymous says:

    kenape la time bulan pose jalan kes korg neh..haihh

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bila nak la nak habis…

      0

      0
      • Encik Sahdo says:

        Lehaiii..telepon je pun. Nasib baik dia x baling ko ke dinding.

        0

        0
        • Puteri 3 line says:

          mohon jaga bahasa dan adap korang semua dalam memberikan komen2.

          Hormat sikit pada ayahanda Awie.. Ayahanda ni sebagai simbol
          kebanggaan melayu dan jalur 3..
          Orang2 macam ni la akan turun padang dulu jika diperlukan..

          Hidup Melayu! Hidup Ayahanda Awie!

          0

          0
        • Anonymous says:

          ayahanda sgt..tak perlu lah…geli dengo

          0

          0
        • Zack says:

          Baling handset pun kecoh siak…ingatkan baling spender pompuan tu kat muka kau Rozana hoi!

          0

          0
        • Anonymous says:

          Rakyat ‘serang’ Najib di Facebook, Twitter: Rata-rata rakyat menyuarakan tidak puas hati dengan keadaan negara dan mendesak Perdana Menteri berundur.

          0

          0
  2. Anonymous says:

    agak2 ex wife awie dulu,ada x hp dia kena baling bila tgk ada gambar engko dlm tu?

    0

    0
  3. melati says:

    korang gaduh yg untung Peguam…$$$$

    0

    0
  4. lalalla says:

    kan dah cakappp….awie byk scandal. tak nak dengar.

    0

    0
  5. koko says:

    benda yang macam ni menyebabkan aku yg masih bujang jadi takut nak berumahtangga. bayangkan dari punyalah cinta, bahagia, jd dendam kesumat, benci turun naik mahkamah, segala keaiban pun dah terkeluar dari mulut pasangan yang penah sangat mencintai dulu. Naudzubillahiminzalik.

    0

    0
  6. noni says:

    Bila dah masuk mahkamah utk bicara sebab meminta cerai, of course lah tak boleh elak pasti keburukan setiap pasangan akan dikeluarkan. Kalu puji-pujian diberi mesti hakim tak bagi cerai, sbb alasan tak kukuh. Pengajaran utk kita semua, kalau dah takder jodoh, tolonglah elak, jgn sampai jadik ke peringkat ini. Bercerailah baik2.

    0

    0
  7. mimi says:

    aah mmg awie ader gelpren baru bib raykel x salah nama dia…dia fash designer…baik gak ngan wife joe wings

    0

    0
  8. Mat K says:

    Lantak kau lah

    0

    0
  9. blah ler says:

    aku tau sgt grup2 yg kononnya gelarkan diri diorg nie ‘ayahanda’. aku ade kenal sorg mamat nie (grup2 nie la jgk).. diorg kawin kat siam. kawin pun sbb bini dia tu dah mengandung.. lps je nikah buat kat malaysia, bermula la adegan drama2. sepak terajang bini.. burukkan bini smpi x igt dunia.. kutuk bini kaw2.. aku yg tgk live nie pun adoiiii kesian giler kot kat bini dia. sepak terajang pun dpt 2 anak. huhu.. last2 jodoh x pjg, bercerai dah diorg.. laki dia plk baru kawin lain.. xtau la ape citer. maklum laa baru kawin.. kesimpulannya::: aku mmg menyampah jantan yg kaki pukul bini. terima kasih.

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Sokong awie!!!

    0

    0
    • nuri says:

      walau apa pun alasan nya…awie tetap dayus sebab pukul perempuan.. aku dari awal lagi nak dengar dari pihak rozana.selama ni korang kene tipu dek lakonan awie yg bajet2 macho, baik, kelakar, lagi penyayang.hakikatnya dengan pompuan pun dia sanggup pukul terajang. rozana tu bukan lawan ko la awie.. memalukan diri sendiri je! aku tak paham org yg dok puja sangat awie ni.dia ada bg korang makan ke duit ke??

      0

      0
  11. minah jambu says:

    padan muka kau rozana ! penyamun huh ! lov u awiee..

    0

    0
  12. Burit says:

    dulu selalu temankan si dot dot dot pegi gugurkan kandungan dekat wangsa maju..

    0

    0
  13. ana says:

    LOL, Relax lorgh, awie kan artis? aku pun ada bergambar dengan Awie. Awie jenis peramah, bagus lah x sombong. apa la meroyan semacam, oh yelakan hati isteri.

    0

    0
  14. Anonymous says:

    Puteri 3 Line
    Ayahanda buka kelab malam Rock Malai kat Ipoh..tu pun nak hormat ke?..kalau yg memberi sumbangan untuk agama dan jalan Allah s.w.t,xpe la jugak..ko simpan la ayahanda ko tu elok2

    0

    0
  15. firas says:

    itula dulu sanggup rampas kebahagiaan orang…mcm tu la arni rasa bila dapat tahu suami ada kekasih lain….tp x pernah pulak dengar kena hempok….sekarang ko rasa la…..suka sangat amik laki orang…jd ko patut x kisahla klau awie ada org lain sb dulu pun ko pernah buat mcm tu…redhokan ajela…..hidup pun x lama…….

    0

    0
  16. Fifie says:

    Kenapa rasa statement hari tu dgn sekarang berbeza. Kata dah ada duit hasil jualan ttp tak nak pulangkan duit sbb Awie bangkrap *blur aku*

    0

    0