Selaku bekas kekasih Hanez Suraya, sudah tentu Awi Rafael diminta memberikan pendapat mengenai kontroversi yang telah melanda wanita yang pernah mencuri hatinya itu. Mengakui tidak pernah menghubungi Hanez selepas berpisah walaupun hanya sebagai kawan, Awi melahirkan rasa gembira dan syukur kerana mengikut gerak hatinya untuk menamatkan hubungan mereka.
Berkata kepada portal GUA, Awi Rafael memakluman yang dia juga akan turut bersedih sekiranya kontroversi yang sama melanda dirinya. Kata Awi:-
Saya sudah tak ada kena mengena lagi dengan Hanez. Apa yang berlaku pada dia tiada kaitan lagi dengan saya. Tetapi sebagai manusia, kita doakan saja yang terbaik untuk dia. Kalau saya sendiri yang berdepan dengan kontroversi sebegitu, saya juga akan sedih.
Banyak yang saya belajar selepas berpisah dengan Hanez. Antaranya, saya belajar untuk percaya dan mendengar kata hati saya. Saya rasa saya tak boleh teruskan hubungan dengan dia dan saya gembira saya mengikut gerak hati saya
Mungkin sudah tertulis memang jodoh Awi Rafael bukanlah Hanez Suraya. Pasti satu hari nanti Awi akan bertemu dengan pengganti juga. Ketika itu jangan lupa untuk mengikut gerak hati demi mengetahui sama ada wanita itu adalah yang terbaik untuk anda atau tidak. Jadikan juga episod percintaan dengan Hanez sebagai pengalaman dan pengajaran buat anda.