Pagi Isnin (semalam) pelakon dan pengacara, Awal Ashaari telah selamat menjalani pembedahan membuang hempedunya yang mempunyai batu. Menurut isterinya, Scha Al Yahya, Awal kini berada dalam keadaan baik dan sudah boleh pulang ke rumah dalam masa yang terdekat.
Alhamdulillah, penyakit tidak serius sangat, dalam hempedunya ada batu. Jadi kena buang hempedu tersebut atau dipanggil Gallbladder
Insya-Allah, esok, lusa sudah boleh keluar. Dia menjalani surgery (pembedahan) pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi tadi dan semuanya selamat.
Walaubagaimanapun, Awal diminta untuk berehat selama seminggu selepas pembedahan tersebut sebelum terus aktif bekerja.