Written by Bella | April 4th, 2016

Mempunyai lebih daripada 1 juta pengikut di Instagram, anak kepada Awal Ashaari iaitu Lara Alana telah tercalon dalam kategori Personaliti Media Sosial Popular ABPBH 29.

Namun Awal nyata terkejut dengan mendengar berita tersebut kerana beliau sebenarnya tidak pernah mempromosikan anaknya itu.

Sebelum ini Lara pernah tercalon dalam kategori online untuk Anugerah Influence Asia 2015, tetapi saya tidak pernah mempromosikan untuknya apatah lagi meminta peminat mengundi. Ini kerana saya tak tergamak nak berbuat demikian. Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. Apabila perkara itu berlaku seolah-olah saya pula yang tercalon.

Awal juga memberitahu beliau merasa bersalah apabila Instagram Lara semakin mendapat perhatian ramai. Ini kerana tujuan asal beliau membuka akaun laman sosial berkenaan adalah untuk suka-suka sahaja dan tiada sebab untuk Awal merasa bangga dengan pencalonan tersebut.

Lara bukannya selebriti, sebaliknya hanya anak kepada selebriti. Jadi tidak sesuai kalau nak menggelarnya begitu.

Apabila perkara ini sudah sampai ke tahap dia dicalonkan di acara anugerah, timbul rasa bersalah dan takut pula. Bukan apa, saya takut orang memandang serius kewujudan akaun Instagram Lara itu. Ramai ingat apa yang ditulis itu daripada Lara sehingga berlakunya pergaduhan sesama mereka di ruangan komen.

Lara dikenali kerana saya mewujudkan akaun laman sosial untuknya. Jadi tidak ada sebab untuk saya bangga atau mendabik dada. Lara masih sama seperti kanak-kanak lain.

Secara automatik, bila seseorang itu popular di media sosial pasti mereka akan jadi perhatian ramai. Lebih-lebih lagi Lara yang merupakan anak kepada pasangan selebriti.

Sumber Berita : Harian Metro

18 responses to Awal Ashaari Nafi Bangga Lara Alana Tercalon ABPBH 29

  1. Just say what i want to say says:

    Okey la tu….Menang ke tak menang ke itu namanya rezeki .. (:

    0

    0
    • Pekerja Gomen says:

      Aku tak rasa pun Lara boleh kalahkan Meran…
      Meran fenomena sehhhhhhhhh

      0

      0
    • minah jambu terlajak habis says:

      betol tu menang tk menang itu blakang kira yg penting tercalon kt ABPBH hepening kan…lov u alanaaa..

      0

      0
  2. ... says:

    Instagram itu bukannya Lara, tetapi saya. ..

    jarang tengok laki lebih over dari bini..

    melodi dah la tak beshh

    0

    0
  3. melati says:

    Anak kecil seorang ni jer yg di undi peminat …yg lain semua Bidan Terjun ABPBH..tahun ni……

    0

    0
  4. aku says:

    apa yg best sgt anak dia ni. kot2 anak dia ada kuasa luar biasa, bole la undi. nah ambik ni telur kosong 1. aiyoooo org melayu terutama yg makcik2. grow up pls. mcmana la melayu nk maju. asyik dok melayan anugerah bintang popular yg lemau. calon pun lemau. bdk yg xbole ckp lg pun korg nk undi. sengal btl la

    0

    0
  5. aku says:

    apa yg best sgt anak dia ni. kot2 anak dia ada kuasa luar biasa, bole la undi. nah ambik ni telur kosong 1. aiyoooo org melayu terutama yg makcik2. grow up pls. mcmana la melayu nk maju. asyik dok melayan anugerah bintang popular yg lemau. calon pun lemau. bdk yg xbole ckp lg pun korg nk undi. sengal btl la

    0

    0
  6. Anonymous says:

    alaaa…x kesah le sape y wat instgm tu….tpi sy suka tengok gelagat lara dari aishah kat instgm…lara so cute…menang ke… kalah ke…x ksah pn…tengok pic scha kat ats tu mcm awek jepun…tengok cara awal ni nmpk sgt y dia sayang sgt kat wife n ank dia..

    0

    0
  7. Mat KimK says:

    mudah je. ko mmg gila glamour ye tak awal?

    0

    0
  8. anon says:

    Yg penting saya suke tengok telatah Lara

    0

    0
  9. kamal says:

    anugerah mak bapak paling poyo xde ke……mesti diorg yg menang
    anak dh bole ckp skit dr anak diorg ni
    anak diorg ni tgk kt IG bila panggil xde respon

    0

    0
    • Lata says:

      Tak baik cakap macam tu. Anak bukan utk dipertandingkan utk menjaga ego mak ayah. Setiap baby or toddler ada fasa perkembangan masing2. cukup2lah membandingkan. Perjalanan anak2 tu jauh lagi

      0

      0
  10. Anonymous says:

    suka tgk gelagat Lara..comel sgt. x kisah la..ayh dia ke mak dia ke yg upload kat IG..janji dpt tgk sicomel ni

    0

    0
  11. inn says:

    pipi pau datin tetap menjadi pujaan …godzila????.

    0

    0
  12. Pencil says:

    Why the contradicting facts. Awal u proud gak aritu reply fans lara ada bederet fans! Means u riak setuju gak anak u fofular. Weird statement. Annoying (hidung kembang) family. Poraaaa.

    0

    0
  13. samihah says:

    klakarlah statement awal, x pernah promosikan anak dah tu kalo ko mmg setiap masa upload kat instargram/fb etc etc expose merata anak ko x promosi ke tu?? prosmosi lah tu awal oii .. ngaku jelah xyah nak nafi bagai mmg tu yg korang nakkan pastu wat statement budak baik #aptb

    0

    0
  14. orang_penting says:

    sebenornya tak kisah la saper yg create or maintain IG acc budak kenit si Lara nih…..tapi bg aku, mmg si Awal ni pandai cari time utk capture and record aksi atau gelagat anak dia…caption utk gambo2 or video2 pon mencuit hati sesetengah org…..tu yg buat sesetengah makcik2…ahkak2….even anak2 kecik pd ahkak2 or makcik2 suka sgt tgk..and ramai yg follow…termasuklah aku…kehkehkeh……

    0

    0