Written by Bella | October 5th, 2015

Baru sahaja ingin menapak didalam industri hiburan tempatan, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime sudah terpalit dengan pelbagai kotroversi. Namun, buat Atikah gosip beliau tinggal sebumbung bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang adalah satu perkara yang agak sukar untuk beliau terima.

Pada mulanya, saya marah apabila dikaitkan dengan gosip ini tetapi selepas difikir-fikirkan ia perkara kecil saja. Buat apa saya nak ambil hati dengan apa orang cakap kerana ia hanya gosip semata-mata. Lagipun, yang penting saya tidak ada kaitan dengan suami orang.

Saya bercinta dengan lelaki biasa yang masih muda dan kami ada impian sendiri. Cuma, apabila gosip itu timbul, teman lelaki saya berasa janggal.

Sedar sudah menjadi lumrah sebagai artis untuk terus menjadi bahan gosip, Atikah tetap merasa sedikit kasihan kepada keluarga teman lelakinya yang turut sama terpalit dengan cerita sebegini.

Walaupun tidak putus dihimpit kontroversi, Atikah bersyukur perkara berkenaan tidak menjejaskan kariernya kerana masih lagi menerima tawaran lakonan yang banyak.

Kasihan juga pada keluarganya (kekasih) kerana mereka tidak tahu-menahu pun. Macam ibu bapa saya, kedua-duanya sudah faham. Bahkan, keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka boleh terima dakwaan itu sebagai gosip yang lumrah dalam kehidupan selebriti.

Apapun saya sangat bersyukur kerana gosip ini tidak memberi impak dan menjejaskan perjalanan karier seni saya. Sekarang, tawaran berlakon masih tidak putus-putus diterima dan saya juga kini dalam proses belajar memperbaiki kelemahan dalam lakonan.

Sebenarnya jika ada tidak mahu sering dihimpit kontroversi, janganlah buat perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan sentiasa manjaga keperibadian anda. Kalau seronok bercinta pun janganlah terlalu menunjuk, simpan sahaja manis percintaan itu antara anda dan kekasih sahaja.

Sumber Berita: Harian Metro

11 responses to Atikah Suhaime Tidak Kisah Dengan Kontroversi Asalkan Beliau Tidak Ganggu Suami Orang

  1. shana says:

    sorry to say. lakonan tak best. kontroversi je over lebih

    0

    0
  2. bellazai says:

    #teamtiarafazlin ..sorry ye tikah….

    0

    0
  3. Serawa says:

    Yg beauriful nara lah yg sibuk nk panaskan cerita… Wallhal tak de benda pun yg salah… Saje nk tulis2 … Ialah nak kasi makan anak bini dgn apa kalau tak tulis yg negative… Sama jerr dgn org yg kaki ngumpat dan mencela2 peribadian prg lain.

    0

    0
  4. Anonymous says:

    dia orang ni orang Singapore sana biasa jak, macam juga di Malaysia ramai yang tidur serumah tapi pura2 tak nampak. ibubapa tak larang yang penting duit masuk

    0

    0
  5. azie says:

    Lakonan mcm kayu

    0

    0
  6. Bunga cengkih says:

    Saya suka doktor muda tiara lg dari si atikah ni. Atikah ni gedik x fikir dulu sebelum buat. Si tiara org yg pandangan jauh n cita2 tinggi. Ruginyaa lahai lepaskan tiarafazlin yg cantik manis tu

    0

    0
  7. Bunga Kantan says:

    Bebaru ni Tiara macam dah hilang sabar dekat ig and FB. sebab si ‘pilot perasan’ ni ke?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Aku sempat tgk post tu si pelot ni invade privacy tiara byk kali. Tp tiara tu pnyabar, masih cover nama, die sakit hati setengah hari je then die buang post tu n tutup ig. Aku rsa klo pempuan lain da meroyan maki hamun mncarut habis. Haish aku pn klo ade ex mcm tiara rasanya susah jgk nk move on, aku faham perasaan mamat ni, tiara cream of the cream susah nk ganti. Lessons di sini klo ada gf baik tu hargai lar jgn bila die da takdek baru nk menyesal.

      0

      0
      • Bunga Kantan says:

        Ooooo betullah maknanya. si atikah suhaimi ni tau ke tak la si bf dia buat cemtu dekat tiara. kalau tau mau tak meroyan

        0

        0
  8. Anonymous says:

    sapa la dia yek…

    0

    0
  9. Anonymous says:

    atikah suhaimi nie bru pindah cyberjaya dier ade update kt instag dier..ikot lelaki tu sbb gosip sblum nie..rumah boifie dier kt cyberjaya..pindah 1 bgunan dgn kondo boifie…ko agak2?

    0

    0