Atikah Suhaime Tidak Kisah Dengan Kontroversi Asalkan Beliau Tidak Ganggu Suami Orang

Hiburan

Atikah Suhaime Tidak Kisah Dengan Kontroversi Asalkan Beliau Tidak Ganggu Suami Orang

Baru sahaja ingin menapak didalam industri hiburan tempatan, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime sudah terpalit dengan pelbagai kotroversi. Namun, buat Atikah gosip beliau tinggal sebumbung bersama teman lelakinya yang merupakan seorang juruterbang adalah satu perkara yang agak sukar untuk beliau terima.

Advertisement

Pada mulanya, saya marah apabila dikaitkan dengan gosip ini tetapi selepas difikir-fikirkan ia perkara kecil saja. Buat apa saya nak ambil hati dengan apa orang cakap kerana ia hanya gosip semata-mata. Lagipun, yang penting saya tidak ada kaitan dengan suami orang.

Saya bercinta dengan lelaki biasa yang masih muda dan kami ada impian sendiri. Cuma, apabila gosip itu timbul, teman lelaki saya berasa janggal.

Sedar sudah menjadi lumrah sebagai artis untuk terus menjadi bahan gosip, Atikah tetap merasa sedikit kasihan kepada keluarga teman lelakinya yang turut sama terpalit dengan cerita sebegini.

Walaupun tidak putus dihimpit kontroversi, Atikah bersyukur perkara berkenaan tidak menjejaskan kariernya kerana masih lagi menerima tawaran lakonan yang banyak.

Kasihan juga pada keluarganya (kekasih) kerana mereka tidak tahu-menahu pun. Macam ibu bapa saya, kedua-duanya sudah faham. Bahkan, keluarga saya juga tahu perkara sebenar dan mereka boleh terima dakwaan itu sebagai gosip yang lumrah dalam kehidupan selebriti.

Apapun saya sangat bersyukur kerana gosip ini tidak memberi impak dan menjejaskan perjalanan karier seni saya. Sekarang, tawaran berlakon masih tidak putus-putus diterima dan saya juga kini dalam proses belajar memperbaiki kelemahan dalam lakonan.

Sebenarnya jika ada tidak mahu sering dihimpit kontroversi, janganlah buat perkara yang boleh menimbulkan fitnah dan sentiasa manjaga keperibadian anda. Kalau seronok bercinta pun janganlah terlalu menunjuk, simpan sahaja manis percintaan itu antara anda dan kekasih sahaja.

Sumber Berita: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...