Written by AbangNara | April 22nd, 2014

Minggu lalu, Abang Nara telah terbang ke Jakarta untuk menghadiri majlis pelancaran ASUS Zenfone untuk pasaran Asia Tenggara. Bertempat di Pullman Hotel Central Park, para media Malaysia yang hadir terkejut besar apabila harga untuk ASUS Zenfone ini diumumkan. Mana tidaknya, ia sangat murah dan sangat berbaloi dengan kualiti yang ditawarkan.
asus zenfone
Ada tiga jenis ASUS Zenfone yang bakal dijual di Malaysia iaitu Zenfone 4, Zenfone 5 dan Zenfone 6. Angka 4, 5 dan 6 itu adalah untuk kebesaran skrin dalam ukuran inci. Untuk Zenfone 4, harganya ialah RM299, Zenfone 5 RM599 dan Zenfone 6 RM899. Tak sampai RM1,000 pun. Memang mengejutkan sungguh harga yang ditawarkan. Abang Nara terus rasa nak beli masa itu jugak.
asus zenfonePasti anda terfikir, harga murah kualiti mesti tak berapa bagus. Itu adalah tanggapan yang salah. Dilengkapi dengan antaramuka khas ZenUI, kamera belakang Zenfone 4 kamera belakang 5-megapixel, Zenfone 5 dengan kamera 8-megapixel PixelMaster dan Zenfone 6 dengan kamera 13-megapixel PixelMaster. Apakah itu PixelMaster? PixelMaster adalah teknologi ASUS yang membolehkan penangkapan gambar ataupun video tanpa masalah dalam apa juga keadaan pencahayaan. Kiranya kalau dalam bilik yang kurang cahaya pun gambar confirm keluar cun melecun punya.

asus zenfone

Abang Nara sempat mencuba ZenUI yang digunakan sebagai antaramuka di Asus Zenfone ini. Ia amat pantas, lancar dan tidak ada tersekat-sekat. Salah satu ciri kegemaran ZenUi pada Abang Nara ialah “Record Call“. Bolehlah Abang Nara rakam perbualan telefon dengan wife dan anak tercinta. Bila rindu boleh mainkan kembali. Dan satu lagi ciri yang mantap ialah applikasi “Do It Later“. Untuk orang pelupa seperti Abang Nara, ia berfungsi sebagai peringatan untuk tugasan yang hendak dilakukan. Macam “reminder”  lah lebih kurang.

asus zenfone

Pelancaran Asus Zenfone ini telah dilakukan oleh Pengerusi ASUS Jonney Shih dan juga CEO Jerry Shen. Menurut mereka, ASUS Zenfone ialah sebuah produk dengan kualiti Apple iPhone tetapi pada harga yang mampu milik. Untuk makluman, Zenfone didatangkan dengan 3 warna utama Charcoal Black, Pearl White dan Cherry Red. Warna-warna “special edition” turut sama disediakan untuk mereka yang mahukan kelainan. Tapi bagi Abang Nara, warna Cherry Red dah cukup cantik dah.

asus zenfone

Sila tonton video di bawah untuk mengetahui lebih banyak informasi mengenai ASUS Zenfone:-


Untuk bacaan lanjut, anda boleh layari laman web Amanz yang memberikan ulasan secara lebih terperinci mengenai ASUS Zenfone ini. Apa yang pasti, bagi Abang Nara, ASUS Zenfone memberikan lebih banyak pilihan kepada para pengguna Malaysia untuk mendapatkan smartphone berkualiti pada harga yang amat-amat berbaloi. Serius Abang Nara teruja dengan usaha mantap ASUS ini.asus

Jangan lupa untuk LIKE Facebook ASUS Malaysia untuk mengetahui tarikh rasmi kemunculan ASUS Zenfone di Malaysia. Kalau anda berniat nak beli telefon baru, simpan dulu hasrat tersebut. Tunggulah kehadiran Zenfone terlebih dahulu. Anda pasti akan tidak menyesal.

33 responses to ASUS Zenfone Di Malaysia Penghujung April, Harga Bermula RM299

  1. alo says:

    ok nara.. nanti sy bli. nak bagi hadiah kat ibu. murah dan canggih tu. ibu sy suka berselfie

    0

    0
    • shuib says:

      harge yg ko kasi tau tu nara dah kompom tetap ke?nanti jangan dah smp malaysia harge lain sudah ler.. kastam+gst+org tengah lg..

      0

      0
      • lagunabad says:

        dia dah tulis di web RRP so itu harga dah disarankan. bila masa pula hp ada cukai kastam. alahai bodoh nya. kesian mak kau bodoh lahirkan kau yang bodoh

        0

        0
        • Zuhair says:

          ade je cukai telephony kalau access masok malaysia. kau la bodoh bengong. just PDA takda cukai. dia ckp HP most towards handphone. ini PDA. dua2 ngeng

          0

          0
    • haida says:

      harge ni tetap ke akak ? klau RM299 boleh la sye beli ..

      0

      0
  2. gigi emas says:

    Yang meniaga Cina, yg kaya Cina…..yg terpaksa berhutang kredit kad beli HP Melayu….pasai tu ekonomi Melayu merosot

    0

    0
  3. Lola says:

    Hoi janganlah racist ..
    Sekurang kurang nya cina tak mcm melayu nak mengumpat tinggi gunung tp still kat bawah ….. Booo.. Aku yg melayu pun malu laa ada sesetengah melayu ni yg dok mengata org … Tngk cina wlaupun diorang di hina diorg buat derkkk je berjaya jugak.. …poodahhhh!!!

    0

    0
    • LESONG says:

      dah kalo gitu, ko tuka la warganegara.
      jd org cina.
      kawin dgn org cina
      anak² pun cina.
      nnt lama² ko kaya raya.
      berjaya.
      dah mampos, keranda harga berjuta.

      #mmg aku x respek langsung org mcm ko ni!

      0

      0
    • Bedah says:

      Bedah melayu and bedah tak pernah malu nak mengaku diri Bedah melayu. Masalah umpat keji, malas dan sebagainya bukan masalah kaum tetapi masalah peribadi seseorg itu sendiri. You ingat bangsa lain tak mengumpat ker? Even “mat saleh” pon mengumpat jugak!

      0

      0
  4. mek putih says:

    Post sal enfon pn nk gduh2..xfhm2.

    0

    0
  5. faezah ngilai-ngilai says:

    NARA BERAPA REGA HP NI?
    MCM BEST JE

    0

    0
  6. ataspagar says:

    LOLA….tak usah berselindung lah kau mmg cina kan….. Cina ramai jugak yg baca and komen kat sini. Bizi bodi jugak dia org ni, blog gosip melayu pn nak baca jgk. Tak cukup ke dgn blog cina dia org,,,

    0

    0
  7. lagubestbest says:

    Laptop ultrabook asus win8 pun cuma 1900 tahun lepas.. hebat sangat.

    0

    0
  8. Mak lampir says:

    Opocot gambo yg last tu mak ingatkan jantan korea mana tadi..

    Focus punya zoom rupanya Si NARA !!!

    Hahahhahahahah ensem jgk si Nara ni .ada ala ala mat korea sikit .. Hehehhe
    Basah seluar dalam mak skrg ni

    0

    0
  9. anon says:

    jangan beli asus phone. susah weh nak claim warranty dr asus malaysia sebab byk sgt asus phone yg rosak.

    0

    0
  10. ayy says:

    handphone yang sangat2 awesome..
    spesifikasi tinggi dengan harga yang murah..
    why not kita cuba..

    0

    0
  11. suka says:

    abg nara tolong uar2kan…kalau dah keluar di pasaran malaysia…sya pgg kta abg nara

    Kalau anda berniat nak beli telefon baru, simpan dulu hasrat tersebut. Tunggulah kehadiran Zenfone terlebih dahulu. Anda pasti akan tidak menyesal.

    hahhaha…update ye bg nara!

    0

    0
  12. asus dah pushkan ke dealer hari ni.

    kemungkinan akan masuk ke pasaran selewatnya minggu depan.

    0

    0
    • Farhan says:

      Ye ke ? mne kau dgr Ura2 ni ?? aku tgok kt page ASUS MALAYSIA rmai tny . pastu die jwb next week . da dekat 20 hari jgk comment tu . maknanye da berapa lama tu ? haha ..

      0

      0
      • saya tanya Asus Contact Center.

        tapi, malangnya hari ni, Asus Contact Center kata xtau bila akan keluar.

        saya pun pening dah dengan asus ni

        0

        0
  13. asus zenfone 5 is quate desire with low price and famaus brand of asus……just after launch it keep delay maybe of demand is too high….hopefully it come as soon as posible.

    0

    0
  14. muz legend says:

    lama tggu nih kenape delay yea…sy igt nak buat hadiah kat ibu sy..smpi dah lepas tarikh lahirnya..xsampai2 lg..

    0

    0
  15. Zenfone fans says:

    jgn risau . 10 may ni da launch .. so jgn fikir byk .. tpi kne cepat la . ahaha !!

    0

    0
  16. wa says:

    harap sgt dpt beli zenfone 5 . mmg cntik . dan hrga pun berpatutan sgt2 .

    0

    0
  17. haida says:

    berape harge ni ? saye nk belii .. hrap2 harge nye tetap 299 ..

    0

    0
  18. enop says:

    Asus nie ap ke or ori..tadi survey kat Lowyat (bukan semua kedai) Kate ap set..so mcm mane nak tahu Asus ori?mohon solution..minat kat zenfone 5 nie..

    0

    0
  19. darimi says:

    asus zetfonr 6 masih belum keluar yg original ke?rata2x cari kt kedai semua yg kuar AP set..bila tarikh official utk model ni keluar yer?da lama sgt 2ngu official model, paling suka kaler gold tu

    0

    0