Written by AbangNara | June 19th, 2012

Masihkah anda ingat kawasan melepak kegemaran anda semasa kecil? Gerai yang menjual kuih-muih kegemaran anda? Suara kuat makcik di pasar anda? Inilah antara kenangan-kenangan istimewa kampung halaman kita yang menjadikan zaman kecil tersemat di dalam hati.

my hometownBersempena dengan kempen Negaraku tahun ini, Astro meraikan semangat 1Malaysia melalui inisiatif, ‘My Hometown’. Rakamkan kenangan-kenangan manis di kampung halaman anda dengan mengetengahkan kisah-kisah unik yang membezakan pengalaman anda dengan yang lain. Video ini akan disiarkan melalui satu saluran yang didedikasikan khas buat inisiatif ini iaitu ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

my hometownSempena meraikan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, inisiatif ini diadakan untuk menyambut pelbagai budaya dan warisan di Malaysia. Rakyat dijemput untuk menghantar video anda dengan memfokuskan kepada betapa menarik, pelik atau lucunya kampung halaman anda dan mengapa hal ini sangat berkait secara peribadi kepada anda. Video yang paling kreatif akan disiarkan melalui saluran ‘My Hometown’ (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012 untuk tatapan seluruh rakyat Malaysia. Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia tidak mengira bangsa, jantina atau umur untuk berkongsi kenangan anda secara kreatif dan mengenang kembali zaman kecil anda bersama-sama kami.

my hometown

Sebagai tambahan kepada kempen ‘My Hometown’, Astro turut memperkenalkan ‘My Hometown Short Films’. Inisiatif ini ialah satu projek yang memaparkan 14 filem pendek yang setiap satunya meliputi 14 negeri di in Malaysia. Projek ini diarah oleh 14 pengarah filem muda dan memberi fokus kepada kenangan kampung halaman mereka. Setiap pengarah filem yang berasal dari negeri-negeri berbeza ini akan merekodkan pengalaman di kampung halaman mereka yang akan menghasilkan 14 filem pendek yang berbeza dari segi persekitaran sosial tetapi menjurus kepada satu objektif yang sama iaitu rasa cinta terhadap tanahair mereka. Sebahagian daripada pengarah-pengarah filem ‘My Hometown Short Films’ ialah are Sharifah Armani (Kuala Lumpur), Rewan Ishak (Perlis), Adrian Lai (Melaka), Shanjey Kumar Perumal (Perak) dan Ramdan Che Hassan (Kelantan).

my hometown

Rakyat Malaysia digalakkan untuk menghantar kisah-kisah ‘My Hometown’ masing-masing yang menggabungkan budaya, bahasa dan lokasi di Malaysia di dalam bentuk video (tidak melebihi 5 minit). Video anda perlu dihantar ke Astro Broadcast Centre at Bukit Jalil sebelum 8 Ogos 2012 atau dimuatnaik di www.astro.com.my/myhometown. Video-video yang terpilih dan ‘My Hometown Short Films’ akan disiarkan melalui saluran, My Hometown (Saluran 318) dari 31 Ogos ke 17 September 2012.

my hometown

Bagi maklumat lanjut mengenai ‘My Hometown’, layari www.astro.com.my/myhometown

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

10 responses to Astro Meraikan Kampung Halaman Anda Dengan Program My Hometown

  1. aku first ko ada??? says:

    1st!!! aku 1st weh!!! LIHATLA DUNIA… :8)

    0

    0
    • aku dah muak dengan first. aku nak last tak pernah dapat.

      0

      0
    • selitone says:

      Semoga ada pihak Astro yang membaca apa yang aku taipkan…

      Ketahuilah…. servis korang hampehh! Hampehhh sunggooohhh!

      Dah banyak kali aku talipon hendak beritahu bahawa kotak decoder aku ada problem… asyik takder siaran… tapi bila aku talipon… asyik suruh aku tunggu… dah hampir RM20.00 topup aku asyik dengar lagu hampeh korang… kemudian paling aku benggang dah lama tunggu.. tak der sapa pun angkat!

      Korang ingat aku ni rajin nak ke kedai beli kad topup ka hah? kalau aku lambat bayar, bukan main talipon plak…. nak ingatkan aku supaya bayar… boleh blaahhh la weiii…!!! minggu lepas jer, aku dah call dah hampir 6 kali… 6 6 tu x der sapa angkat… hangin satu badan wehhh…!!

      servis hampeh… duit nak cepat bagai… promosi itu ini…. sunggoh aku kecewa…. kalau ada syarikat penyiaran lain yang ada EPL, dah lama aku langgan dengan syarikat tu….

      0

      0
      • the crew says:

        call time lunch hour ke atas memang x la. nak selamat, call la pagi buta, pukul 8 tepat call, time tu line xheavy.

        dah rasa susah sangat, cari service centre, astro punya betul2 tiap negeri ad satu. if kat kl / sel, service centre kat cheras & damansara. xpon, astro agent ramai, bagitau kat dia decoder rosak.

        nak senang, pegi register astro on the go dekat laptop, register dekat website astro, dapat verification kat email, link acc kat website astro dgn astro umah ( masukkan 10 digit acc no ), then tengok bola kat situ sampai muntah. semua 31 live match astro tayangkan.

        0

        0
  2. Atan says:

    ye la tu astro.. ujan2 pun still tak dpt..

    0

    0
  3. good idea, hope program ni ok

    0

    0