Astro Lancar 2 Lagi Saluran Korea Berdefinisi Tinggi Untuk Peminat Kpop

Hiburan

Astro Lancar 2 Lagi Saluran Korea Berdefinisi Tinggi Untuk Peminat Kpop

Yeah~~~ Selama ini Abang Nara memang penonton setia saluran 392 dan 393 untuk rancangan-rancangan Korea seperti Running Man, 3 days 2 nights dan Superman Returns. Secara jujur, memang tak cukup sekadar 2 saluran untuk memuatkan semua drama-drama, program realiti dan rancangan televisyen Korea yang sangat awesome. Menyedari perkara tersebut, Astro telah pun melancarkan 2 lagi saluran Korea berdefinisi tinggi (HD) iaitu saluran 394 dan 395.

ohk

Advertisement

Saluran 394 ialah saluran Oh!K HD dan saluran 395 ialah Channel M HD. Astro. Semua pelanggan Astro yang memiliki peranti B.yond boleh menikmati pratonton percuma bagi saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD hingga hujung bulan Februari 2015. Seterusnya, saluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD akan menjadi sebahagian daripada pakej baharu iaitu Korean Pack yang berharga RM 10 sebulan.

ohkSaluran Oh!K HD dan saluran Channel M HD juga akan turut menyiarkan rancangan terbaharu hanya beberapa jam selepas siarannya di Korea, justeru memastikan Astro kekal sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk pelanggannya menonton rancangan Korea kegemaran mereka. Ini memang satu perkembangan yang dinanti-nantikan oleh para peminat Kpop. Selamat menonton!!! Maklumat lanjut layari www.astro.com.my/koreanpack.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...