Written by AbangNara | October 19th, 2016

Baru-baru ini, Abang Nara telah menghadiri majlis sambutan ulangtahun yang ke 20 Astro. Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik, sudah 20 tahun Astro menghiburkan, menceriakan, menyentuh hati dan menggembirakan jutaan rakyat Malaysia menerusi saluran-saluran dan rancangan-rancangan mereka. Selaku seorang pengguna setia Astro, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah dan semoga Astro akan terus Go Beyond dalam mengisi kehidupan pelanggannya.

asto 20 tahun

bergaya sikit sempena ulangtahun ke 20 Astro. Amcam hensem tak?

Ketika menghadiri majlis ulangtahun ke 20 Astro, pelbagai informasi serta perkara menarik yang telah mencuri perhatian Abang Nara. Paling Abang Nara suka ialah segmen Datuk Aznil, Johan, Zizan, Nabil dan Vincent Chong berkongsi bagaimana Astro telah mengubah kehidupan mereka. Datuk Aznil berkongsi bagaimana Astro telah membantu membina kerjayanya semula dengan memberi tawaran menjadi hos Akademi Fantasia. Johan pula daripada direct selling kepada salah seorang pelawak terkenal Malaysia. Memang hidup mereka semua berubah ke arah yang lebih baik dengan bantuan dari Astro.

asto 20 tahun

Harith Iskandar bertanya soalan kepada kelima-lima personaliti Astro ini

Salah satu perkongsian yang paling Abang Nara ingat ialah tentang kehidupan Nabil sebelum dan selepas memasuki Raja Lawak. Nabil yang seperti kita tahu merupakan juara program Raja Lawak musim kedua. Sebelum memasuki rancangan ini Nabil merupakan seorang despatch. Memang kehidupan Nabil bertukar 100% selepas berjaya menjuarai rancangan Raja Lawak. Daripada gaji sekadar RM600 ketika menjadi despatch, Nabil kini mampu memiliki rumah sendiri, hidup selesa dan mempunyai kenderaan yang boleh tahan hebat. Tergelak semua orang bila Nabil menceritakan bagaimana dia mengalami culture shock apabila mendapat wang bernilai RM60,000 selepas bersama Astro. Iyerlah sebelum ini paling banyak dapat pun RM600 je. Terus habis RM60,000 tue belanja kawan-kawan. Kelakar sungguh.

asto 20 tahun

Datuk Rohana Rozhan melakukan sambutan simbolik ulangtahun ke 20 Astro

Sepanjang 20 tahun ini, banyak perubahan serta inovasi yang telah dilakukan oleh Astro untuk memenuhi kehendak pelanggan mereka. CEO Astro, Datuk Rohana Rozhan telah memberikan jaminan akan meneruskan kecemerlangan Astro untuk tahun-tahun yang akan datang. Banyak program-program baru serta perancangan yang cukup teliti telah dilakukan oleh Astro untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggannya. Selaku pengguna setia Astro, Abang Nara memang 100% berpuas hati dengan mutu saluran serta kandungan Astro. Semuanya best-best dan kena dengan cita rasa ini.

asto 20 tahun

pelakon drama Doctors, Kim Rae Won buat kemunculan istimewa

Paling mengejutkan dan mengujakan di sambutan ulangtahun ke 20 Astro ini adalah kehadiran Kim Rae Won, hero drama Korea yang berjudul Doctors. Amboi, amboi, amboi. Memang hensem sungguh Kim Rae Won ini. Abang Nara memang layan drama Doctors ini menerusi saluran 393 ONE HD. Peminat-peminat Kpop mesti layan saluran 393 sebab macam-macam rancangan best terutamanya Running Man yang disiarkan setiap minggu. Memang 393 ONE HD adalah satu satu saluran feveret Abang Nara dan isteri. Hehehe.

asto 20 tahun

antara selebriti dan kartun-kartun kegemaran ramaii di Astro

Sempena ulangtahun ke 20nya, Asto ingin memberikan 20 hadiah yang ingin diberikan kepada anda smeua. Siapa ada karnival ekslusif iaitu Astro Fest yang bakal berlangsung di Sunway Lagoon khas untuk para pengguna Astro pada 20 November 2016 ini. Meh kita tengok antara 20 hadiah super awesome yang telah disediakan oleh Astro khas untuk anda.

asto 20 tahunasto 20 tahunasto 20 tahun

Best-best kan hadiah yang disediakan oleh Astro ini? Memang akan menjadi satu pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sekiranya anda berjaya memenanginya. Banyak lagi hadiah-hadiah best yang bakal menjadi milik anda. Cara-cara penyertaan dan kesemua hadiah yang ditawarkan boleh dilihat di https://celebrating-you.astro.com.my. Kesemua 20 hadiah ini adalah kerjasama di antara Astro dengan saluran-saluran di dalamnya seperti Astro Supersport, Astro Ceria, TLC, ONE HD dan banyak lagi.

asto 20 tahun
Sekali lagi, selamat ulangtahun yang ke 20 Abang Nara ucapkan kepada Astro. Semoga anda akan terus Go Beyond di tahun-tahun akan datang untuk memastikan kepuasan para pelanggan. Sekiranya anda pengguna Astro, pesanan Abang Nara jangan lupa untuk layari https://celebrating-you.astro.com.my untuk mencuba nasib anda memenangi 20 hadiah-hadiah super best sempena ulangtahun Astro. Mana tahu ada rezeki kan? Selamat mencuba!!!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

31 responses to Astro Kini 20 Tahun Menceriakan Kehidupan Rakyat Malaysia

  1. unkknown says:

    yeah..menceriakan dengan cerita dan drama yang berulang ulang setiap hari, setiap tahun

    25

    1
  2. unknown says:

    yeah..menceriakan dengan cerita dan drama yang berulang ulang setiap hari, setiap tahun

    9

    0
  3. Anonymous says:

    Monopoli…xada saingan…ambik cnth negara jiran…penonton ada pilihan

    13

    0
    • Gossip gurl says:

      Ada je saingan die.. hypp tv, abnxcess, pastu tv gomen yang baru nk kuar ni.. tp org malaysia berlagak, nk tunjuk kat sedara mara pakai astro full channel, ade duit byr bill, ad channel hbo channel sport, pastu meringkuk xbayar bill..

      Bersepah saingan, tapi org malaysia suka pakai script yang samaaaaa..

      37

      0
  4. brunes says:

    asterok

    7

    1
  5. Ros says:

    Poooodah. Monopoli. Takut bersaing. Penuh dengan pelawak2 bodo paria mcm yg datang. Zaman anadha krishnan dulu-yes bagus. Skrg CEO melayu bongok tuli ni, patutla penuh ngan rancangan level longkang. Dah buang pun astro, just watch what will happen when we have alternative. Tungguuuu.

    1

    3
    • Lawakkeder says:

      Yang ni klakor!!! Rohana rozhan tu berzaman ceo, ananda tu dari dulu smpai skrg owner astrooo oi! Hahahaha

      16

      0
  6. Jangankoburukhati says:

    Chanel bberbayar pun penuh iklan puiiii…

    18

    0
  7. say NO to ASTRO says:

    TAKDE MAKNANYA..AKU DAH POTONG ASTRO SEJAK 2011 SEBAB SERVICE LOW CLASS..PAKAI YG SKRG NI BERATUS2 CHANNEL AKU DAPAT, SEBULAN RM22..

    SAY NO TO ASTRO…

    6

    0
  8. abc says:

    kalau nak lebih ceria lagi…buatla sebulan sekali semua channel free hahaha

    0

    0
  9. m says:

    ha’ah la….meriahkan hidup kita dengan iklan-iklannya yang panjang dan kerap. wau!!

    1

    1
  10. Anonymous says:

    Malaysia tak ada pesaingan sbb tu ko nomb 1.
    Lg stu Abg Nara dijemput sbb die blogger terkenal. Biasa company2 mcm ni akan buat meeting, n buat research blogger mana yg pling byk views, lps tu die jemput blogger tu utk acara perasmian etc bagai. Pastu nk timbal balik, blogger tu kne puji n promote sekian2 produk tu. Yg untung abg nara sbb org sponsor mcm2. Tp kat akhirat x pastilah..sbb abg nara suka sebar aib org. Tp dlm hati “abg hanya mencari rezeki yg halal, abg tulis gossiip tp gossip abg sebarkan adlh secara berhemah” “abg hanya niatkn yg baik.”… Niat x menghalalkn cara. sekian

    30

    1
  11. mak c kina says:

    menceriakan sgt la..tipa2 thn,bil naik..dr 80igt skrg bil aku dh jd 150..aku dah potong pun..tgk je la kt mana2 blog drama..tgk astro pun ulangan gak..

    2

    1
  12. Anonymous says:

    Astro sampah. Dh 3 years terminated Astro. Bayar mahal for trash.

    3

    1
  13. X says:

    Ceria dengan Drama2 melayu kisah kemaruk celah kangkang tak berkesudahan.Pengalak pembuangan bayi.menjahanamkan generasi.Dan iklan2 yg datang mengejut tampa rasa hormat.ceria sangat.Bangsat.

    4

    0
  14. Rasdam Mewangi says:

    Ulangtahun paling sampah dalam rekod alam semesta ini! Kerana siaran ulang-ulangan. Buat apa ada servis PVR kan..

    FB: RaSdam Shah Ahrapa
    DOB: 05-02-1991

    1

    1
  15. sentap says:

    sakit hati dgn astro ni…citer dok ulang2..kdg semak je main citer indon kat mustika tu pehal…aku langgan bkn nak tgk citer indon…pi la tayang kat bintang la…lg 1…baru je langgan 10 hari bil rm60 lbh…ada lak adjustment ke jadah smp rm4 lbh…mkn duit org btol…

    6

    0
  16. macam-macam says:

    menceriakan kat mane?????????????sampai aku leh hafal dah skrip crita2nya….pigi dahhhhhhh

    0

    0
  17. astrohampeh says:

    Menceriakan? Mencekau duit orang lagi ada

    0

    0
  18. GoGoaGo Sunderland says:

    Bagi peminat bola EPL tiada pilihan terpaksa amik astro….klu x, dah lama terminate

    1

    0
  19. lobakungu says:

    Lama dah terminate. Hehe.

    0

    0
  20. Didi says:

    Dont worry, dengan kos hidup yg semakin menggila ni, astro akan suffer the same consequences as maxis very2 soon especially utk peminat bollywood. First potong B4u , now potong zee, so nak tgk ape? drama2 sampah longkang parit 104 sampai 132?

    0

    0
  21. Ohhhh dah 20thn rupa nyaaa…Tapi servis mcm taik…Harga makin lama makin naik…Bila time hujan siaran out…WTF?? Bila call nak buat complain Customer Service haram berjawab!! Patut nyaa dlm masa 20thn dah blh upgrade mcm2…Ni yg korang upgrade bil bulanan & charge itu, charge ini….Aku hempookkk piring astro ni kat muka korang baru taauuuuuu!! Jilakeeeee!!

    11

    0
  22. mangsa assterokk says:

    asterok dah nak bengkrap ke apa.. bil aku yg 8 thn dulu dgn dia 56 henggit pon sibuk kol mintak byr.. saje taknak byr sbb aku dah potong, tapi still charge lagi..bongoks..

    0

    0